Poirier (kanan) dan McGregor bertarung di Abu Dhabi. - Foto ihsan The Sun.
Berita Harian
ABU DHABI: Dustin Poirier menewaskan Conor McGregor pada pusingan kedua pertarungan lightweight UFC di sini, sebentar tadi, sekaligus melunaskan dendamnya ke atas bintang Ireland itu.
Poirier yang juga jaguh Amerika Syarikat, 'mengunci' lawannya menggunakan tangan kiri dan menghumbankannya ke kanvas sebelum pengadil Herb Dean menghentikan aksi dengan kiraan 2 minit 32 saat di pusingan kedua.
McGregor yang sering mencetuskan kontroversi dan diberi julukan 'Notorious' kembali ke Octagon buat kali pertama dalam tempoh setahun.
Poirier yang menduduki ranking kedua kini mengesahkan statusnya sebagai pencabar utama gelaran lightweight.
"Saya fikir ia adalah pertarungan bagi gelaran juara, saya kini adalah juara," kata Poirier selepas tamat perlawanan.
Sementara itu, McGregor tekad untuk kembali menebus kekalahannya itu.
"Saya akan kembali dan membetulkan semuanya. Itu yang akan saya lakukan," katanya.
"Saya kecewa, terkejut. Kekalahan ini sukar diterima. Saya akan pulang ke hotel dan meluangkan masa dengan keluarga." |