CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2141|Reply: 0

#VVIP“Saya disahkan pulih..” Tan Sri Muhyiddin Yassin

[Copy link]
Post time 5-2-2021 03:11 PM | Show all posts |Read mode
#VVIP“Saya disahkan pulih..” Tan Sri Muhyiddin Yassin



Bersempena dengan Hari Kanser Sedunia semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan bahawa dirinya kini bebas dan pulih sepenuhnya dari penyakit berkenaan. Berita tersebut dikongsi menerusi laman Facebook rasmi miliknya.

“Selaku bekas pesakit kanser, saya memahami keperitan dan kesukaran yang ditanggung dalam melawan penyakit ini.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT setelah menjalani rawatan, saya telah disahkan pulih,” tulisnya.
Menurut Ahli Parlimen Pagoh itu, kata-kata rangsangan dan dorongan keluarga telah menguatkan semangatnya untuk terus berjuang dalam melawan penyakit tersebut.


Mencegah lebih baik daripada merawat
Dalam pada itu, beliau sempat memberi kata-kata semangat buat semua pejuang kanser seperti dirinya selain menyeru agar semua masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat bagi mencegah dan mengawal penyakit berkenaan.

“Jika anda sedang berjuang melawan kanser, kuatkan semangat. Anda bukan menghadapinya seorang diri.
“Sempena Hari Kanser Sedunia, saya mengajak seluruh masyarakat untuk memainkan peranan masing-masing dalam mencegah dan mengawal penyakit ini. Amalkan gaya hidup sihat,” jelasnya lagi.
Di samping itu, Muhyiddin turut menyarankan orag ramai agar melakukan ujian saringan kesihatan secara berkala bagi mengelakkan kanser dikesan lewat.

Syukur PM telah pulih
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan kesihatannya malah ada yang turut berkongsi kisah sama sebagai pejuang kanser.




Semoga sentiasa dirahmati dan diberkati Allah SWT




Betul, semua jenis penyakit kena rawat awal





Terdahulu, beliau terpaksa menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas dan beberapa sesi kemoterapi berikutan kanser pankreas yang dihidapinya sebelum ini.

Sumber: Facebook Tan Sri Muhyiddin Yassin


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.066882 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list