CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 971|Reply: 0

TSG Ikat Pelumba Import Baharu Dari Belanda

[Copy link]
Post time 9-3-2021 04:57 PM | Show all posts |Read mode

Pelumba baharu TSG kelahiran Belanda, Jeroen Meijers. - Foto ihsan TSG.


Berita Harian

Malik Muhamad
[email protected]

KUALA TERENGGANU: Pasukan berstatus benua Asia, Terengganu Cycling Team (TSG) mengikat bekas pelumba kelab Taiyun Miogee Cycling Team dari China, Jeroen Meijers dalam usaha untuk terus mengukuhkan kedudukan.

Pelumba kelahiran Belanda berusia 28 tahun itu mengikat kontrak selama setahun mulai 1 Mac lalu bagi menggantikan Robin Jurado Lopez dari Panama yang meninggalkan pasukan.

Ketua Pegawai Operasi TSG, Nasiruddin Wan Idrus berkata, kehadiran Meijers tepat pada masanya bagi memperkukuhkan jentera pasukan dalam misi memburu lebih banyak lagi mata dalam ranking Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

"Kita mengambil Meijers bagi menggantikan Lopez yang memilih untuk tidak menyambung kontrak bersama TSG kerana mendapat tawaran lebih baik daripada pasukan baharu di negaranya.

"Kita ikat pelumba baharu itu berdasarkan kejayaannya sebelum ini termasuk pernah memenangi jersi Kuning jelajah di China dan Filipina selain mempunyai latar belakang yang

bagus sebagai pelumba serta posisinya sesuai dengan pasukan.

"Kita yakin dengan kehadiran pelumba baharu itu bakal menambah lagi kekuatan pasukan apatah lagi kita berjaya menaiki lima podium di Turki baru-baru ini," katanya di sini.

Sementara itu, Meijers menerusi laman Instagramnya mengakui gembira dan tidak sabar untuk menyertai pasukan TSG yang dilihatnya sebagai salah sebuah pasukan hebat di Asia.

"Suka saya kongsikan, mulai saat ini saya akan menyertai pasukan TSG dan situasi ini adalah masa yang sesuai memulakan episod baharu selepas musim sukar berikutan pandemik COVID-19.

"Saya tidak sabar untuk mengharungi cabaran akan datang bersama pasukan dan terima kasih kepada TSG kerana memberikan peluang kepada saya menyarung jersi pasukan itu," tulis Meijers pada akaun Instagram miliknya.

Selain Meijers, pelumba import TSG yang lain adalah Carlos Quintero (Colombia), Metkel Eyob (Eritrea), Goh Choon Huat (Singapura), Artem Ovechkin (Russia) dan Youcef Reguigui dari Algeria.

Pelumba tempatan diketuai Zamri dan adiknya, Harrif Saleh, Wan Abdul Rahman Hamdan, Irwandie Lakasek, Muhammad Aiman Mohd Zariff dan Mohamad Afiq Huznie Othman, Nur Amirull Fakhruddin Mazuki dan Mohd Shahrul Mat Amin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.036219 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list