CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1928|Reply: 6

[Sarawak] Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500

[Copy link]
Post time 23-4-2021 06:29 AM | Show all posts |Read mode
Dua juta penjawat awam dan pesara terima bantuan Aidilfitri - Pejabat PM



KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 untuk penjawat awam yang akan dibayar bersama gaji pada 6 Mei depan.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, pesara pula akan menerima RM250.

Bantuan itu akan memanfaatkan lebih dua juta penjawat awam dan pesara.

“Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan Contract Of Service, Contract For Service, pegawai sambilan harian serta lantikan di bawah MySTEP dan RM250 kepada pesara kerajaan.

“Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini,” demikian menurut kenyataan itu.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, pengumuman pemberian Bantuan Khas Aidilfitri itu dibuat lebih awal berbanding tahun sebelumnya sebagai tanda keprihatinan kerajaan dalam membantu penjawat awam dan pesara membuat persiapan awal untuk meraikan Aidifitri.

“Kerajaan berharap dengan pemberian bantuan khas ini (akan) dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi,” demikain menurut kenyataan itu lagi. - Bernama


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-4-2021 06:30 AM | Show all posts
Sarawak blom tau lagi bagi berapa ...

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2021 08:04 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 22-4-2021 10:30 PM
Sarawak blom tau lagi bagi berapa ...

ni pengumuman yang ditunggu2 sebelum raya harap adalah IGift raya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2021 08:53 AM | Show all posts
hoi hanat yidin kanser..kata gomen takde duit..malaysia dh nak miskin..ko bg jugak bonus 500 ni kt org gomen yg tak pernah kena potong gaji..rakyat lain mcm mana?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2021 02:21 PM | Show all posts
tapirbiru replied at 23-4-2021 08:53 AM
hoi hanat yidin kanser..kata gomen takde duit..malaysia dh nak miskin..ko bg jugak bonus 500 ni kt o ...

mungkin die suruh tunggu bpr .
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2021 03:37 PM | Show all posts
Cam biasa johor setgh bulan
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-4-2021 05:41 AM | Show all posts
tagas replied at 23-4-2021 03:37 PM
Cam biasa johor setgh bulan
untung la ... dapat lebih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.050389 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list