CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1520|Reply: 1

[SARAWAK] Hospital Miri ganti segera seluruh petugas di jabatan kecemasan

[Copy link]
Post time 25-1-2021 09:00 AM | Show all posts |Read mode


MIRI: Hospital Miri telah bertindak pantas dengan menggantikan keseluruhan kakitangannya yang bertugas di Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD) dengan kakitangan daripada jabatan lain, bagi membendung penularan wabak COVID-19 dan memastikan keselamatan awam terus terjamin.

Menteri Pengangkutan Sarawak yang juga menteri bertanggungjawab bagi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri, Datuk Lee Kim Shin menjelaskan tindakan itu telah membolehkan pihak hospital melaksanakan mobilisasi kakitangan untuk membantu ETD.

"Pengurusan Hospital Miri juga bertindak untuk meminimumkan aktiviti perkhidmatan perubatan di jabatan-jabatan lain bagi memberi fokus kepada pengurusan pesakit COVID-19 susulan daripada peningkatan jumlah kes COVID-19 di daerah Miri," katanya.

Beliau memberitahu demikan dalam kenyataannya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri, hari ini.

Lee memaklumkan bahawa JPBB Miri ada menerima pertanyaan daripada orang awam berhubung keadaan terkini Hospital Miri khasnya di ETD.

Dalam mesyuarat petang tadi, Pengarah Hospital Miri, Dr Jack Wong Siew Yu turut menjelaskan bahawa Hospital Miri mula menerima kes positif COVID-19 dalam kalangan petugas kesihatan sejak 11 Januari 2021.

Selain menggantikan kakitangan yang bertugas di ETD, dengan kakitangan dari jabatan lain, pihak hospital juga menerima tambahan petugas kesihatan daripada daerah-daerah lain.

"Bagi mengekalkan kesinambungan dalam menyampaikan perkhidmatan perubatan yang berkualiti kepada para pesakit, pakar-pakar perubatan kecemasan yang disahkan negatif COVID-19 telah dibenarkan untuk memantau keseluruhan operasi di ETD Hospital Miri," jelas Dr Jack.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu bagi semua kakitangan ETD Hospital Miri yang merupakan kontak-kontak rapat kes positif COVID-19, mereka sedang menjalani kuarantin selama 14 hari di premis yang dikenal pasti dan sudah melakukan swab pada hari kedua dan hari ke-10.

"Setelah semua keputusan swab diperolehi dan mendapat keputusan negatif, mereka akan kembali bertugas seperti biasa bermula pada hari esok Isnin, 25 Januari 2021," katanya lagi.


Clare Cinderella



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-1-2021 09:36 AM | Show all posts
Berita d atas adalah sambungan dari berita ini ...

Jumlah terkumpul kakitangan Hospital Miri dijangkiti COVID-19 setakat ini ialah 20 orang dengan majoritinya dari Jabatan Kecemasan.

Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Dr Chin Zhin Hing (gambar) yang berkata demikian menambah, lantaran itu hampir 200 kakitangan hospital berkenaan dikuarantin.

“Kita juga ada banyak pesakit dan kita mahu mengawal bilangan mereka yang datang ke hospital. Sebab itu untuk Klinik Pakar Hospital Miri kita tangguhkan perkhidmatan dan membuat temujanji sahaja. Tetapi untuk ubat kita terus bekalkan kepada pesakit di klinik ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Tambah Dr Chin perkhidmatan di Klinik Pakar Hospital Miri ini akan kembali seperti biasa selepas situasi COVID-19 di Miri pulih.

Mengenai kes COVID-19 yang tinggi direkodkan di Sibu, dari 1 Januari hingga 22 Januari katanya, sebanyak 1,182 kes dilaporkan di daerah ini.

Daripada jumlah itu katanya 236 kes dikesan menerusi pengesanan kes aktif, 652 kes menerusi pemeriksaan pandu lalu, 235 dari sampel yang diambil di Klinik Kesihatan (KK) Lanang dan 59 dari KK Sibu Jaya.

“Kebanyakan daripada keputusan adalah sampel pertama diambil dalam kalangan individu yang terdedah kepada kes positif. Sehingga 12 tengah hari 22 Januari 2021, terdapat 191 ujian masih menunggu keputusan,” katanya.

Pada masa ini katanya Jabatan Kesihatan Bahagian Sibu bersama dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu aktif menjalankan pengesanan kes aktif di semua rumah panjang yang terkesan.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan kerjasama daripada semua masyarakat untuk tampil membuat ujian saringan jika menunjukkan gejala.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.513575 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list