CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1128|Reply: 3

[SARAWAK] Covid19 19/01/2021- Kluster Buloh Selangau

[Copy link]
Post time 1-3-2021 12:52 AM | Show all posts |Read mode
Kluster Buloh diisytihar, libatkan tiga rumah panjang di Selangau KUCHING: Kluster Buloh diisytihar di Daerah Selangau, Sibu hari melibatkan tiga rumah panjang di kawasan Sungai Buloh di daerah itu.


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata indeks kepada kluster komuniti ini merupakan wanita tempatan berumur 22 tahun yang dikesan melalui saringan bergejala pada 21 Februari 2021.
“Kes ini telah mengalami tanda dan gejala sejak 17 Februari 2021. Perebakan jangkitan telah berlaku melalui pergaulan rapat dalam kalangan penduduk di rumah panjang terlibat. Hasil pengesanan dan saringan ke atas kontak rapat kes ini, terdapat penambahan seramai 27 kes baharu dikesan,” katanya.
Seramai 68 individu telah disaring dengan 28 kes dikesan positif termasuk kes indeks, 36 individu negatif dan empat individu masih menunggu keputusan.
Kesemua 28 kes positif dimasukkan ke Hospital Sibu dan PKRC di Sibu bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.
Dengan penambahan satu kluster baharu ini, terdapat 27 kluster aktif di negeri iaitu Kluster Jalan Ho Pin, Samarahan; Kluster Jalan Muhibbah, Betong; Kluster Emperoh Jambu, Kuching; Kluster Sungai Bakong, Meradong; Kluster Jalan Green, Kuching; Kluster Kejatau, Sri Aman; Kluster Jan Yong, Kapit dan Kluster Geronggang, Sibu.
Juga masih aktif Kluster Mas Merah, Sibu; Kluster Univista di Samarahan; Kluster Kampung Sungai Maong, Kuching; Kluster Gelong, Kapit; Kluster Kidurong Dua, Bintulu; Kluster Nanga Lijan, Julau; Kluster Seruas, Beluru; Kluster Sebangkoi, Sri Aman; Kluster Jun Heng, Bintulu dan Kluster Bintang Daily, Meradong.
Lagi kluster masih aktif Kluster Jalan Pengiran, Matu; Kluster Tabong, Bau; Kluster Indah Riang, Kuching; Kluster Bedayan, Serian; Kluster Rakut, Miri; Kluster Bukit Sekubong, Sebauh; Kluster Jelita, Miri; Kluster Pasai, Sibu dan Sub-Kluser Tangap di Subis.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2021 05:39 AM | Show all posts
Kluster Buloh, Selangau.

Kluster Buloh melibatkan daerah Selangau, merupakan kluster komuniti melibatkan tiga (3) buah rumah panjang di kawasan Sungai Buloh di Daerah Selangau.


Indeks kes kepada kluster ini merupakan seorang wanita berumur 32 tahun warga tempatan (Sarawak) yang telah dikesan melalui saringan bergejala pada 21 Februari 2021.


Kes ini telah mengalami tanda dan gejala sejak 17 Februari 2021. Perebakan jangkitan telah berlaku melalui pergaulan rapat dalam kalangan penduduk di rumah panjang yang terlibat. Hasil pengesanan dan saringan ke atas kontak- kontak rapat kepada kes ini, terdapat penambahan seramai 27 kes baharu telah dikesan

Sejumlah 68 individu telah disaring, di mana;
• 28 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk indeks kes.
• 36 individu negatif, dan
• 4 individu masih menunggu keputusan.

Kesemua 28 kes tersebut telah dimasukkan ke Hospital Sibu dan PKRC di Sibu bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 05:41 AM | Show all posts
Kepada yang tinggal d rumah panjang terlibat ...
harap kalau rasa kurang sihat tu... jangan keluar bilik... yer la ramai kat satu satu rumah panjang tu ...

jangan degil nak melawan askar atau petugas yang menjaga kat luar tu ...

#kitajagakita


Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 05:44 AM | Show all posts
KUCHING: Kluster Buloh diisytihar di Daerah Selangau, Sibu hari melibatkan tiga rumah panjang di kawasan Sungai Buloh di daerah itu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata indeks kepada kluster komuniti ini merupakan wanita tempatan berumur 22 tahun yang dikesan melalui saringan bergejala pada 21 Februari 2021.

“Kes ini telah mengalami tanda dan gejala sejak 17 Februari 2021. Perebakan jangkitan telah berlaku melalui pergaulan rapat dalam kalangan penduduk di rumah panjang terlibat. Hasil pengesanan dan saringan ke atas kontak rapat kes ini, terdapat penambahan seramai 27 kes baharu dikesan,” katanya.

Seramai 68 individu telah disaring dengan 28 kes dikesan positif termasuk kes indeks, 36 individu negatif dan empat individu masih menunggu keputusan.

Kesemua 28 kes positif dimasukkan ke Hospital Sibu dan PKRC di Sibu bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

Dengan penambahan satu kluster baharu ini, terdapat 27 kluster aktif di negeri iaitu Kluster Jalan Ho Pin, Samarahan; Kluster Jalan Muhibbah, Betong; Kluster Emperoh Jambu, Kuching; Kluster Sungai Bakong, Meradong; Kluster Jalan Green, Kuching; Kluster Kejatau, Sri Aman; Kluster Jan Yong, Kapit dan Kluster Geronggang, Sibu.

Juga masih aktif Kluster Mas Merah, Sibu; Kluster Univista di Samarahan; Kluster Kampung Sungai Maong, Kuching; Kluster Gelong, Kapit; Kluster Kidurong Dua, Bintulu; Kluster Nanga Lijan, Julau; Kluster Seruas, Beluru; Kluster Sebangkoi, Sri Aman; Kluster Jun Heng, Bintulu dan Kluster Bintang Daily, Meradong.

Lagi kluster masih aktif Kluster Jalan Pengiran, Matu; Kluster Tabong, Bau; Kluster Indah Riang, Kuching; Kluster Bedayan, Serian; Kluster Rakut, Miri; Kluster Bukit Sekubong, Sebauh; Kluster Jelita, Miri; Kluster Pasai, Sibu dan Sub-Kluser Tangap di Subis.

Agnes Tugong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.443566 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list