CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 865|Reply: 0

[SARAWAK] Babi dilarang masuk

[Copy link]
Post time 23-2-2021 05:33 AM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Sarawak melarang pengimportan babi, daging dan produknya dari Sabah berkuat kuasa serta-merta selepas menerima laporan sampel lapan daripada 13 babi di Pitas di negeri tersebut positif virus demam babi Afrika (ASF).

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas di dalam satu kenyataannya berkata larangan tersebut dibuat di bawah Seksyen 8 Ordinan Kesihatan Awam Veterinar Sarawak 1999.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membeli sebarang jenis produk atau daging khinzir dari Sabah atau negara jiran.

Mereka yang didapati menyalahi atau melanggar larangan import bintang atau produk haiwan tersebut dengan atau tanpa permit (Seksyen 9) akan didenda RM50,000 dan atau penjara dua tahun, katanya menegaskan.

Uggah yang juga merupakan Menteri Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVSS) akan memperketatkan langkah biokeselamatan di seluruh Sarawak.

Pihak DVSS juga telah menjalankan kempen kesedaran dan sesi kerjasama berkenaan ASF bersama pemegang taruhan (petani, pengimport, Malaysia Airport Holdings Berhad) termasuk agensi kerajaan (Kastam, Imigresen, Pihak Berkuasa Pelabuhan dan Pihak Berkuasa Tempatan) di Sarawak.

Langkah peraturan dan kempen kesedaran akan dijalankan pihak DVSS agar virus berkenaan tidak akan memasuki negeri ini dan Sarawak masih bebas daripada ASF.

Sarawak mempunyai populasi 30,000 babi betina yang berupaya menghasilkan 455,000 ekor babi bernilai RM455 juta.

Ini merupakan tanggungjawab DVSS bagi memastikan Sarawak bebas daripada wabak pembawaan haiwan yang zoonotik dan kepentingan ekonomi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.083979 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list