CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1492|Reply: 2

[SARAWAK] Tiada 'lockdown' di Sibu Jaya, hanya SOP diperketatkan bagi mengurangk

[Copy link]
Post time 8-2-2021 03:00 PM | Show all posts |Read mode

SOP PKP di Sibu Jaya akan diperketatkan mulai esok sehingga 23 Februari depan.


SIBU: Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Sempurai Petrus Ngelai menegaskan tidak ada sekatan pergerakan (lockdown) dikuatkuasakan di Sibu Jaya.

Katanya, tujuan utama memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) selama dua minggu mulai esok adalah untuk mengurangkan pergerakan lalu lintas berikutan bilangan kes COVID-19 yang direkodkan di bandar tinggi.

"Penduduk di Sibu Jaya yang memiliki permit polis masih boleh keluar ke pusat bandar. Tidak ada masalah," katanya semasa dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian, ketika diminta penjelasan mengenai khabar agin yang mendakwa kira-kira 30,000 penduduk bandar Sibu Jaya tidak dibenarkan keluar mulai esok, termasuk yang telah memiliki permit polis.

Selain itu, Sempurai menegaskan hanya perniagaan berkaitan produk makanan, farmasi, klinik, bank dan stesen minyak yang dibenarkan beroperasi di Sibu Jaya.

Sempurai juga menasihati penduduk Sibu Jaya hanya perlu keluar membeli barang keperluan sahaja.

Bagi penduduk yang tinggal di luar kawasan Sibu Jaya, Sempurai memberitahu ia terpulang kepada budi bicara polis sama ada membenarkan mereka masuk ke bandar baru itu atau sebaliknya.

Sementara itu, Sempurai menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak tepat.

Katanya, perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut hanya akan menimbulkan rasa panik dalam kalangan orang ramai.

SOP PKP di Sibu Jaya akan diperketatkan mulai esok sehingga 23 Februari depan.

Andy Sabang



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-2-2021 03:02 PM | Show all posts
Langkah perketat SOP di Sibu Jaya wajar bagi membendung penularan COVID-19

SIBU: Penambahan kes positif COVID-19 di daerah ini, saban hari kian membimbangkan, bukan hanya dalam kalangan penduduk tetapi seluruh rakyat Sarawak.

Walaupun kerajaan negeri telah melakukan beberapa langkah penting untuk membendung penularan wabak itu, tetapi peningkatan angka kes masih merisaukan.

Terbaharu, kawasan Sibu Jaya akan dikenakan prosedur operasi standard (SOP) diperketatkan berkuat kuasa selama dua minggu mulai 9 Februari hingga 23 Februari ini.

Ia merupakan langkah terbaharu susulan kes positif COVID-19 yang tinggi dicatatkan di kawasan tersebut.

Berikutan itu, hanya dua orang sahaja dibenarkan berada dalam sebuah kereta, selain hanya membenarkan perniagaan penting seperti kedai makanan, farmasi, klinik dan stesen minyak beroperasi.

Semua sekolah termasuk yang mempunyai kelas peperiksaan juga akan ditutup.

Seorang penduduk, Guma Jantan, 56, berkata, beliau menyambut baik langkah memperketatkan lagi SOP di kawasan Sibu Jaya yang akan berkuat kuasa pada Selasa.

"Ia sangat wajar dan sepatutnya dilakukan awal lagi bagi membendung penularan COVID-19.

"Jika tidak dibendung awal, ekonomi pasti boleh menjadi lebih parah berikutan rantaian jangkitan yang tidak ada pengakhiran," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Guma, lebih lama COVID-19 berada dalam masyarakat, ia bukan sahaja menjejaskan sektor ekonomi tetapi sektor pendidikan serta pembangunan turut terbantut.

Bagaimanapun, beliau memohon pihak berwajib menyalurkan segera bantuan terutamanya bekalan makanan.

Katanya, sebilangan besar penduduk di Sibu Jaya belum masih belum menerima sebarang bantuan bakul makanan sejak bahagian Sibu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 16 Januari hingga 29 Januari, sebelum dilanjutkan ke 14 Februari.

Justeru beliau berharap, pihak bertanggungjawab mempercepatkan pengagihan bakul makanan di kawasan Sibu Jaya.

"Tindakan melambat-lambatkan pengagihan bakul makanan tersebut akan menjejaskan ramai penduduk yang sangat memerlukan bantuan semasa tempoh PKP.

Seorang lagi penduduk Sibu Jaya, Encharang Janting, 64, yang belum menerima bantuan berkenaan meminta pihak bertanggungjawab mengambil serius mengenai isu agihan bantuan tersebut.

Encharang berkata, di bawah PKP, penduduk tidak dibenarkan meninggalkan rumah dan pemberian bantuan bekalan makanan bukan perkara main-main.

"Agihan tidak boleh sekadar suka-suka dan kerajaan juga tidak boleh mengabaikan keperluan lain keperluan seperti lampin bayi, susu formula, tuala wanita atau ubat-ubatan.

"Tidak semua orang hanya memerlukan makanan," katanya.

Jelas beliau, ada di antara penduduk di Sibu Jaya yang ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

Ujar beliau, bila arahan mengehadkan pergerakan dikeluarkan, maka sumber pendapatan mereka terhenti.

Encharang juga meminta pihak berkenaan tidak menggunakan saluran politik dalam mengagihkan bantuan kerana ia tak akan menyelesaikan masalah tidak menerima bantuan bakul makanan.

Justeru beliau berharap, pihak bertanggungjawab tidak berlengah dalam isu tersebut serta bersikap telus dalam mengagihkan bantuan.

Andy Sabang


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2021 03:10 PM | Show all posts
Penduduk Sibujaya dipakaikan gelang putih selepas ujian calitan, perlu jalani kuarantin 14 hari



SIBU: Penduduk yang dipakaikan gelang putih (tag) kuarantin Kementerian Kesihatan (KKM) selepas menjalani ujian calitan pengesanan COVID-19 di flat di Sibujaya hari ini perlu menjalani kuarantin di rumah sekurang-kurangnya selama 14 hari.

Jurucakap dari Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu berkata, mereka tidak dibenarkan keluar dari rumah sepanjang tempoh kuarantin dan perlu menunggu arahan dari pihak KKM.

"Mereka (yang memakai gelang putih) perlu duduk di rumah, kecuali untuk membeli makanan iaitu hanya seorang wakil dibenarkan, iaitu pergi dan balik sahaja.




"Bila mereka boleh keluar rumah? Kita akan diberitahu semasa ujian calitan kali kedua atau selepas 14 hari mereka berasa sihat, mungkin mereka boleh dibebaskan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengesahkan penggunaan gelang putih KKM untuk individu yang menjalani ujian calitan pengesanan COVID-19 di flat di ruang terbuka berhampiran flat Sibujaya hari ini.

Pemeriksaan besar-besaran itu diadakan mulai jam 9 pagi hingga tengah hari.



Pada 31 Januari lalu, pemeriksaan yang sama turut diadakan di Pasar Tamu Sibujaya, namun tiada gelang putih dipakaikan kepada orang ramai yang telah menjalani ujian pada hari tersebut.

Ditanya mengenai perkara itu, beliau menjelaskan bahawa pemakaian gelang putih itu adalah arahan baru dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Sementara itu, Ketua Balai Polis Sibu Jaya Inspektor Rodua Tayo menasihati penduduk Sibujaya yang telah menjalani ujian calitan hari ini supaya mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh KKM.

"Kita akan menahan mana-mana individu yang menggunakan gelang putih dikesan berada di kawasan awam.

"Kemudian kita akan rujuk mereka kepada pihak kesihatan untuk tindakan lanjut sebelum dihadapkan ke mahkamah," katanya.

Beliau turut ditanya sama ada pihak polis akan menempatkan anggotanya di sekitar kawasan flat Sibujaya bagi memastikan penduduk di kawasan itu mematuhi arahan yang dikenakan ke atas mereka.

"Kita ada sekatan jalan raya (SJR) di jalan masuk menuju ke Sibujaya dan hanya akan menjalankan rondaan berkala di sekitar kawasan ini terutama di kawasan pusat komersial Sibujaya," katanya.

Sementara itu, pemeriksaan besar-besaran ujian calitan pengesanan COVID-19 di flat Sibujaya hari ini berjalan lancar apabila orang ramai memberi kerjasama baik dengan tampil melakukan ujian calitan.

Kira-kira 30 kakitangan kesihatan ditugaskan untuk mengendalikan ujian calitan, manakala seramai 10 anggota polis, satu anggota RELA, APM dan ATM ditugaskan untuk menjaga keselamatan.

Borhaniza Ali Basah


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.199323 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list