CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1071|Reply: 0

[SARAWAK] Kawan setia payah nak cari ...

[Copy link]
Post time 12-2-2021 10:53 PM | Show all posts |Read mode
Lepak sambil minum Stout, warga emas ditahan manakala rakan cabut lari nampak polis


Polis membuat pemeriksaan mendapati empat lelaki sedang minum minuman keras, namun tiga telah melarikan diri.



SIBU: Seorang daripada empat lelaki berjaya ditahan selepas cuba melarikan diri ketika dipercayai melepak sambil minum minuman keras di sebuah kedai kopi di Jalan Kampung Nyabor, hari ini.


Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, pasukan polis yang diketuai oleh DSP Ariffin Bahar, telah pergi ke sebuah kedai kopi dan mendapati empat lelaki sedang minum minuman keras 'Stout'.


"Apabila mereka ternampak kehadiran polis, tiga rakan mereka bertempiaran melarikan diri manakala salah seorang daripada mereka berjaya dicekup sekitar jam 12.50 tengah hari tadi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Suspek berusia 72 tahun dikenakan kompaun manakala pemilik premis, 32 tahun juga dikompuan kerana membenarkan pelanggan minum di premis semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Katanya, lelaki warga emas dan pemilik kedai kopi terbabit masing-masing dikenakan kompaun RM1,000 atas kesalahan melanggar SOP PKP.


Kedua-dua mereka didapati telah melanggar Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.2) 2021.

oleh Michael Ubam
Utusan borneo





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.038738 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list