CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 840|Reply: 0

[Sabah] Covid19 23/04/2021

[Copy link]
Post time 23-4-2021 06:21 AM | Show all posts |Read mode


Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 160 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 57,324 kes.


Tiga (3) kes kematian direkodkan hari ini iaitu dua (2) kes di daerah Tawau dan satu (1) di Putatan. Takziah diucapkan kepada keluarga terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 159 menjadikan jumlah kumulatif 55,590 orang.

Seramai 994 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 317 orang di hospital, 662 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 15 orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 55 orang dan 20 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Penampang berubah dari zon kuning ke zon jingga.

Satu (1) kluster baharu direkodkan hari ini.
Kluster Kota Sawit di Kinabatangan pada hari ini mencatat jumlah kumulatif sebanyak 14 kes.

Kes indeks merupakan pekerja kilang sawit yang dikesan positif COVID-19 melalui (RTK Ag) saringan bergejala pada 13 April 2021 di sebuah pusat perubatan.

Susulan kes itu, saringan kontak rapat mendapati 13 lagi kes positif termasuk seorang tanggungan pekerja.

Berdasarkan rekod pergerakan, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan ketika melawat keluarganya yang tinggal di zon merah (Lahad Datu).

Sehingga hari ini, kilang terbabit ditutup manakala para pekerja pula telah dikuarantin.

Aktiviti persampelan COVID-19 dan disinfeksi masih diteruskan untuk menilai sebarang jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan menular ke ladang-ladang berhampiran.

Daripada 160 kes positif COVID-19, sebanyak 62 kes (38.8%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 25 kes (15.6%) saringan bergejala, 62 kes (38.8%) dari kluster sedia ada serta 11 kes (6.8%) dari lain-lain kategori.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.071925 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list