CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2207|Reply: 0

[KEDAH] Awat Angpa Ketegaq...?

[Copy link]
Post time 30-1-2021 08:54 AM | Show all posts |Read mode

Anggota APMM Zon Kuala Kedah mengarahkan bot pemancing berpatah balik kerana didapati melanggar PKP. FOTO /ZULIATY ZULKIFFLI


Harian Metro

Zuliaty Zulkiffli
[email protected]

Alor Setar: Tindakan degil segelintir kaki pancing mengundang padah apabila beberapa bot dinaiki mereka diarah berpatah balik di perairan Kuala Kedah, di sini, akibat ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, aktiviti memancing tidak dibenarkan ketika PKP, namun didapati masih ramai yang dikesan ingkar.

Menurutnya, hasil pemeriksaan kaki pancing memberi pelbagai alasan ketika disoal sebelum diarah berpatah balik kerana membabitkan jumlah yang ramai.

"Bot kami turut mengiringi beberapa bot pemancing terbabit sehingga sampai ke pengkalan masing-masing.

"APMM akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka sekiranya masih ada lagi yang melakukan aktiviti memancing ketika PKP ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melakukan rondaan di perairan Kuala Kedah sehingga ke Tanjung Dawai dekat Kuala Muda, Sungai Petani, hari ini.

Noor Azreyanti bersama anggotanya turut melakukan pemantauan di beberapa pulau di perairan itu termasuk Pulau Bidan, Pulau Telur dan Pulau Songsong dekat Yan.

Beliau berkata, tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di kalangan nelayan amat memuaskan, setakat ini.

"Saya menasihatkan semua nelayan yang keluar menangkap ikan supaya mengekalkan SOP yang ditetapkan dan sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal serta memakai pelitup muka untuk mengelak penularan Covid-19," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.204070 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list