CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1513|Reply: 12

[BORNEO] Vaksin Covid 19

[Copy link]
Post time 27-2-2021 01:12 PM | Show all posts |Read mode

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2021 01:13 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2021 01:25 PM | Show all posts





KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerima suntikan vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Peringkat Negeri Sarawak yang bermula hari ini.

Suntikan dos pertama vaksin jenis Pfizer-BioNTech diterima Abang Johari di Klinik Kesihatan (KK) Petra Jaya di sini yang merupakan antara Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi negeri ini.

Abang Johari tiba di klinik kesihatan itu pada kira-kira jam 3.00 petang dan diberi konsultasi sebelum persetujuan untuk menerima suntikan vaksin.

Sebaik menerima suntikan, Abang Johari dibawa ke ruangan khas bagi pemerhatian  selama kira-kira 15 hingga 30 minit sekiranya berlaku reaksi susulan seperti alahan atau simptom lain.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2021 01:27 PM | Show all posts

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan  


Turut menerima suntikan dos pertama COVID-19 hari ini Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan Pengarah Kesihatan Negeri Dr Chin Zin Hing.

Fasa pertama bagi program imunisasi di Sarawak bermula hari ini sehingga 31 Mac 2021 melibatkan seramai 97,161 petugas barisan hadapan.

Manakala fasa kedua dan ketiga akan bermula 1 April 2021 dan dijangka selesai 31 Ogos 2021.

Sarawak menjangkakan pelaksanaan program imunisasi di negeri ini akan mencapai 70 peratus daripada 2.8 juta populasi negeri ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2021 01:33 PM | Show all posts
Ahli Parlimen Kota Samarahan Bersama 150 Petugas Kesihatan Terima Suntikan Vaksin COVID-19

KOTA SAMARAHAN: Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang dan Residen Bahagian Samarahan, Brahim Lumpu bersama seramai 150 orang petugas Kesihatan Bahagian Samarahan menerima suntikan vaksin COVID-19 di Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan pada Jumaat.



UKAS






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2021 01:35 PM | Show all posts
72 Kakitangan KKM Daerah Simunjan Terima Suntikan Vaksin COVID-19

SIMUNJAN: Seramai 72 orang kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Daerah Simunjan menerima suntikan vaksin COVID-19 pada Jumaat.







Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-2-2021 01:37 PM | Show all posts
@Aking kalau terjumpa memana artikel pasal penerima vaksin Covid 19 kat Sabah ... boleh la tepek kat sini juga yer ... FC cari2 takat ni tak jumpa



Terimakasih


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2021 01:38 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2021 01:40 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2021 02:01 PM | Show all posts

Safiee (barisan depan, empat kiri) bersama yang lain setelah selamat divaksin petang, semalam.

MUKAH: Ahli Dewsn Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad telah selamat menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech dos pertama untuk fasa pertama petang, semalam.

Turut menerima suntikan adalah Pengarah Hospital Daro Dr Al Husna Dahyan, Pegawai Daerah Daro, Bujang Rahman Seli, Ketua Polis Daerah Matu-Daro DSP Neil Beginda, Ketua Balai Bomba Daro MohdNorAbdullah, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Daro Lt. Mohd Najib Mohidden dan Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Daro Awang Dasuki Awang Dol.

Seramai 66 orang penerima dos pertama untuk fasa pertama di Daerah Daro petang semalam.

Mereka terdiri daripada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga petugas barisan hadapan.

Sebelum proses suntikan, satu taklimat telah diberikan oleh Dr Al Husna kepada semua penerima suntikan.

Setelah suntikan, semua penerima vaksin juga telah dipantau selama 15 hingga 20 minit dan tidak mendapat sebarang keaulitan serta tidak ada apa-apa kejadian tidak diingini berlaku.

Seramai 16, 578 penduduk secara keseluruhannya telah mendaftar sehingga kini untuk menerima vaksin dimaksudkan dibawah Program Immunisasi Kebangsaan.

Mohamad Achil Norrlatep


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2021 02:07 PM | Show all posts
Saya dah diberi vaksin COVID-19!

Catatan wartawan (Saibi Gi) sebagai penerima suntikan vaksin antara terawal di Sarawak.

Bangun awal hari ini (26 Feb) kira-kira pukul 5:00 pagi. Hari yang bersejarah bagi saya kerana antara terawal dipilih menerima suntikan vaksin COVID-19 Pfizer Biontech.

Saya menerima panggilan dari Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan pada kira-kira pukul 10:30 pagi, 25 Feb. Seorang kakitangan pejabat berkenaan memaklumkan, saya dikehendaki datang ke pejabat mereka sekiranya bersetuju menerima suntikan vaksin pada 26 Feb, pukul 10:00 pagi.

Sebelum itu, pada pukul 10:00 pagi saya diberitahu oleh presiden Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA) Jacqueline Atiqah David, nama saya tersenarai antara 13 wartawan untuk disuntik vaksin bersama para petugas barisan hadapan.

Saya terkejut dan gembira kerana dipilih untuk menerima suntikan vaksin antara yang terawal di Sarawak, apatah lagi kerjaya sebagai wartawan memerlukan banyak berjumpa dengan orang ramai. Ini menjadikan kerjaya kami antara yang berisiko tinggi dijangkiti COVID-19.

Terima kasih kerajaan kerana mengiktiraf peranan wartawan sebagai antara barisan hadapan dalam menentang COVID-19.


Saya (Saibi), Zulazhar dan Rubiah (tengah) menunjukkan Borang Persetujuan Suntikan Vaksin COVID-19.

Selepas bersarapan, saya memandu ke Kota Samarahan kira-kira pukul 9:00 pagi – satu kereta bersama Zulazhar Sebli, wartawan foto The Star dan dua rakan jurufoto bebas, Herry Naha dan Awang Badarudin.

Pada malam sebelumnya, tidur saya kurang nyenyak kerana memikirkan betul atau sebaliknya tindakan saya bersetuju untuk menerima suntikan vaksin.

Malas nak berfikir panjang, saya suntik semangat ke dalam diri saya agar untuk meneruskan ‘perjuangan’. Perjuangan kecil untuk mengembalikan kehidupan masyarakat kepada yang normal. Tidak lagi perlu risau dengan jangkitan COVID-19, itu matlamat semua anggota masyarakat – rasanya.

Kami tiba di Klinik Kesihatan Kota Samarahan pada pukul 9:30 pagi. Sebentar selepas itu, kenderaan pembawa vaksin COVID-19 tiba di pejabat. Vaksin dipunggah masuk ke dalam klinik.

Saya dengan Zulazhar diminta kakitangan kesihatan mengisi Borang Persetujuan Suntikan Vaksin COVID-19. Borang itu disertakan dengan sejarah kesihatan dan ditandatangani si penerima suntikan vaksin.

Selesai mengisi borang, saya diminta mendaftar di kaunter untuk mengisi maklumat-maklumat peribadi dalam sistem komputer. Saya juga diminta melengkapkan ruangan ‘COVID-19 Vaccination’ dalam MySejahtera pada telefon bimbit.


Mengesahkan maklumat peribadi dan ditemuramah petugas kesihatan Klinik Kesihatan Kota Samarahan.

Ada tiga bilik disediakan untuk suntikan vaksin di Klinik Kesihatan Kota Samarahan. Ketika menunggu, seorang penolong pegawai perubatan memberitahu, tunggu vaksin dibuka dari peti untuk tempoh setengah jam, baharulah dapat disuntik. Menurutnya, dalam tempoh itu vaksin akan cair.

Sesudah lengkap proses kedua, saya diminta menunggu giliran untuk disuntik vaksin. Kira-kira dalam setengah jam menunggu, kini giliran saya tiba – selepas Zulazhar selesai disuntik.

Saya masuk ke bilik yang disediakan. Dua jururawat dan seorang penolong pegawai perubatan bertugas, begitu mesra dan cekap dalam mengendalikan suntikan. Seorang jururawat sekali lagi bertanya, adakah saya bersetuju untuk disuntik vaksin COVID-19? Ya, saya setuju.

Suntikan diberi menggunakan jarum berwarna jingga. Tidak sampai lima minit saya sudah selesai disuntik vaksin. Rupa-rupanya saya antara yang terawal diberi suntikan.

Tidak ada rasa sakit ketika dicucuk jarum. Mungkin saya memang jenis orang yang tak takut jarum suntikan, sebab itu saya tidak berasa gementar.

Zulazhar turut memberitahu saya, dia tidak berasa apa-apa ketika jarum dicucuk ke lengannya. Saya dan Zulazhar disuntik pada lengan kiri, sebab kami menggunakan tangan kanan untuk bekerja. Jika yang kidal, mereka akan disuntik pada lengan kanan.


Sesudah disuntik, saya diminta mengimbas kod khas menerusi MySejahtera sebagai rekod dan bukti saya sudah menerima dos pertama pada pukul 10:39 pagi, 26 Feb 2021!

Selepas mengimbas kod, akan tertera pada MySejahtera maklumat seperti tarikh dos pertama, nombor vaksin dan nombor kumpulan. Di situ juga tertera ruangan untuk melaporkan gejala selepas menerima vaksin. Selepas itu, temu janji untuk dos kedua, dan akhir sekali sijil digital perakuan penerimaan dos lengkap vaksin COVID-19.

Seterusnya saya diminta untuk ke ruangan menunggu bersama penerima vaksin yang lain. Saya disoal jika ada apa-apa kesan sejurus vaksin masuk dalam badan. Semua normal setakat ini bagi saya. Penerima vaksin lain juga kelihatan normal, Zulazhar juga normal. Tiada apa-apa kesan. Semua yang berada dalam ruangan menunggu kelihatan gembira.

Petugas di ruangan menunggu dengan begitu sopan dan ramah meminta saya untuk menunggu kira-kira 15 minit sebelum dibenarkan balik. Selepas selesai tempoh itu, petugas kesihatan berkenaan memanggil saya semula ke mejanya, bertanya sekali lagi jika ada rasa sakit atau kesan-kesan lain. Saya menjawab semuanya okay dan normal.

Petugas kesihatan itu juga berpesan, jika mengalami gejala yang teruk seperti sukar bernafas, bengkak muka dan tekak, denyutan jantung yang cepat, ruam teruk di seluruh badan dan rasa lemah dan pening, segeralah ke klinik.

Tetapi jika gejala ringan seperti sakit dan merah pada tempat suntikan, demam, menggigil, sakit kepala, otot atau sendi, berasa letih dan bengkak kelenjar - beliau pesan makan paracetamol, berehat dan ia akan sembuh dalam beberapa hari.

Akhir sekali saya diberikan Kad Vaksinasi COVID-19, ia perlu dibawa bersama ketika menerima suntikan dos kedua dalam tempoh 21 hari selepas 26 Februari. Baharulah proses vaksinasi ini lengkap.

credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2021 02:09 PM | Show all posts
PENTING :

Petugas kesihatan itu juga berpesan, jika mengalami gejala yang teruk seperti sukar bernafas, bengkak muka dan tekak, denyutan jantung yang cepat, ruam teruk di seluruh badan dan rasa lemah dan pening, segeralah ke klinik.

Tetapi jika gejala ringan seperti sakit dan merah pada tempat suntikan, demam, menggigil, sakit kepala, otot atau sendi, berasa letih dan bengkak kelenjar - beliau pesan makan paracetamol, berehat dan ia akan sembuh dalam beberapa hari.


Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 12:34 AM | Show all posts
1,397 petugas barisan hadapan Semporna akan terima suntikan vaksin



SEMPORNA: Seramai 1,397 petugas barisan hadapan di daerah ini akan diberikan suntikan vaksin jenis Pfizer-BioNTech dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan 2021 bermula Mac ini.

Pegawai Kesihatan Daerah Semporna Dr Shameer Khan Sulaiman berkata  vaksin tersebut tiba di Semporna kelmarin (Sabtu) dengan diiringi polis melalui jalan darat dari Kota Kinabalu ke Keningau dan Tawau sebelum tiba di Semporna.

"Kumpulan pertama vaksin ini akan disimpan di Klinik Kesihatan Semporna dan seramai 1,397 petugas barisan hadapan akan menerima suntikan vaksin dos pertama pada Mac ini," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu di Tawau, Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Arnold Joibi berkata pihaknya sudah mengenal pasti sembilan lokasi di Tawau termasuk Kalabakan bagi melaksanakan program vaksinasi itu.

"Ini termasuk penyediaan tempat untuk program imunisasi fasa pertama yang akan dilaksanakan Mac nanti," katanya.

Terdahulu, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan 2021 peringkat Sabah akan dilancarkan oleh Ketua Menteri Datuk Hajiji Mohd Noor, yang akan menjadi penerima pertama vaksin itu di Sabah pada 4 Mac ini.
kredit :utusanborneo 27feb2021

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.055745 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list