Clauvino da Silva cuba melarikan diri dari penjara dengan menukar jantina?
Seorang ahli gangster Brazil bernama Clauvino da Silva cuba melarikan diri dari penjara dengan menyamar sebagai anak perempuannya sendiri.
Mungkin beranggapan bahawa adalah sangat sukar untuk penjenayah berusia 42 tahun menyamar sebagai anak perempuannya yang berusia 19 tahun, namun Clauvino agak kreatif.
Dia memakai topeng silikon, rambut palsu, pakaian anak perempuannya iaitu baju berwarna merah jambu dan seluar jeans ketat, serta cermin mata.
Penyamaran itu sepatutnya menjadi tiket kepada kebebasan Clauvino kerana pekerja penjara percaya bahawa anak perempuannya sepatutnya tinggal di penjara menggantikan ayahnya.