CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2378|Reply: 4

Maksud 'ghetto'

[Copy link]
Post time 11-2-2021 09:55 PM | Show all posts |Read mode
Maksud 'ghetto'



Ghetto adalah bahagian dalam sesebuah bandar yang menempatkan sesebuah kumpulan minoriti dalam sesuatu masyarakat, biasanya atas sebab tekanan sosial, undang-undang atau ekonomi.

Terma 'ghetto' berasal dari sebuah penempatan Yahudi di Cannaregio, Venice yang terbentuk sekitar 1516. Kawasan itu dipanggil 'ghetto' berakar daripada perkataan tempatan, ghéto yang bererti kilang menempa besi yang ada sekitar penempatan tersebut.

Ada beberapa teori lagi tentang dari mana asal perkataan ghetto ini. Antaranya get dalam bahasa Ibrani bererti 'perbuatan yang memisah', dan borghetto dalam bahasa Itali yang bermaksud 'pekan kecil'.

Ghetto dibentuk khas sebagai kawasan tempat tinggal orang Yahudi supaya tidak bercampur dengan masyarakat lain. Kebanyakan negara-negara di Eropah dan Timur Tengah pernah ada penempatan Yahudi ini.

Yahudi di Eropah dilihat sebagai pendatang/orang luar. Maka komuniti tidak bernegara ini diletakkan bawah peraturan ketat oleh bandar-bandar utama di Eropah ketika itu.

Ketika kemuncak regim Nazi, lebih 1,000 ghetto ditubuhkan untuk menempatkan populasi Yahudi sebelum mereka dieksploitasi dan dibunuh dalam Holocaust.

Ghetto di Maxwell Street, Chicago sekitar 1908. Nampak tak papan tanda dengan tulisan Yahudi tu, bermaksud 'Pasar Ikan'. (Foto: Wikipedia)

Selain Yahudi, terma ghetto ini juga lebih umum diketahui penggunaannya adalah terhadap penempatan orang-orang kulit hitam di Amerika Syarikat. Ia berkait rapat dengan sejarah pengasingan dan hak sivil komuniti Afrika-Amerika.

Kebanyakan ghetto di AS terbentuk di bandar-bandar Barat dan Utara. Ia berlaku kesan Great Migration (1914-1970), tempoh di mana lebih sejuta orang kulit hitam berhijrah keluar dari kawasan luar bandar di wilayah Selatan untuk lari daripada tekanan perkauman serta cuba membentuk kehidupan yang lebih baik.

Antara bandar yang menerima migrasi komuniti Afrika-Amerika pada tempoh tersebut adalah New York City, Chicago, Detroit, Cleveland, Pittsburgh, Los Angeles, Oakland, Portland dan Seattle. Sebab itu bandar-bandar ini banyak kawasan ghetto.

Selalunya, kawasan ghetto ini tempat yang miskin berbanding tempat-tempat lain dalam sesebuah bandar itu. Sebab itu kawasan ghetto sinonim dengan kegiatan-kegiatan jenayah, biasanya mereka mempunyai sistem keadilan tersendiri mengikut cara mereka.




Pemandangan biasa di penempatan ghetto. Jangan buat hal. (Foto: Wikipedia)

Kerana tekanan ekonomi, mereka lazimnya menubuhkan sindiket menjalankan urus niaga gelap untuk membekalkan keperluan dan kehendak penduduk setempat mengikut kemampuan mereka.

Jadi sindiket ini juga bertindak seperti gangster dan menjadi barisan hadapan yang melindungi 'neighborhood' atau 'hood' mereka daripada ancaman luar terutamanya kumpulan daripada 'hood' lain yang tak sekepala.

Dalam dunia yang semakin 'maju' dan 'bertamadun' hari ini, isu ghetto masih tidak berjaya ditangani kerana komuniti kawasan tersebut masih dibelenggu masalah ekonomi, yang menjadi akar kepada pelbagai masalah sosial.

Walaupun ada bandar yang sudah mula menangani permasalahan tersebut secara perlahan, budaya ghetto sukar untuk dihapuskan memandangkan ia sudah sebati dalam masyarakat yang begitu sejak puluhan tahun lamanya.

Maka mainkan lagu 'Ghetto Gospel' oleh Tupac Shakur.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2021 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Info bagus ni. Thanks.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2021 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Info bagus ni. Thanks.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2021 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada kawan aku proud was born in New York because of the ghetto..I was like wwwwhhhhaaattt??? Ko paham ke tidak maksud ghetto tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2021 01:23 AM | Show all posts
MadameOnion replied at 11-2-2021 10:46 PM
Ada kawan aku proud was born in New York because of the ghetto..I was like wwwwhhhhaaattt??? Ko paha ...

ghetto tu sampah masyarakat klu dlm bahasa melayu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.242594 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list