CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4547|Reply: 3

Pengalaman Saya Travel Dari KL – Hatyai Naik Keretapi Dengan Bajet Bawah RM500

[Copy link]
Post time 3-2-2021 06:18 PM | Show all posts |Read mode
Pengalaman Saya Travel Dari KL – Hatyai Naik Keretapi Dengan Bajet Bawah RM500

Sebab ramai yang bertanya, saya kongsi perjalanan ke Hat Yai baru-baru ini menaiki keretapi. Perkhidmatan keretapi yang mempunyai ruang tidur (sleeper bed), dari KL – Padang Besar sudah ditamatkan perkhidmatannya tahun lepas.
Dan kini telah digantikan dengan ETS. Jadi melepaslah angan-angan nak tidur dalam train, sambil menulis puisi. Gitu. Jadi nak tak nak, sebab hajat hati nak naik sangat keretapi, maka kami booking tiket secara online, boleh guna link ini untuk pembelian.
Atau boleh terus ke kaunter KTMB di KL Sentral untuk beli secara terus. Terpulang. Cuma digalakkan beli awal. Sebab perkhidmatan ETS ni ramai yang guna. Jadi belilah cepat sebelum kehabisan. Harga tiket tren ETS berbeza mengikut klasifikasi tren.


Ada tiga jenis semuanya – Platinum, Gold dan Silver. Yang membezakan tren dan harga tren ini adalah perhentiannya. Platinum lebih cepat, kurang berhenti mengambil penumpang dan jarak masa yang singkat.
Silver lebih lama masa perjalanannya kerana banyak stop/berhenti untuk mengambil penumpang. Bagi warga emas dan OKU serta pelajar juga boleh mendapat harga tiket yang istimewa/ konsesi.
Dari KL Sentral ke Padang Besar, harga tiket orang dewasa sehala adalah RM80 dan kanak-kanak RM44 (Emas / Gold pakej). Kami naik ETS jam 9.30 pagi. ETS memang tepat waktu. Jadi pastikan jangan sampai lewat ke terminal.
Sebab pertama kali naik tren, ETS ni seronok juga. Ada cafe kecil disediakan dengan makanan yang boleh tahan sedap juga. Ada tv yang pasang movie, surau, tandas yang bersih. Selesa untuk perjalanan yang jauh.

Tolak-campur macam naik kapal terbang juga rasanya. Sepanjang perjalanan kita dihidangkan dengan permandangan yang indah.
Perjalanan mengambil masa 5 jam. Kami tiba di stesen Padang Besar jam 3 petang lebih kurang. Disebabkan nak kejar keretapi klasik Hat Yai yang akan bergerak jam 3.45 waktu Malaysia (waktu Siam sejam lambat dari Malaysia), maka waktu ni kelam-kabut sikit. Sebab nak beratur cop pasport, beli tiket ke Hat Yai, isi borang imigresen.
Boleh bayangkan kalau pergi hujung minggu, mesti akan lebih kelam-kabut. Syukur kami tak perlu beratur panjang. Hanya ada beberapa penumpang yang turut serta bersama kami. Jadi proses berjalan pantas. Jadi total kalau anda pergi Hatyai pakai keretapi adalah RM80+RM10= RM90.
Jadi tertunailah cita-cita saya menaiki keretapi klasik yang tingkapnya boleh dibuka. Dan beranganlah macam cerita hindustan sambil keluarkan kepala dan tudung melayang-layang ditiup angin nan ganas.
Tiket untuk ke Hat Yai cuma RM10 bersamaan 100 baht untuk 2 orang. Dan untuk pengetahuan juga, tren ke Hat Yai cuma ada 2 kali. Belah pagi dan petang. Jadi kalau tak sempat naik train, boleh naik van yang disediakan di pintu masuk sempadan Thai dalam 700 meter dari Terminal Padang Besar.
Harga tiket sama juga dengan naik keretapi. Cuma feel dia memang sangat lain la. Justeru pastikan rancang perjalanan dengan betul dan tepat, supaya bisa naik tren klasik yang menyeronokkan.

Kami tinggal di hotel namanyaThe Bed, di pekan Hat Yai yang harganya cuma lebih kurang RM100 sehari. Selesa, bersih dan agak luas untuk harga yang macam tu. Kedai makan tak ada masalah. Di mana-mana banyak kedai makan muslim. Komunikasi pun tak ada masalah. Mereka boleh faham cakap melayu.
Hat Yai sedang tengkujuh. Hujan lebih banyak muncul dari matahari. Jadi di sekitar pekan Hat Yai kami berjalan saja. Semuanya memang dalam jangkauan berjalan.
Cuma untuk ke tempat-tempat tourist attraction, agak jauh dan harus naik pengangkutan lain seperti motorsikal atau tuk-tuk.
Kami pergi 3 hari saja, dari rabu sampai jumaat. Antara tempat yang kami sempat jejak :
1. Hat Yai Municipal Park
2. Phra Phutthamongkol Maharat
3. Hat Yai Municipal Bird Park
4. Night Market Hat Yai
5. Asean Trade Bazaar
6. Khlong Hae Floating Market
7. Chang Puak Camp Hat Yai
Kesemua tempat-tempat ini harga tiket tak mahal sangat. Ada juga yang masuk percuma saja. Kami banyak habis duit untuk makan.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2021 06:19 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2021 06:20 PM | Show all posts






Tuk-tuk pula dalam 400 baht bersamaan RM50 sepanjang hari. 2 hari RM100 lebih kurang. Kami pulang menaiki van dari Hat Yai ke Padang Besar. Merasa juga pengalaman bersesak dalam van dengan penumpang lain.

Dan beratur cop pasport di sempadan, kemudian jalan kaki ke terminal Padang Besar untuk naik ETS, pulang ke KL.

Paling yang saya nak pergi sangat ialah Floating Market (pasar terapung). Di waktu kami sampai hujan lebat sangat. Air naik sehinggakan peniaga hanya mampu berdagang di atas jalanan.

Amar pujuk hati dengan kata yang nanti bila-bila kita pergi naik kereta aje. Pergi semata-mata untuk pasar terapung saja. Okay, I keep that promise.

Hat Yai syurga makanan. Semua makanannya tak ada yang tak menyelerakan. Nampak simple saja, tapi enak sangat. Sama macam kehidupan. Perkara-perkara sederhana akan selalu menang.

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2021 12:25 AM | Show all posts
Rindu Hatyai. Thanks kongsi. Dok plan bordeelr bukak je..terus nak merayau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.255391 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list