View: 17208|Reply: 24
|
[DUNIA]
PUSAT PELACURAN KELANTAN 1950
[Copy link]
|
|
KELANTAN PERNAH JADI PUSAT PELACURAN SEHINGGA DIGELAR ‘PARIS OF MALAYA’ PADA 1950-AN?
Siapa sangka Kelantan yang digelar sebagai Negeri Serambi Mekah ini pernah menjadi pusat pelacuran terbesar di Tanah Melayu. Mungkin korang terkejut dengan kenyataan ini, tetapi sebenarnya ia benar-benar berlaku pada tahun 1950-an.
Tidak dinafikan pengajian ilmu agama dan sekolah pondok di sana pada masa itu sangat berkembang pesat tetapi pelacuran pada masa itu juga berleluasa sehingga Kelantan digelar sebagai Paris of Malaya. Jadi, kenapa ia digelar sebegitu? Mari kami huraikan dengan lebih panjang mengenai topik ini.
Paris of Malaya yang bermaksud kota pelacur di Kelantan
Keratan akhbar The Straits Times.
Pada awal 1950-an, dilaporkan pusat pelacuran di Kelantan sangat berleluasa, sehingga ada di antara pelacur ini yang dilatih seawal usia 12 tahun. Mereka ini bukan sahaja berasal dari Kelantan malah, seluruh Semenanjung Tanah Melayu (kini Malaysia). Mesti korang tertanya-tanya macam mana boleh muncul para pelacur ini? Haaa… gejala ini terjadi kerana perkahwinan bawah umur mengakibatkan perceraian pada usia muda yang mendorong mereka ke lembah pelacuran.
Diberi nama Paris of Malaya kerana pada masa itu Paris juga digelar sebagai kota pelacur, tetapi orang Paris pada masa itu sangat marah apabila disamakan dengan Kelantan. Mereka menyatakan bandar Paris masih menjadi bandar yang mempunyai tinggi budaya malah, kalau nak borak pasal kota pelacur, London lagi hebat. Korang boleh tengok keratan akhbar mengenai isu ini di bawah:
Berita mengenai gelaran Paris of Malaya.
Hal ini telah dibongkarkan oleh seorang pegawai kebajikan British yang bernama Josephine Foss. Beliau menyatakan ibu-ibu ayam yang menindas anak-anak gadis menjadi pelacur ini akan mendapat ganjaran yang lumayan antaranya dapat tinggal di hotel mewah.
Namun, kenyataan Josephine ini ditentang oleh orang-orang Melayu pada masa itu kerana dia dianggap sengaja menimbulkan ketegangan masalah sosial dalam kalangan masyarakat. Tapi sebenarnya, isu ini pernah dibincangkan dalam sidang dewan undangan negeri.
Seorang ahli dalam sebuah jawatankuasa, Nik Mohamed Ali, telah melaporkan isu pelacuran yang berleluasa kerana kanak-kanak terjebak dalam pelacuran. Dia mencadangkan supaya pihak berkuasa (Majlis Agama Islam Kelantan) tidak menghukum tetapi, memberikan peluang pekerjaan lain kepada para pelacur.
Pendapat ini juga dipersetujui oleh ahli politik dari Parti Perikatan (sekarang namanya BN), Inche Yaacob Awang kerana beliau sendiri malu dengan Kelantan sehingga digelar Paris of Malaya. Beliau juga menyalahkan para isteri kerana meminta cerai apabila bergaduh dengan suami.
“Pelacuran di sini menjadi semakin teruk. Di mana sahaja seseorang melintasi seluas negeri ini, seseorang akan menemui pelacur dari Kelantan.” – Inche Yaacob Awang, petikan dari Malaysiakini.
Namun, pendapat Yaacob itu ditentang oleh isterinya sendiri, Che Halimah, kerana dia tak boleh salahkan wanita sahaja, sebab lelaki lebih bertanggungjawab dalam menangani isu cerai.
“Ramai wanita menjadi pelacur kerana mereka harus mencari sesuatu untuk hidup, lebih-lebih lagi jika mereka mempunyai anak dan telah diceraikan oleh suami mereka.” – Che Halimah, petikan dari Malaysiakini.
Abdullah Munshi melihat pelacur berkemban dan rambut bersanggul
Isu pelacuran di Kelantan ini pernah ditulis dalam buku Kisah Pelayaran Abdullah (Ke Kelantan).
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Seorang penulis tersohor Alam Melayu, Munshi Abdullah, pernah pergi ke Kelantan dan terkejut dengan pusat pelacuran yang dianggap normal di Kelantan (Negeri Serambi Mekah). Beliau juga berjumpa dengan pelacur yang berkemban, rambut bersanggul dan memakai bunga melor yang berjuntai sampai ke lutut. Korang boleh tengok petikan di bawah mengenai isu ini:
“Shahadan maka adalah saya lihat dalam negeri Kelantan itu terlalu banyak perempuan jalang. Maka apabila petang hari, datanglah ia dekat-dekat perahu segala dagang, berjalan berduyun-duyun. Ada pun pakaiannya itu berkemban sahaja dengan tiada berbaju; dan rambutnya bersanggul lintang sangkut. Maka dipakainya bunga melor berumbai-umbai, panjangnya sampai ka lututnya.
____
Maka ada pula yang memakai bunga melor berkarang, dengan berbagai-bagai jenis rupanya; ada yang seperti siku keluang, dan ada berkerawang terlalu indah perbuatannya; tiada pernah saya lihat dalam Melaka atau Singapura karangan bunga yang demikian itu bagusnya.” – Petikan dari buku Kisah Pelayaran Abdullah.
A. Samad Ismail pun memberikan hujah mengenai isu ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan itu sahaja, isu ini turut diketengahkan oleh lagenda penulis dan wartawan Malaysia, A. Samad Ismail, dalam buku “Temasha Tinta (1966)” pada bahagian cerpen yang bertajuk “Kesah Chinta di Kota Bharu”. Baiklah, mari kami huraikan cerpen ini.
Cerpen ini mengisahkan tentang seorang wartawan muda bernama Nasir yang ditugaskan mengikuti rombongan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman ke Kota Bharu untuk melihat usaha kerajaan Persekutuan memujuk kerajaan PAS dengan menawarkan pembukaan tanah rancangan.
Pada malam Nasir sampai di situ, dia hanya dapat meniduri seorang pelacur yang bergigi emas dan rambutnya berbau minyak makan yang dilumur bunga rampai agar tidak terlalu busuk (dapat pelacur tua agaknya). Dia gelisah kerana tidak mendapat pelacur yang memuaskan nafsunya sejak tiba di Kota Bharu.
Nasib baik menimpa Nasir kerana nafsu kuda dia akhirnya puas apabila dia berjumpa dengan pelacur berbadan gempal ketika mendapat tugas di kawasan pedalaman. Mari kami berikan sedikit petikan dari cerpen tersebut:
“Mereka naik bersama2 dan Nasir lega melihat Taib tidak ada di-dalam bilek-nya. Mereka bergolek di-katel dan sebentar lagi Nasir melepaskan kemarahan-nya dan kerunsingan-nya saperti sa-ekor binatang buas, menggigit dan mencakar, hingga wanita itu mengeloh dan mengerang tetapi menyerah bulat kapada tenaga muda yang memulas dan menghempas-nya di-katel.
____
Bila wanita itu pulang, Nasir terlentang di-katel, badan-nya berpeloh dan mata-nya termengah2 tetapi merasakan kepuasan yang melapangkan kepala-nya dan dada-nya. Taib pulang, melihat Nasir maseh berbogel di-katel-nya, tidor dengan lenyak-nya.” – Petikan cerpen dari FMT. |
|
|
|
|
|
|
|
PATUT LA kat bigo dan tiktok ramai puak2 sana... sek sek kito pecoh
kes HIV pun dikatakan tinggi kt sana... |
|
|
|
|
|
|
|
Aiyok, baru tahu. Sampai ada dalam catatan abdullah munshi |
|
|
|
|
|
|
|
Tt tak nak tambah lagi ke info mengenai asal usul nama Kelantan... Jeng3 |
|
|
|
|
|
|
|
Sepatutnya nama Kelantan jg ditukar dengan kadar segera selaras dengan transformasi budaya dan agama |
|
|
|
|
|
|
|
adakah generasi kat sana tinggalan anak2 pelacur yg menyebabkan perangai tak semenggah?
tp iols kagum kalo ada mamat2 kelantan yg keluar dr kelantan dan berjaya di negeri or negara org. Pd iols puak kelatan ni ada 2 jenis je.. paling rajin atau paling malas. Mereka xde tengah2 haha |
|
|
|
|
|
|
|
yg aku pernah dgr dia punya port kat depan kb mall..dulu2 situ ade stesen bas besar org panggil stesen bas jalan hamzah (sebelum wjudnya terminal bas dkt tesco)
sebelah situ ade kubur n ade byk pokok2...dekat situla katanya aktiviti tu berlaku
mungkin thn 80an 90an kot
maaf klau info x betul |
|
|
|
|
|
|
|
selalu dgr kes HIV tinggi di kelantan
|
|
|
|
|
|
|
|
Mesti masih ramai yang tak tahu akan perkara ni |
|
|
|
|
|
|
|
dulu nama pantai pun Pantai Cinta Berahi...
lpas tu jaman 90s kot depa tukau ke Pantai Cahaya Bulan |
|
|
|
|
|
|
|
seumur hidup baru tahu kisah ni |
|
|
|
|
|
|
|
tapi iols perasan kalo anak hasil benih haram ni perangai selalunya x semegah. cthnya byk iols tgok depan mata. mungkin darah yg mengalir dlm badan hasil dari gumpalan darah & daging yg haram itu kot yg mempengaruhi mental & fizikal sesorg. |
|
|
|
|
|
|
|
kata nya selepas arwah nik baru kelantan di bersihkan... cer tnya orge orge kelate belako dle ni
|
|
|
|
|
|
|
|
sbb aib... la so jd suam suam suku je
so soalan korang dah terjawab kan.....zzman skng pun le tahan
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi yg jadi pelacur tu mmg melayu kelantan ke siam ke apa?? dasat Kelate dulu2.. |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe no komen kawe dok keney barghe
|
|
|
|
|
|
|
| |
|