|
Aksi terburuk Djokovic
DJOKOVIC akui sukar menerima kekalahan terburuk buat dirinya tahun ini. FOTO AFP
Monte Carlo: Novak Djokovic tersingkir daripada aksi Monte Carlo Masters selepas tewas 6-4, 7-5 kepada Dan Evans, manakala juara 11 kali Rafael Nadal mara ke suku akhir.
Pemain nombor satu dunia itu Djokovic tewas lima kali kepada pemain dari Britain itu daripada 16 pertemuan mereka sebelum ini dan berdepan kekalahan pertama tahun ini selepas memenangi gelaran Terbuka Australia buat kali kesembilan Februari lalu.
Evans yang menduduki ranking ke-33 menewaskan juara Terbuka Miami Hubert Hurkacz pada pusingan sebelum ini, akan berdepan pilihan ke-11 David Goffin untuk penentuan ke separuh akhir.
Goffin menewaskan naib juara Terbuka Amerika, Alexander Zverev 6-4, 7-6 (9/7) dalam satu lagi perlawanan sebelum itu.
Pada perlawanan itu Djokovic melakukan 45 kesalahan yang tidak sepatutnya ketika berdepan Evans yang tidak pernah memenangi gelaran di gelanggang tanah liat sejak April 2017.
"Sejujurnya ini adalah salah satu perlawanan terburuk dari saya yang saya ingat dalam beberapa tahun kebelakangan ini," kata yang muncul juara di Monte Carlo pada 2013 dan 2015.
"Secara keseluruhannya saya merasa sedih. Semua tidak menjadi.
"Ia satu persembahan yang sangat teruk. Saya tidak boleh positif untuk perlawanan ini. Ia pasti meninggalkan satu perasaan yang cukup teruk apabila keluar dari gelanggang ini."
Sementara itu Nadal hanya memerlukan 55 minit untuk menundukkan pilihan ke-14 dari Bulgaria, Grigor Dimitrov 6-1, 6-1.
"Saya minta maaf kepadanya. Dia bermain dalam satu perlawanan dalam keadaan yang teruk. Itu adalah kebenaran," kata Nadal mengenai lawannya yang sedang mengalami sakit gigi yang teruk.
"Dia melakukan banyak kesalahan, Saya berada di sana untuk melakukan perkara yang betul. Itu yang perlu saya lakukan.
Sumber :https://www.hmetro.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|