CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1142|Reply: 1

[SABAH] Polis Labuan pantau kegiatan kumpulan anti-vaksin

[Copy link]
Post time 27-2-2021 01:59 PM | Show all posts |Read mode
LABUAN: Polis Labuan akan memantau kegiatan kumpulan anti-vaksin di pulau itu yang menyebarkan propaganda mengenai vaksin COVID-19 melalui pelbagai platform di media sosial.

Pemangku Ketua Polis Labuan DSP Mohd Ibrahim Mohd Ghani berkata pemantauan itu termasuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang menggunakan media sosial untuk menyebarkan maklumat yang tidak tepat mengenai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

“Kami akan memantau penyebaran maklumat yang tidak tepat mengenai program vaksinasi ini dan jika ada laporan polis dibuat, kami akan mengambil tindakan segera terhadap mereka yang terlibat," katanya kepada Bernama di Terminal Feri Labuan selepas ketibaan kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 dari Kota Kinabalu semalam.

Beliau berkata walaupun jumlah golongan anti-vaksin tegar adalah kecil, namun pemantauan diperlukan kerana program imunisasi itu sangat penting untuk membentuk imuniti kepada penduduk di pulau itu dan di negara ini secara amnya.

Mohd Ibrahim turut mengingatkan bahawa individu yang ditahan kerana terlibat dalam menyebarkan propaganda anti-vaksin dan maklumat yang mengelirukan boleh didakwa mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Berhubung keselamatan 4,680 dos vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 yang ditempatkan di pusat penyimpanan vaksin Hospital Labuan, Mohd Ibrahim berkata pusat itu akan diawasi dengan baik oleh anggota polis selama 24 jam setiap hari.

"Adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan program vaksinasi berjalan lancar sepanjang fasa," katanya.

Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2021 01:59 PM | Show all posts
anti-vaks ... kalo takmo terima vaksin ... diam diam udah ...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.045153 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list