CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1567|Reply: 7

[BORNEO] Happy Chinese New Year 2021

[Copy link]
Reply Awards 5 Credits Reply available 5 Credits Award acrion! Each person 1 times
Post time 12-2-2021 10:09 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 13-2-2021 04:35 AM
FC mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun baru kepada semua forumer cina yang menyambut tahun baru pada hari ini.

Gong xi Fa Chai




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-2-2021 10:12 PM | Show all posts
CM shares CNY joy with celebrants at SUPP virtual open house


KUCHING (Feb 12): Chief Minister Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg has urged the CHinese community to continue working together in the war against the Covid-19 pandemic.

In a brief speech during a Chinese New Year ‘open house’ held online by the Sarawak United People’s Party (SUPP) this morning, he also urged the community to join the government in drawing up the best policies to accelerate Sarawak’s progress.

Abang Johari and his wife, Datuk Amar Juma’ani Tuaku Bujang, toss the ‘Yee Sang’ simultaneously with the other celebrants online, who included SUPP president Dato Sri Dr Sim Kui Hian, who is the Housing and Local Government Minister.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2021 10:16 PM | Show all posts
Tahun Baru Cina disambut dalam kalangan keluarga saja




KUCHING: Tidak seperti kelazimannya suasana sambutan Tahun Baru Cina (TBC) tahun ini jauh berbeza apabila tiada amalan kunjung-mengunjung.

Ia susulan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di bandar raya ini bagi mengekang penularan COVID-19.

Tinjauan Utusan Borneo di sekitar di bandar raya ini mendapati suasana lengang terutama kawasan yang kebiasaannya meriah setiap kali sambutan.

Rata-rata penduduk akur dengan prosedur operasi standard (SOP) PKPB dengan memilih untuk duduk di rumah dan menyambutnya secara tertutup di rumah masing-masing bersama ahli keluarga.

Bukan itu sahaja malahan sambutan kali ini juga sunyi tanpa acara simbolik pada Tahun Baru Cina iaitu persembahan Tarian Singa dan Naga, yang memeriahkan suasana sambutan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2021 10:26 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2021 10:38 PM | Show all posts
PERUTUSAN TAHUN BAHARU CINA 2021 YANG AMAT BERHORMAT DATUK PATINGGI (DR) ABANG HAJI ABDUL RAHMAN ZOHARI BIN TUN DATUK ABANG HAJI OPENG, KETUA MENTERI SARAWAK


Salam sejahtera, Salam Sarawakku Sayang. Bagi pihak saya sendiri, isteri dan serta keluarga saya ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada seluruh Anak Sarawak daripada kaum Cina di mana sahaja saudara dan saudari berada ketika menyambut perayaan Tahun Baharu Cina pada tahun ini.  
Walaupun suasana pada tahun ini tidak mengizinkan saudara dan saudari bersuka ria seperti selalunya disebabkan oleh pandemik COVID-19, saya amat berharap tradisi menyambut tahun baharu bagi kaum Cina tetap mempunyai signifikannya mengikut kepercayaan kaum Cina.

Saudara dan saudari sekalian,
Dalam suasana perayaan Tahun Baharu Cina yang telah diraikan turun-temurun oleh masyarakat cina, kaum-kaum lain harus merenung sejenak bagaimana masyarakat Cina begitu mementingkan pendidikan untuk anak-anak mereka. Di mana sahaja ada penempatan kaum Cina, di situ juga adalah sekolah. Sebagai sebuah kerajaan bersifat inklusif, Kerajaan GPS meneruskan bantuan tahunan kepada 14 buah sekolah menengah persendirian Cina di seluruh Sarawak.


Sistem pendidikan sekolah persendirian Cina sedia ada, yang juga melibatkan ramai pelajar bukan Cina, tidak harus diabaikan kerana ia juga menyumbang kepada pembangunan sumber manusia negeri ini lebih-lebih lagi dalam konteks ekonomi serantau yang didahului oleh ekonomi negara China.
Baru-baru ini saya telah menyerahkan geran Kerajaan Negeri sebanyak RM10 juta untuk tujuan tersebut, dan sebagai menyambung usaha yang telah dimulakan oleh Allahyarham Pehin Sri Adenan Haji Satem. Selain itu, Kerajaan Negeri juga memberi bantuan kepada sekolah-sekolah rendah Cina di mana sehingga 60 peratus pelajarnya adalah kaum Bumiputera.


Saudara dan saudari yang saya hormati,
Pilihanraya Negeri seharusnya diadakan selewatnya-lewatnya pada awal bulan Ogos. Namun, pengisytiharan Darurat untuk seluruh negara oleh Yang di-Pertuan Agong telah menidakkan kemungkinan akan diadakan pilihan raya bagi Negeri Sarawak. Pilihanraya Negeri sebenarnya telah dirancang oleh saya untuk diadakan pada tahun lepas, namun kita memilih untuk menangguhkannya memandangkan keadaan tidak mengizinkan. Kesihatan dan kesejahteraan rakyat kita menjadi keutamaan Kerajaan GPS pimpinan saya.
Walau bagaimanapun, Kerajaan GPS menaruh penuh kepercayaan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong supaya pilihanraya negeri boleh diadakan mengikut lunas-lunas Perlembangaan Negeri tanpa menjejaskan keselamatan rakyat.
Sebagai penutup, saya menyeru kepada saudara dan saudari untuk terus berusaha ke arah memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan kita yang mempunyai pelbagai agama, bangsa dan budaya di Bumi Kenyalang yang tercinta ini. Kita tidak dapat kunjung mengunjung seperti biasa tetapi ini tidak menghalang kita untuk terus mengeratkan tali silatulrahim antara kita dengan memperkukuhkan semangat saling hormat menghormati antara satu sama lain.


Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina 2021 dan semoga kita beroleh kesejahteraan dan dikurniakan dengan kesihatan yang baik. Saya bagi pihak keluarga sekali lagi mengucapakan Gong Xi Fa Cai.
Sekian. Terima kasih.

Kredit: Ambrose Cheng
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2021 10:58 PM | Show all posts
KUCHING: SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA 2021 DIRAI SEDERHANA, PATUHI SOP



Sambutan Tahun Baharu Cina, kali ini nyata berbeza.
Sunyi, itu perkataan pertama yang akan diungkapkan bagi menggambarkan sambutan kedatangan Tahun Baharu Lembu tahun ini, yang nyata berbeza jika dibandingkan dengan sambutan tahun-tahun lepas, yang disambut secara besar-besaran dalam suasana yang begitu meriah.
Suasana hiruk pikuk dengan keriuhan menyambut tetamu dan gelak ketawa bersama saudara mara, rakan taulan semasa kunjungan rumah terbuka, ternyata tidak didengari.

Sebaliknya tinjauan ke kawasan perumahan yang majoriti didiami masyarakat Cina mendapati keadaan tenang dan sunyi.
Walaupun rumah-rumah dihiasi dengan tanglung dan bunga-bungaan, namun aktiviti yang melibatkan pengumpulan tidak kelihatan, sekali gus menunjukkan orang ramai patuh terhadap Prosedur Operasi Standard SOP bagi sambutan Tahun Baharu Cina yang hanya membenarkan 20 orang tetamu terdiri daripada kalangan ahli keluarga, dalam satu-satu masa.

Sambutan juga hanya dibenarkan untuk hari pertama Tahun Baharu Cina sahaja.

RTM SARAWAK


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-2-2021 10:59 PM | Show all posts
34 BAYI LAHIR DI SARAWAK MALAM AMBANG TAHUN BAHARU CINA 2021

Bayi lelaki dari Kaum Penan antara yang terawal dari 34 kelahiran di Sarawak di ambang Sambutan Tahun Baharu Cina 2021.

Dihubungi RTM hari ini pihak Hospital menyatakan bayi seberat 3.6 kilogram itu selamat dilahirkan pada pukul 12.24 pagi di wad bersalin Hospital Bintulu.

Daripada 34 kelahiran ini 15 merupakan bayi perempuan manakala 19 adalah bayi lelaki.

Hospital Umum Sarawak merekodkan 12 kelahiran iaitu teramai sejak tengah malam sehingga 12 tengah hari tadi iaitu empat perempuan dan lapan lelaki.

Sementara itu wad bersalin Hospital Serian merekodkan kelahiran paling berat iaitu 4.6 kilogram oleh seorang bayi perempuan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2021 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Happy Chinese New Year

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.226653 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list