Dalam bahagian ke-2 episod Nasi Dalca ini, Fendi mempelajari proses pembuatan nasi minyak pula di Restoran Nasi Dalca & Briyani Khalis, Bayan Lepas. Nasi minyak yang terkenal sebagai hidangan majlis perkahwinan pasti mengimbau memori Fendi sewaktu dahulu, bergotong-royong memasak di kampung halamannya.
Fendi kemudiannya menikmati hidangan istimewa Nasi Dalca dan memberi kupasan rasa beliau. Nak tahu sedap ke tidak, kena lah tonton sehingga hujung rancangan.
Mengimbau memori sejak kecil, TOK adalah rakan akrab yang mendidik anak cucu mengenai tradisi dan budaya kulinari tempatan. Atuk dan neneklah yang memperkenalkan kita kepada kepelbagaian rasa, aroma, warna dan tekstur yang terdapat dalam ribuan makanan yang disuap sebelum kita mengenali namanya.
Melalui siri Resepi Tok, hos Destinasi TV, Fendi Mohammad
(https://www.instagram.com/official_fe...​) akan membawa anda semua pulang ke kampung halamannya di Pulau Pinang untuk mempelajari sejarah di sebalik hidangan-hidangan tradisi yang sudah dinikmati ratusan tahun di bumi bertuah ini.
Resepi Tok bakal mendedahkan kepada anda, rahsia di sebalik makanan tradisi yang enak, proses pembuatannya dan yang paling penting kupasan rasa yang menyelerakan oleh Fendi.
Post time 27-7-2021 10:25 AMFrom the mobile phone|Show all posts
MsCinderella replied at 29-6-2021 11:26 AM
skrg ada servis mcm nasikandaqrunner...ambik mknn dr kedah,penang,melaka,johor,pahang..
so yg d ...
Nasi kandar kampung melayu pnah cuba tak sis mod? Trylah sdappppp… nasi kandar deen tak pnah rasa lg… nasi kandar cargas kat airport tu pun sdappp… kat penang apa yg tak sdap, smua sdappp… rindunya penang hukhukhukkk…
it's ok. benda baik kena share
nasi dalca bawang.. dia dekat astaka rajawali.
dekat situ jugak ada satu lagi nasi dalca. yang ni second sedap. atas sikit dari sekolah rendah bayan lepas. tepi jalan je.
Post time 28-7-2021 04:13 PMFrom the mobile phone|Show all posts
siputpepel replied at 28-7-2021 04:06 PM
it's ok. benda baik kena share
nasi dalca bawang.. dia dekat astaka rajawali.
dekat situ j ...
In Shaa Allah… pnah dgr nasi udang ke apa, dulu famous sgt, tp owner tu katanya mat pit n tak sure kedai tu ada lg ke tak… penang memang best, makan smua sdappppp