CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1131|Reply: 2

[SARAWAK] Covid 19 08/02/2021

[Copy link]
Post time 8-2-2021 09:50 PM | Show all posts |Read mode
Hari ini terdapat tiga (3) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 di Sibu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 53 kes.

Manakala terdapat 84 kes positif COVID-19 yang dikesan di Sarawak [Sibu (24), Song (23), Miri (10), Bintulu (9), Julau (5), Kapit (4), Bau (2), Pakan (2), Sri Aman (2), Samarahan (1), Lundu (1) and Sarikei (1)] menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 5,760 kes.

A. Kes Kematian Baharu COVID-19
I. Kes Kematian Ke-51.
Kes kematian ke-51 merupakan kes ke-2,584 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 74 tahun yang telah dimasukan ke Hospital Sibu apabila saringan bergejala di klinik kesihatan dengan ujian rT-PCR adalah positif COVID-19 pada 25 Januari 2021.
Keadaan kesihatan kes merosot dan disahkan meninggal dunia pada 07 Februari 2021.
II. Kes Kematian Ke-52.
Kes kematian ke-52 merupakan kes ke-5,103 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 60 tahun yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Sibu kerana mengalami sesak nafas, batuk, demam, lemah badan dan kurang selera makan. Ujian saringan rt-PCR adalah positif COVID-19 pada 04 Februari 2021. Keadaan kesihatan kes merosot dan disahkan meninggal dunia pada 08 Februari 2021. Kes mempunyai ko-morbid penyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia.
III. Kes Kematian Ke-53.
Kes kematian ke-53 merupakan kes ke-2,408 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 89 tahun yang telah dimasukan ke Hospital Sibu apabila saringan kontak rapat dengan ujian rT-PCR adalah positif COVID-19 pada 19 Januari 2021.
Keadaan kesihatan kes merosot dan disahkan meninggal dunia pada 08 Februari 2021. Kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi dan dislipidemia.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengucapkan ucapan Takziah kepada ahli keluarga mangsa.

B. Kes Baharu COVID-19

I. Daerah Sibu (24 Kes)
a) 16 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
b) 4 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di Daerah Sibu.
c) 3 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat kesihatan di Daerah Sibu.
d) 1 kes melibatkan saringan petugas kesihatan di daerah Sibu.

II. Daerah Song (23 Kes)
a) 21 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
b) 2 kes yang melibatkan kluster Pasai.

III. Daerah Miri (10 Kes)
a) 8 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
b) 1 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19. Kes dikategorikan sebagai kes Import C yang mendapat jangkitan dari daerah Pakan.
c) 1 kes melibatkan saringan petugas kesihatan di daerah Miri.

IV. Daerah Bintulu (9 Kes)
a) 5 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
b) 2 kes melibatkan saringan petugas kesihatan di daerah Bintulu.
c) 1 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di Daerah Bintulu.
d) 1 kes saringan individu balik dari kawasan berisiko tinggi jangkitan COVID-19 melibatkan warganegara tempatan. Kes ini dikategorikan sebagai kes
Import B iaitu mendapat jangkitan dari Kelantan.

V. Daerah Julau (5 Kes)
a) 4 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
b) 1 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di
pusat kesihatan di Daerah Julau.

VI. Darah Kapit (4 Kes)
a) 2 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
b) 1 kes yang melibatkan kluster Pasai.
c) 1 kes melibatkan saringan petugas kesihatan di daerah Kapit.

VII. Daerah Bau (2 Kes)
a) 2 kes yang melibatkan kluster Tabong.

VIII. Daerah Pakan (2 Kes)
a) 2 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.

IX. Daerah Sri Aman (2 Kes)
a) 2 kes yang melibatkan kluster Sebangkoi.

X. Daerah Samarahan (1 Kes)
a) 1 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di
pusat kesihatan di Daerah Samarahan.

XI. Daeah Lundu (1 Kes)
a) 1 kes yang melibatkan Kluster Pasai.

XII. Daerah Sarikei (1 Kes)
a) 1 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di Daerah Sarikei. Kes dikategorikan sebagai kes Import C yang mendapat jangkitan dari daerah Saratok.

C. Kluster Yang Masih Aktif.
Hari ini terdapat 15 kluster COVID-19 yang masih aktif di Sarawak iaitu:

I. Kluster Seruas, Beluru : terdapat penambahan 2 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 61 kes. Sejumlah 167 individu telah disaring dimana, 62 negatif dan 44 masih menunggu keputusan makmal.

II. Kluster Sebangkoi, Sri Aman : terdapat penambahan 2 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 23 kes. Sejumlah 447 individu telah disaring dimana, 267 negatif dan 157 masih menunggu keputusan makmal.

III. Kluster Jun Heng, Bintulu : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 20 kes. Sejumlah 150 individu telah disaring dimana, 88 negatif dan 42 masih menunggu keputusan makmal.

IV. Kluster Bintang Daily, Meradong : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 9 kes. Sejumlah 61 individu telah disaring dimana, 52 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

V. Kluster Jalan Pengiran, Matu : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 23 kes. Sejumlah 213 individu telah disaring dimana, 190 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

VI. Kluster Tabong, Bau : terdapat penambahan 2 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 34 kes. Sejumlah 250 individu telah disaring, dimana 180 negatif dan 36 masih menunggu keputusan makmal.

VII. Kluster Indah Riang, Kuching :tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 21 kes. Sejumlah 222 individu telah disaring, dimana 191 negatif dan 10 masih menunggu keputusan makmal.

VIII. Kluster Bedayan, Serian : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 17 kes. Sejumlah 1,148 individu telah disaring, dimana 1,131 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

IX. Kluster Rakut, Miri : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 156 kes. Sejumlah 600 individu telah disaring, dimana 426 negatif dan 18 masih menunggu keputusan makmal.

X. Kluster Bukit Sekubong, Sebauh : tiada penambahan kes hari. Jumlah keseluruhan kekal 33 kes. Sejumlah 330 individu telah disaring, dimana 297 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

XI. Kluster Jelita, Miri : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 56 kes. Sejumlah 350 individu telah disaring, dimana 294 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

XII. Kluster Pasai, Sibu : terdapat penambahan 4 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,363 kes. Sejumlah 25,500 individu telah disaring, dimana 22,815 negatif dan 322 masih menunggu keputusan makmal.

XIII. Kluster Keranji Tabuan, Kuching : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 15 kes. Sejumlah 181 individu telah disaring, dimana 166 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

XIV. Kluster Bah Sayap, Miri : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 96 kes. Sejumlah 1,047 individu telah disaring, dimana 951 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

XV. Kluster Stutong, Kuching : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 41 kes. Sejumlah 570 individu telah disaring dimana 529 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

D.Status Kes Covid-19 Di Dalam Wad Hospital Dan Masih Di Bawah Pengawasan Perubatan (Kes Aktif).

Terdapat 123 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini dari Hospital Sibu (64), Hospital Bintulu (22), PKRC di bawah Hospital Kapit (14), Hospital Miri (13), Hospital Umum Sarawak (9) dan Hospital Sarikei (1).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj meningkat kepada 3,856 orang atau 66.94% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.
Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 1,831 orang dimana:
• 903 kes di Hospital Sibu;
• 373 kes di Hospital Miri;
• 211 kes di Hospital Kapit (PKRC Kapit);
• 172 kes di Hospital Umum Sarawak;
• 147 kes di Hospital Bintulu;
• 24 kes di Hospital Sarikei, dan
• 1 kes di Hospital Limbang (PKRC Limbang).

Hari ini, 87 PUI baru telah dilaporkan dan enam (6) PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.

E. Ringkasan Kes Mengikut Daerah Di Sarawak.
Hari ini, Daerah Lubok Antu dan Telang Usan telah kembali berstatus Hijau dari status Kuning setelah tiada kes jangkitan tempatan direkodkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Daerah Samarahan dan Subis pula telah kembali berstatus Kuning daripada status Jingga setelah merekodkan masing- masing 17 dan 18 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Daerah Lundu, Beluru, Kapit, Song, Dalat, Bintulu, Kanowit, Miri dan Sibu kekal berstatus Merah dengan sejumlah 1,927 kes jangkitan tempatan dilaporkan di sembilan (9) buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Daerah Kuching, Selangau, Sri Aman, Matu dan Bau kekal berstatus Jingga dengan 125 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Daerah Betong, Saratok, Sarikei, Daro, Sebauh, Lawas, Bukit Mabong, Tatau, Pakan, Serian, Belaga, Meradong, Julau dan Simunjan kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 112 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Manakala 10 daerah lain kekal berstatus Hijau.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-2-2021 09:50 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2021 09:53 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.126968 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list