CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 949|Reply: 0

[SABAH] Srikandi Muda Bersatu Sabah hulur sumbangan kepada mangsa banjir

[Copy link]
Post time 24-1-2021 06:00 AM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Biro Srikandi Muda Bersatu Sabah telah menyalurkan sumbangan berupa bakul makanan kepada mangsa-mangsa banjir di beberapa kawasan yang teruk dilanda banjir berikutan hujan lebat yang berterusan.

Antara tempat yang dikunjungi ialah Balai Polis Keningau dan Balai Bomba Keningau.

Sumbangan ikhlas berkenaan turut diberikan kepada para petugas barisan hadapan yang bertugas semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti kakitangan kesihatan di hospital dan anggota polis di beberapa lokasi sekatan jalan raya di Keningau.

Selain itu, bantuan makanan juga turut diberikan kepada para rider Grab Food dan Food Panda di kawasan yang terlibat.

Sumbangan bantuan ini adalah sebagai tanda perhatian dan keprihatinan biro terhadap ahli keluarga, individu, dan petugas-petugas barisan hadapan yang terjejas oleh bencana banjir yang melanda di tengah-tengah pandemik COVID-19 ini.

Penyerahan sumbangan bakul makanan diketuai oleh Pengerusi Biro Srikandi Muda Bersatu Sabah iaitu Nesha Azuren Datuk Abd Ghani bersama beberapa lagi ahli jawatankuasa Biro Srikandi Muda Bersatu Sabah.

Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi Biro Hanny Fitri Qasyney Asni, Penolong Setiausaha, Noor Azmunifah Datuk Noorzain dan Penolong Bendahari Emma Sofiah Jazuli Wilaksono.


Safrah Mat Salleh


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.145349 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list