CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1409|Reply: 5

[SARAWAK] UPDATE : Lelaki maut tertembak diri di Kanowit, kini diklasifikasikan

[Copy link]
Post time 27-2-2021 12:44 PM | Show all posts |Read mode
dari kes ni :
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1239071

KANOWIT: Polis mengklasifikasikan semula kes kematian melibatkan seorang lelaki yang maut  ketika berburu di kawasan hutan Latang, Machan pada 20 Feb lalu sebagai kes bunuh, kata Ketua Polis Daerah Kanowit, DSP Tega Bilong.

Ia susulan pengakuan suspek yang telah mengaku tertembak mangsa yang dikenali sebagai Patrick Nyanau, 30, secara tidak sengaja.

Pada hari kejadian, mangsa bersama tiga rakan termasuk suspek telah keluar untuk berburu di kawasan hutan berkenaan sekitar jam 8 malam.

"Berikutan nasihat pakar patalogi selepas bedah siasat, polis telah menjalankan siasatan lanjut ke atas suspek yang kemudian mengaku tertembak mangsa secara tidak sengaja,"  katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, suspek telah melepaskan tembakan dengan menggunakan senapang patah selepas ternampak ada kelibat seperti haiwan semasa kejadian.

Menyedari mangsa telah terkena tembak dan berlumuran darah, suspek bersama seorang lagi rakan bergegas membawa mangsa ke Hospital Kanowit namun telah meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian dada.

Tega berkata, pemeriksaan pakar patologi mendapati luka si mati disebabkan luka tembakan dari jarak jauh.

"Kami dimaklumkan oleh pakar patologi bahawa kesan kecederaan yang dialami oleh mangsa mungkin terkena tembak dari jarak 10 meter ke atas," katanya.

Susulan itu, tiga suspek berusia 31, 21, dan 19, telah ditangkap untuk membantu siasatan kes.

Sehubungan itu, polis telah merampas selaras senapang patah, satu kelongsong peluru kosong dan satu lesen senjata.

Dedah Tega lagi, ketiga-tiga yang ditahan telah menjalani ujian calitan COVID-19 dan didapati negatif.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 304(A) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan cuai," tambah beliau.

Michael Ubam


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2021 12:49 PM | Show all posts
mengapa lah tak jujur dari awal...

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengapa bunuh? Apa konspirasi ?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2021 01:52 PM | Show all posts
babynina30 replied at 27-2-2021 01:51 PM
Mengapa bunuh? Apa konspirasi ?
tertembak ... kata nya ...

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 12:38 AM | Show all posts

dulu2 ada kes mcm ni..
sangka tembak rusa tapi tertembak kawan sendiri

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2021 06:00 AM | Show all posts
Vellfire replied at 1-3-2021 12:38 AM
dulu2 ada kes mcm ni..
sangka tembak rusa tapi tertembak kawan sendiri
kena siasat dulu...

sebab pernah ada kes ... atas sebab dendam tapi kata tertembak ...


Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.045871 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list