CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1421|Reply: 3

[Sabah] ESSCom Tahan 8 Pendatang Haram Indonesia Di Tawau

[Copy link]
Post time 20-4-2021 08:30 PM | Show all posts |Read mode


TAWAU, 20 April : Lapan pendatang haram warga Indonesia ditahan pasukan keselamatan  Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 Jalan Apas di sini pada 7.55 malam tadi.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Ahmad Fuad Othman berkata turut ditahan dua lelaki warga tempatan dipercayai sedang menunggu pendatang haram tersebut untuk dibawa ke sebuah lokasi yang masih dalam siasatan.

“Pasukan keselamatan mengesan pergerakan sebuah bot dari arah perairan Indonesia dalam keadaan mencurigakan menuju ke perairan Kampung Kurnia Jaya.



“Susulan itu sepasukan anggota keselamatan dari Pasukan Gerakan Am serta Angkatan Tentera Malaysia dalam tugasan Op Cegah Pati diatur gerak ke sebuah rumah atas air untuk pemeriksaan yang menemukan lapan pendatang haram di ruang tamu rumah itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pendatang haram yang ditahan itu terdiri daripada enam lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki berusia antara 10 hingga 70 tahun, manakala dua lelaki tempatan itu masing-masing berusia 26 dan 28 tahun.

Ahmad Fuad berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 55(E) Akta Imigresen 1959/63. – BERNAMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2021 08:31 PM | Show all posts
tukang bawa masuk tu patut kena hukuman lebih berat

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
warga tempatan ni dlm konteks penduduk asal ke 'orng luar yg dh dapat ic'???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2021 08:36 AM | Show all posts
Skuau replied at 20-4-2021 09:55 PM
warga tempatan ni dlm konteks penduduk asal ke 'orng luar yg dh dapat ic'???
asal ada ic jer rasa nya ...


dah la kita ngah perang dengan covid ... dier rang pula seludup masuk sini...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.043988 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list