CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1629|Reply: 4

[SARAWAK] Amaran : Lemah semangat jangan nengok . Lelaki hilang ketika memburu d

[Copy link]
Post time 12-2-2021 09:40 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 12-2-2021 09:41 PM
Lelaki hilang ketika memburu ditemui meninggal dunia.

Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar memburu ke hutan di kawasan Sungai Kain Balleh pada Selasa lalu ditemui meninggal dunia sekitar jam 3.45 petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata mayat mangsa Garit Baling yang berusia 46 tahun ditemui dalam jarak 4 kilometer dari Rumah Panjang Ensong apabila pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mendengar anjing mangsa menyalak.

Mayat mangsa kemudian dibawa keluar dari kawasan hutan tersebut dan dihantar ke Hospital Kapit untuk tindakan selanjutnya.

Susulan penemuan mangsa, operasi SAR ditamatkan pada jam 4.15 petang.

Dalam kejadian sekitar jam 10 pagi Selasa lalu, mangsa keluar memburu ke hutan dengan membawa 5 ekor anjing miliknya namun gagal pulang ke rumah selepas 48 jam hilang.

Susulan bimbang akan keselamatan mangsa, satu laporan polis dibuat pada Rabu.

Sumber: Sarawak Update

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-2-2021 09:40 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2021 09:44 PM | Show all posts
KAPIT: Salakan empat ekor anjing menemui mayat pemburu yang dilaporkan hilang di Sungai Kain, Balleh.

Mangsa Garit Anak Baling, 46 tahun ditemui di kawasan hutan sekitar jam 3.45 petang dalam jarak 4km dari rumah panjang oleh pasukan SAR.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kapit
berkata, mangsa berjaya dibawa keluar dari kawasan hutan sekitar jam 4.15 petang.

"Sekitar jam, 4.15 petang mangsa berangkat balik ke Kapit dan seterusnya membawa mangsa menggunakan kenderaan bomba Hilux ke Hospital Kapit untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, bomba bersama-sama 10 orang penduduk melakukan pencarian di kawasan sekitar hutan di Ulu Sg. Kain dalam radius 4km.

Pada Selasa lalu, mangsa dikatakan keluar memburu ke hutan di kawasan Sungai Kain dengan membawa 5 ekor anjing.

Laporan dibuat selepas 48 jam mangsa tidak balik ke rumah, usaha mencari telah digerakkan oleh tuai rumah panjang bersama penduduk tetapi gagal menemui mangsa.

Bimbang dengan keselamatan mangsa satu laporan polis dibuat pada jam 8.22 pagi tadi.



credit

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2021 09:33 AM | Show all posts
lemah sgt mu ni..mcm tu pun dah lemah semangat
makan vitamin byk2 semoga kuat semangat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2021 02:31 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 13-2-2021 09:33 AM
lemah sgt mu ni..mcm tu pun dah lemah semangat
makan vitamin byk2 semoga kuat semangat
bukan kita yang lemah semangat


pernah kena marah sebab tak bagi warning tunjuk gambar gni

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.048302 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list