CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 868|Reply: 0

[SARAWAK] Projek infrastruktur di Telang Usan diteruskan selepas tertangguh

[Copy link]
Post time 23-2-2021 05:00 AM | Show all posts |Read mode



MIRI: Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) kembali meneruskan projek pembinaan jalan raya dan menaik taraf infrastruktur lain di kawasan itu selepas tertangguh berikutan faktor cuaca.

Ahli Lembaga HDA merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata, sebelum ini projek itu terjejas kerana musim hujan sejak November tahun lalu hingga awal bulan ini.

“Saya gembira kerana projek yang memberi manfaat kepada kira-kira 88 rumah panjang dan penempatan, pekebun kecil kelapa sawit dan petani di Baram kembali diteruskan.

“Kerajaan negeri memperuntuk RM1.5 bilion bagi pembangunan fasa pertama untuk HDA meliputi kawasan Telang Usan dan Mulu dengan fokus utama membina jalan, jambatan dan insfrastruktur lain,” katanya di sini semalam.

Dennis berkata, bagi kawasan Telang Usan, projek utiliti dan insfrastruktur meliputi pembinaan jalan Long Aya-Long Pug di Hulu Tinjar terbahagi kepada tiga fasa iaitu Long Aya-Long Sobeng (Fasa 1), Long Sobeng-Long Aton (Fasa 2) dan Long Aton-Long Pug (Fasa 3).

Projek jalan itu meliputi pembinaan simpang Long Laput (Fasa 1), Long Lama-Longan Sibong, Long Lama-Simpang Temala, Long Bemang, Long Watt, Long Tujang, Long Buang, Long Atip, Long Bedian dan Jambatan Temala, Kampung Sungai Dua, Simpang Long Miri @ Daleh Long Pelutan, tujuh loji rawatan air, lapan rumah panjang di Apoh, Layun, Baram Tengah dan Hulu Tinjar.

Dennis berkata, projek infrastruktur di bawah HDA dilaksanakan berdasarkan ‘fast-track’ supaya dapat disiapkan dalam jangka masa pendek tanpa mengabaikan standard dan keselamatan.

“Namun, untuk menurap semua jalan pedalaman di Hulu Baram dalam satu masa amat mencabar dan sukar kerana bentuk muka bumi selain penduduk tinggal berselerak.

“Selain itu, kita berhadapan dengan cabaran cuaca dan tuntutan pampasan tanah sebelum setiap projek dapat dimulakan,” katanya.

Lebih 1,000 kilometer jalan balak dibina syarikat pembalakan di Telang Usan sekali gus memendekkan tempoh pergerakan penduduk ke pekan berhampiran berbanding pengangkutan sungai mengambil masa dua hingga tiga hari.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.242267 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list