CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1704|Reply: 1

[Sabah] Enam positif COVID-19 selepas lengkapkan vaksin di Sabah

[Copy link]
Post time 20-4-2021 08:34 PM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah hari ini mengesahkan terdapat enam individu yang terdiri daripada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) negeri, dijangkiti COVID-19 selepas menerima dua dos suntikan vaksin.

Situasi itu berlaku di antaranya disebabkan pendedahan kepada kontak rapat serta individu yang terlibat disahkan positif sebelum menerima suntikan imunisasi berkenaan.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Shahelmey Yahya dalam sidang media bersempena Majlis Perasmian Program Vaksinasi COVID-19 Fasa 2 Peringkat Negeri, di Kota Kinabalu, hari ini.

"Saya difahamkan ada, tetapi ini adalah disebabkan oleh satu kontak rapat dan keduanya dia positif selepas kurang daripada seminggu mendapat suntikan vaksin.

"Jadi ini bermakna bahawa apabila diberi vaksin tidak 100 peratus kita tidak akan dijangkiti, tetapi ia akan meningkatkan imunisasi dalam badan kita.

"Jadi itulah tujuan vaksin adalah meningkatkan imunisasi agar penularan jangkitan virus ini akan dapat kita bendung dan kurangkan," katanya.

Pada Sabtu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan seramai sembilan petugas kesihatan dikesan dijangkiti COVID-19 setelah menerima dua dos lengkap vaksin.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2021 07:48 AM | Show all posts
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah hari ini mengesahkan terdapat enam individu yang terdiri daripada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) negeri, dijangkiti COVID-19 selepas menerima dua dos suntikan vaksin.

Situasi itu berlaku di antaranya disebabkan pendedahan kepada kontak rapat serta individu yang terlibat disahkan positif sebelum menerima suntikan imunisasi berkenaan.


kerja sidaknya pun memang terdedah juak.. lagipun vaksin ya kmk baca kadar keberkesanan vaksin domestik untuk mencegah kes teruk di China adalah lebih daripada 90 peratus dan tahap perlindungan keseluruhan lebih dari 70 peratus.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.049686 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list