CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2120|Reply: 0

[PERLIS] Nelayan 'Ghimbuk' Muka Lelaki Kacau Isteri

[Copy link]
Post time 2-2-2021 04:49 PM | Show all posts |Read mode

Suspek (tengah, berbaju kemeja T dan berseluar pendek) dan mangsa (berbaju merah) ditahan polis. FOTO DZIYAUL AFNAN ABDUL RAHMAN


Harian Metro

Dziyaul Afnan Abdul Rahman
[email protected]

Kangar: Akibat berang, nelayan bertindak menumbuk muka seorang lelaki selepas didapati berdua-duaan dengan isterinya di rumah sewa di sebuah kampung, di sini, semalam

Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Wari Kiew berkata, dalam kejadian 11 malam itu, suspek berusia 26 tahun ternampak sebuah motosikal tidak dikenali diletakkan di hadapan rumahnya sebaik pulang.

Menurutnya, suspek yang curiga masuk ke dalam rumah dan mendapati seorang lelaki tidak berbaju berada dalam bilik tidur bersama isterinya.

"Berang dengan kejadian, suspek kemudian meluru ke arah lelaki berkenaan sebelum menumbuk sebanyak dua kali di bahagian muka.

"Suspek yang masih tidak berpuas hati turut merosakkan motosikal mangsa yang diletakkan di hadapan rumahnya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, polis yang dimaklumkan kejadian kemudian tiba di lokasi dan menahan suspek untuk siasatan lanjut.

"Hasil siasatan awal mendapati suspek dan isterinya masih pasangan suami isteri yang sah serta tiada masalah rumah tangga serius, malah tiada sebarang permohonan fasakh, nusyuz mahupun perceraian difailkan di mahkamah syariah.

"Namun, suspek dipercayai sudah lama mengetahui isterinya mempunyai hubungan sulit dengan mangsa," katanya.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku disebabkan rasa tidak puas hati suspek terhadap mangsa yang dikatakan sering mengganggu rumah tangganya.

"Suspek direman sehingga Jumaat ini untuk siasatan mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan, manakala mangsa juga panggil untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 447 dan Seksyen 498 Kanun Keseksaan," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.047061 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list