CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1562|Reply: 1

[SABAH] Penganggur disyaki dalang sindiket ditahan, dadah hampir RM300, 000 dira

[Copy link]
Post time 8-2-2021 10:26 PM | Show all posts |Read mode

RAMPASAN: Habibi dan pegawai-pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik menunjukkan kepada petugas media rampasan dadah yang berjaya dilakukan.

KOTA KINABALU: Polis menahan seorang penganggur yang disyaki mempunyai kaitan dengan sindiket dadah dalam serbuan di Flat Kepayan Ridge, di sini, Jumaat lepas.

Dalam serbuan itu, polis menahan suspek, 30, lelaki tempatan, yang disyaki berperanan sebagai orang tengah dengan rampasan pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM300, 000.

Malah, siasatan turut melihat jika suspek mempunyai kaitan dengan Sindiket Very Good yang ditumpaskan tahun lalu, berikutan penemuan label Very Good pada paket syabu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata rampasan melibatkan 3, 558 gram syabu, 746 pil dan 337 gram serbuk ekstasi serta 240 pil eramin 5.

“Kita juga mengesan Mushroom (40 batang), dadah jenis ini disyaki baharu diedar di Bandaraya Kota Kinabalu,” katanya, pada sidang media, di IPD di sini.

Habibi berkata kesemua rampasan dadah itu dikesan dari bonet kenderaan sedan dan polis percaya bekalan terbabit diseludup masuk dari negeri jiran menggunakan laluan darat.

Mengulas lanjut, beliau berkata berdasarkan jenis-jenis dadah juga polis percaya bekalan terbabit bertujuan untuk edaran kepada pengunjung di pusat hiburan di sekitar ibu negeri.


MENCURIGAKAN: Polis mendapati rampasan paket syabu mempunyai label ‘Very Good’ sama seperti modus operandi sindiket dadah yang ditumpaskan tahun lepas. Manakala (kanan)dadah jenis Mushroom seperti rokok ini dikatakan baharu pertama kali dikesan ‘ada diedarkan’ di Bandaraya Kota Kinabalu.


“Mengikut harga pasaran dadah semasa, bekalan sebesar begini boleh memenuhi permintaan hampir 30, 000 penagih secara serentak pada satu masa,” katanya.

Menurutnya, suspek didapati positif ketamine dan siasatan awal polis mendapatinya mempunyai rekod kesalahan lampau (Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953).

Beliau berkata penahanan dan rampasan dalam kes terbabit dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 39A (2) dan Seksyen 15 (1) (a) akta sama.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-2-2021 10:27 PM | Show all posts
dapat beli rumah teres cash ...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.182726 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list