View: 5803|Reply: 3
|
PERISTIWA ‘DIGANGGU’ SEMASA BERCUTI DI KUALA TERENGGANU
[Copy link]
|
|
PERISTIWA ‘DIGANGGU’ SEMASA BERCUTI DI KUALA TERENGGANU
Gambar hiasa
Cerita ni berlaku masa aku pergi bercuti dengan family means aku, suami dan anak aku Iwan. Kami bertolak pada 15 November 2013 masa tu hari Jumaat. Petang pukul 3 mula bergerak dari rumah mentuaku di Muadzam Shah, Pahang. Perjalanan kami lancar dan kami sampai ke kuala Terengganu dalam pukul 10 lebih dekat pukul 11 jugak la. Sambil berhenti makan apa semua.
First tempat tinggal yang kami pergi dekat Seri Indah Resort berhampiran Pantai Batu Burok. Betul-betul kat tepi pantai resort ni. Mula-mula nak stay di Felda Residence, tapi kami x jumpa jalan nak ke sana. So, stay la kat sini pun ok. Harga boleh tahan dalam RM180++ tapi servis xla bagus sangat. Bilik pun macam dah usang je. Siap ada lipas dalam bilik air. OMG!!! Nasib baik just mintak stay 1 malam je.
Dah bayar semua so tido jela. Luckily bilik tu besar la jugak. Tengah-tengah resort tu ada swimming pool. Pagi-pagi bangun dengar deruan ombak memukul pantai. Kedengaran orang mula bermain-main di sekitar pantai. Nyaman suasana.
Aku sempat mengintai dari sudut langsir di tingkap bilik yang menghala ke pantai. Tenang rasa. Lepas breakfast aku bawa anak aku berjalan di sekitar pantai dan lastly dia nak mandi di swimming pool sebab dia jeles tengok budak-budak main air kat situ. So aku la yang kena ikut berendam ngan dia dalam tu. Suka gila dia. Yela budak-budak kan.
Pagi tu jugak kami check out keluar and untuk bermalam seterusnya kami pilih Hotel Seri Malaysia. Kami berjalan dahulu ke Taman Tamadun Islam (TTI) sebelum check in. So, pagi tu suami dah beli pakej untuk kami naik bot mengelilingi Sungai Terengganu yang banyak pulau-pulau di sekitarnya dan sekali untuk kami melawat Taman Monumen yang ada dalam kawasan TTI tu jugak.
Masa nak naik bot tu Iwan tido nyenyak. Ajak hubby naik bot petang je tapi yg jaga tiket kata petang dah x ada untuk melawat taman monument je.
Nak x nak bawak jela naik bot. Nasib baik x panas sangat. Panas sikit jela. Hmmm,,, nak dijadikan cerita aku rasa start dari nak naik bot ni ada ‘something’ dah mula ganggu. Sebab apa??? Malam sebelumnya anak aku ok je ngan ayah dia. Bergurau senda, main-main, riang tapi waktu ni dia dah mula tunjuk reaksi tak nak ikut ayah dia.
Dalam hati aku mungkin dia penat agaknya and nak manja dengan mama dia. But terdetik jugak perasaan lain waktu tu. Sebenarnya risau jugak bawak dia keliling pulau. Yela tempat-tempat macam ni macam-macam ada kan. Ada sorang baby yang turut sama naik bot pun x henti menangis.
Iwan dari mula pergi sampai dah habis pusing pulau memang dia x mau ikut ayah dia. So, lepas kami naik bot, kami check in ke Hotel Seri Malaysia. Rehat dulu, tidur, makan semua.
Petangnya kami ke Pasar Payang dahulu sambil pusing di kawasan Kampung Cina dan baru kami pergi melawat taman monumen. Di taman monumen ni banyak replica masjid daripada luar Negara dibina di sini dan di bawah bangunan replica tersebut ada muzium yang menyimpan barang-barang lama dan replica yang datangnya daripada Negara luar contohnya macam pedang, kendi, bekas minuman bentuk sabit, pakaian orang dulu dan macam-macam lagi la.
Nak dijadikan cerita di sini la aku merasakan ada sesuatu akan berlaku sebab hati aku serba x keruan bila sahaja masuk ke salah sebuah muzium di situ.
X perlu aku cakap yang mana satu tapi adalah salah satu darinya yang buat aku meremang bulu roma. Bukan aku je! Tapi rupa-rupanya husband pun rasa benda yang sama. Yang peliknya masa kami masuk orang lain tak masuk pun. Kami bertiga je. Memang la seram sejuk dan tak ada penjaga macam yang tempat-tempat lain.
Anak aku pulak siap berlari-lari dalam tu. Kami tak bercakap pun masa dalam tu just senyap je balik dari tu baru keluarkan perasaan yang dirasai masing-masing. Kami selesaikan lawatan dan bergambar semua. Sebelum balik kami sempat merasa makanan di situ. Kami makan ikan kerapu bakar dan sotong sekali dengan nasi dan ulam. Sedap la jugak. Memang sedap pun.
Selepas balik dari taman monumen, waktu dalam kereta aku rasa anakku seakan nak demam. So, ubat memang dah get ready just tinggal bawak pergi bilik je. Sampai bilik dia memang demam panas. Aku bagi ubat semua and dia pun ada muntah-muntah. Mabuk mungkin. Malam dia demam tu langsung dia tak mau dekat dengan ayahnya. Tido dengan mama je.
Aku pun pisahkan dia dari ayahnya kalau tak menangis memanjang. Nasib baik hubby faham dan tak ambil hati. Aku tuamkan dia dan sentiasa pastikan dia tak merengek malam. Nasib baik dia tido disebabkan penangan ubat tu tadi. Tapi aku tetap risau memandangkan badan dia masih panas.
Esoknya selepas sarapan kami keluar berjalan-jalan, memandangkan waktu check out 12 tengah hari maka kami berjalan sekejap sahaja dan dalam pukul 10 pagi balik ke hotel semula untuk kemas-mengemas.
Bila sahaja sampai di bilik, anak aku meraung tak nak duduk dalam tu. Nak cepat-cepat keluar. Aku dah mula risau macam ada sesuatu yang menakutkan dia. Aku tak rasa hotel tu yang ‘bermasalah’ tapi yang aku risau ka nada ‘sesuatu’ pada suami aku. Sebab anak aku mengelak je dari ikut ayah dia. So, aku cepat-cepat kemas dan beransur pulang.
Dalam perjalanan balik anak aku banyak tido sebab demam dia pun belum pulih sepenuhnya. Mula-mula kami lalu jalan dalam tapi suami nak lalu jalan pantai. So, kami tujulah ke jalan pantai melalui Dungun. Sepanjang perjalanan kami tak banyak pun berbual. Sewaktu di lebuhraya menghala ke Kuala Lumpur, aku memandang anakku di pangkuan.
Dia tak banyak minum susu pun. Selalunya sehari boleh habis 6-7 botol tapi ni 1 botol pun susah nak dihabiskan. Yang dia minum Cuma air badak dan roti kosong. Ada beberapa kali dia memberikan senyuman padaku. Senyuman itu ‘agak pelik’ pada aku. Pandangan matanya juga kelihatan “berbeza” dari biasa.
Renungan yang diberikan pada aku bukan renungan biasa. Air liurnya juga meleleh je. Tak pernah dia berkelakuan begini. Ada sekali aku merenung mata hubby dan aku dah mula rasa lain. Bukan lain apa tau!!! Lainnya sebab tenungannya tajam dan seperti ada sesuatu. Dalam hati sahlah dua-dua ni ada sesuatu yang mengikut. Aku tak tahulah kenapa detik hati mengatakan begitu.
Kalau ikutkan kami nak berhenti di mana-mana dan bermalam tapi aku menghalang suami membuat keputusan tersebut. Maka kami direct balik KL petang tu jugak dan terus ke rumah adik iparku di Selayang. Sampai di Selayang dalam pukul 6 lebih ada kisah ‘misteri’ yang berlaku di sana pula.
Lepas je sampai depan rumah adik ipar kami berbual sekejap di ruang tempat letak kereta di hadapan rumahnya. Anak aku dah mula nak menangis sebab dia x kenal lagi orang keliling kat rumah tu.
Disebabkan hari pun dah nak maghrib, so aku masuk dalam rumah dan siap-siapkan anak aku untuk mandi. Malam tu kami bersiap untuk makan di luar. Sepanjang berada dalam rumah tu anak aku merengek memanjang. Semasa keluar makan, mood anak aku ok je takde pulak menangis tapi bila balik je menangis x henti-henti.
Walaupun penat tapi akhirnya suami buat keputusan bawa anak aku pusing-pusing naik kereta sampai dia tertidur. Yang peliknya boleh pulak dia diam dan tido lena dalam kereta. Bila balik rumah automatic dia sedar dan terus menangis. Air mata pulak xde just suara menangis je. Selalu orang menangis keluar air mata. Ini tidak. Semasa dalam bilik aku terus membacakan ayat kursi sebanyak 3 kali dan setiap kali habis aku semburkan di ubun2 dan muka dia. Tapi apa yang berlaku???? Anak aku mula menjengilkan mata memandang tepat ke arahku sambil menjeritkan suara.
Setiap kali aku buat keadaan yang sama berlaku. Hati aku jadi tak tenang. Sah!! Ini bukan anak aku. Terus aku dan suami bertanyakan pada adik ipar tempat berubat. Mujur dia tahu seorang ustaz yang pandai berubat. Waktu tu dah pukul 12.30 malam. Bayangkan dengan suasana sunyi sepi waktu malam. Orang pun dah tak ramai lalu lalang. Korang bayangkanlah sendiri.
Sampai je di rumah ustaz aku pun terus menceritakan keadaan anakku yang kerap menangis dan dia memberitahu memang ada yang mengganggu anakku semasa aku di Terengganu. “Benda” yang mengganggunya ikut kami hingga ke KL. Patutlah anak aku banyak merengek, susu tak nak minum, perangai berubah. Terus dia ambil anakku di pangkuannya dan membacakan ayat sambil dipegang ibu jari kakinya. Sejurus selepas itu ustaz tersebut membuatkan air jampi untuk diminum dan dibasuh muka.
Alhamdulillah balik sahaja dari berubat anak aku tak lagi menangis dan bersikap seperti biasa dan mahu main. Semua atas izin ALLAH. Malangnya panas yang disangka ke petang rupa-rupanya hujan di tengahari. Mula-mula aku sahaja yang bermain dengan anakku di bilik. Bagi minum sedikit demi sedikit air jampi yang dibuatkan. Dia pun suka je. Minum tanpa banyak soal.
Tapi lepas sahaja suami masuk dalam bilik untuk duduk di sebelah anaknya, Iwan terus berubah muka dan menerjah ke arahku. Aku tenang je masa tu. Tiba-tiba anakku minta air jampi yang aku letakkan di atas rak dalam bilik tu.
Dia menunding jari ke arah botol tersebut. Aku mengambilkan barang lain yang ada di situ dulu. Aku mengujinya terlebih dahulu adakah dia benar-benar mahu botol tu sebab cara dia minta nampak bengis dan marah. Dia menolak semua barang yang aku ambil dan mahukan jugak botol air yang siap didoakan ustaz itu tadi. Aku mengambil dan meletakkan di hadapannya. Dia mengetuk penutup botol menyuruh aku membukanya.
Aku pun buka di samping sebelah tangan lagi memegang botol. Rupa-rupanya dia hendak menumpahkan air dalam tu. Ekoran matanya nampak sekali dia benci air tu dan tak nak melihat ada air dalam botol tersebut. Dalam masa yang sama aku terpandang muka suami dan aku seakan melihat raut wajah di depanku itu nampak tua dan pucat.
Cepat-cepat aku palingkan muka dan berlagak biasa. Aku khuatir sebenarnya jika sangkaanku benar berlaku iaitu aku risau suami juga ada turut diganggu.
Apabila anak aku mula menangis terus-menerus dan air jampi pun ditolaknya tak mahu minum, suami terus memeluknya dan mula azan di telinga. Sepanjang diazankan anak aku mengeluarkan suara yang keras.
Dan selesai azan suami menghembus telinga anakku. Serta merta badannya dikeraskan, mukanya kemerahan dan mata dijengilkan seperti orang sedang melepaskan kemarahan. Adik ipar yang menyedari keadaan tersebut turut menyatakan yang dia meremang melihat keadaan sedemikian. Aku buat keputusan sekali lagi untuk pergi ke rumah ustaz tersebut. Jam waktu ini sudah 1.30 pagi.
Rupa-rupanya ada lagi yang mengganggu anakku. Tapi bukan yang sebelumnya. Yang kali ini adalah “benda “ yang mengikut suamiku. Cuma suamiku seorang yang kuat semangat, jadi tiada apa berlaku pada dirinya. Anakku yang masih kecil kalah dengan keadaan itu. Budak kecil memang mudah nampak kan?....anakku diubati sekali lagi. Selepas berada di pangkuan ustaz dia berlari ke arahku dan segera memeluk pinggang. Aku terkejut!!! Kerana tiba-tiba jari jemarinya memberi satu cengkaman pada pinggangku. Dalam hatiku, mungkin benda tu marah aku membawa anakku jumpa dengan ustaz tersebut.
Ustaz mencadangkan supaya mencari limau nipis. Mujur ada pasar borong. Suamiku terus keluar beli dan dibawa semula ke rumah ustaz tersebut. Ustaz membacakan doa pada limau tersebut dan meminta kami mandi dengan air perahan limau itu tadi.
Selepas pulang, anakku boleh tidur seperti biasa. Tapi jelas kelihatan badannya nampak letih sekali. Keesokkan harinya, tiada apa yang berlaku. Kami menginap pula di rumah pakcik di Puchong. Kami ingatkan segalanya sudah berakhir tapi sebaliknya yang berlaku. Ada sesuatu lagi perkara terjadi.
Semasa di Puchong, anakku tidur sahaja semasa baru sampai. Nak dipendekkan cerita, dekat jam 12 malam dia bangun. Dia mula merengek. Macam biasa aku berikan susu botol padanya. Habis minum susu dia masih merengek dan menangis tanpa henti tanpa air mata. Apabila dibacakan azan dia memandang tepat ke arah bola mataku.
Mau takut aku dibuatnya. Ya, sah sekali lagi!! Dia belum pulih sepenuhnya. Pakcikku memanggilkan bilal di situ. Anakku diubati dan dibuatkan air seperti mana sebelumnya. Sejurus selepas itu Alhamdulillah dia pulih seperti sedia kala dan senyum bila ditegur. Kalau diikutkan esoknya aku ada kuliah untuk dihadiri tapi memandangkan asal malam anakku diganggu aku buat keputusan untuk pulang ke kampung dan berubat sahaja di sana.
Sampai di kampung tengahari. Malamnya kami berubat sekali lagi di rumah nenek angkatku. Dia memang pandai berubat. Sewaktu sampi dia tiada di rumah kerana menunaikan solat isyak di surau berhampiran.
Pulang sahaja ke rumah mak aku terus menyatakan tujuan kami. Belum habis berbicara dia sudah dapat mengetahui hajat kami dengan melihat raut muka kami bertiga (aku, suami dan anak). Dia tak pun pakai jin ke apa ke sebab katanya kalau orang kena ganggu ni memang raut mukanya akan berubah. Dia orang lama lagilah mudah membaca air muka.
Terus dibacakan doa pada air dan meminta kami minum dan membasuh muka. Suami dengan tidak sengaja bertanyakan pada nenekku apa yang mengganggu kami. Jawabnya “ishh, jangan ditanya apa yang kacau. Tak payah tau. Dah pergi tu dah”.. Terus kami senyap dan bualkan perkara lain.
Itulah kisahnya…
So, berhati-hatilah walau ke mana sahaja kita pergi…
Bukan kita sahaja menghuni muka bumi ini…
Semoga kita semua dijauhkan dari apa jua gangguan dan beroleh keselamatan daripada ALLAH TAALA. Amin.
Sumber : http://damiasyaza.blogspot.com
|
|
|
|
|
|
|
|
Seram lak baca.. Dulu pernah gak teringin nk stay kt mana2 hotel/resort kt K.T.. Tapi selalunya end up masuk pulau bermalam kt pulau.. |
|
|
|
|
|
|
|
hotel2 ni iols penah tido dulu. mujur x de pape berlaku. |
|
|
|
|
|
|
|
resort batu burok tu tempat orang merendek...jabat agama selalu gi serbu tempat tuh |
|
|
|
|
|
|
| |
|