CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2106|Reply: 14

[Sarawak] Covid19 24/04/2021

[Copy link]
Post time 25-4-2021 05:48 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 27-4-2021 05:39 AM
Kapit nak pintas Bintulu dah




Hari ini terdapat 570 kes baharu COVID-19 dikesan di Sarawak. Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah

Daerah Bintulu (128),

Kapit (109),

Kuching (76),

Sibu (54),

Song (45),

Subis (29),

Serian (26),

Bukit Mabong (16),

Tatau (14),

Miri (11),

Kanowit (10),

Belaga (10),

Lundu (9),

Mukah (9),

Samarahan (9),

Sarikei (5),

Bau (3),

Tebedu (2),

Beluru (1),

Saratok (1),

Meradong (1),

Betong (1)

Selangau (1).


Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 27,319 kes.

Daripada 570 kes baharu yang dilaporkan, seramai 43 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

Manakala, seramai 507 orang adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin. Secara ringkas kes-kes ini terdiri daripada:
I. 360 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 (11 kes bergejala).
II. 137 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada (7 kes bergejala).
III. 39 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan (1 kes bergejala).
IV. 24 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan.
V. 10 kes melibatkan individu yang balik dari negeri-negeri lain di dalam Malaysia (Import B ).



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-4-2021 05:52 AM | Show all posts
Hari ini terdapat lima (5) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19. Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada seramai 153 orang.

I. Kes Kematian Ke-149.
Kes kematian ke-149 adalah kes ke-24,670 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 71 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Bintulu kerana mengalami gejala demam dan kesukaran bernafas serta memerlukan bantuan pernafasan.
Saringan ujian rt-PCR telah dibuat dan dikesan positif COVID-19 pada 19 April 2021.
Keadaan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 21 April 2021. Kes ini mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, kencing manis dan dislipidemia.

II. Kes Kematian Ke-150.
Kes kematian Ke-150 adalah kes ke-25,621 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 54 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Bintulu kerana mengalami gejala demam, kelesuan badan dan kesukaran bernafas seminggu yang lalu. Saringan ujian rt-PCR telah dibuat dan dikesan positif COVID-19 pada 21 April 2021. Keadaan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 21 April 2021. Kes ini mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi dan sejarah penyakit strok.


III. Kes Kematian Ke-151.
Kes kematian ke-151 adalah kes ke-26,421 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 61 tahun yang telah ditemui tidak sedarkan diri di rumah oleh ahli keluarga. Menurut sejarah kesihatan, kes didapati mengalami masalah kesukaran bernafas sebelum itu. Kes ini telah dirujuk ke Hospital Sarikei bagi urusan Post-Mortem dimana saringan ujian rt-PCR dikesan positif COVID-19 pada 19 April 2021. Kes disahkan meninggal dunia pada 22 April 2021.
Kes ini mempunyai ko-morbid penyakit asthma dan penyakit darah tinggi. Kematian ini dikategorikan sebagai Brought in Dead (BID). Kes ini melibatkan Kluster Sungai Gemuan.

IV. Kes Kematian Ke-152.
Kes kematian ke-152 adalah kes ke-17,191 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 60 tahun yang dirujuk ke Hospital Bintulu daripada sebuah klinik hasil saringan bergejala melalui ujian RTK Antigen yang telah dikesan positif COVID-19. Kes didapati mempunyai gejala demam dan selsema beberapa hari sebelumnya. Saringan ujian rt-PCR telah dibuat dan dikesan positif COVID-19 pada 03 April 2021. Keadaan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 23 April 2021. Kes ini mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi dan penyakit buah pinggang tahap akhir.

V. Kes Kematian Ke-153.
Kes kematian ke-153 adalah kes ke-22,114 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 54 tahun yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Bintulu kerana mengalami gangguan sistem pencernaan. Kes ini telah dimasukkan ke wad isolasi sebagai Person Under Surveillance (PUS) kerana mempunyai kontak dengan kes positif. Saringan ujian rt-PCR telah dibuat dan dikesan positif COVID-19 pada 15 April 2021. Keadaan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 23 April 2021.
Kes ini mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, kencing manis, penyakit buah pinggang.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengucapkan ucapan Takziah kepada semua ahli keluarga mangsa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2021 05:54 AM | Show all posts
Status Kes COVID-19 Di Dalam Wad Hospital Dan Masih Di Bawah Pengawasan Perubatan (Kes Aktif).

Hari ini terdapat 637 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj iaitu dari

Hospital Sibu dan PKRC Sibu (172),

Hospital Bintulu dan PKRC Bintulu (168),

Hospital Sarikei dan PKRC Sarikei (75),

PKRC Mukah (71),

Hospital Miri dan PKRC Miri (57),

Hospital Umum Sarawak dan PKRC Kuching (36),

Hospital Kapit dan PKRC Kapit (32), PKRC Serian (12),

PKRC Betong (10),

Hospital Sri Aman (2),

Hospital Limbang (1) dan PKRC Penjara Sri Aman (1).


Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj meningkat kepada 21,412 orang atau 78.38% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.

Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 5,118 orang.
Manakala, 570 PUI baharu telah dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2021 05:57 AM | Show all posts
KEPUTUSAN JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak telah membuat keputusan berikut:

A. Pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)
Setelah melihat dan menilai situasi kes positif di Sarawak masih tinggi, JPBN telah memutuskan untuk MELANJUTKAN Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak, mulai 27 April 2021 jam 12.01 pagi hingga 10 Mei 2021 jam 11.59 malam.

B. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bagi:
i. PKPD Rh. Mut, Nanga Maong, Sungai Mujok, Julau (19 April hingga 02 Mei 2021)
ii. PKPD Rh. Robert, Ulu Paoh, Sarikei (21 April hingga 04 Mei 2021)
iii. PKPD Rh. Jawa, Sungai Kerubong Selalang, Sarikei (22 April hingga 05 Mei 2021)
iv. PKPD Kolej Tingkatan Enam, Saratok, Betong (23 April hingga 06 Mei 2021)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2021 05:58 AM | Show all posts
Pelanjutan Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bagi:

i. PKPD Sungai Kawi, Sarikei (23 April hingga 06 Mei 2021)
ii. PKPD Rumah Panjang Jugah, Sungai Bulat, Sarikei (24 April hingga 30 April 2021)
iii. PKPD Kampung Darul Falah, Sungai Gemuan, Bintangor, Sarikei (24 April hingga 07 Mei 2021)
iv. PKPD Rumah Panjang Jalan Bukut Balingian, Mukah (25 April hingga 08 Mei 2021)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2021 05:59 AM | Show all posts
kesian kat yang kena lock down ... harap yang mengambil tender memberi bantuan tu jangan ambil kesempatan untuk "let go" barang2 yang tak laku dan nak expired dah ...

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-4-2021 06:03 AM | Show all posts



Anang enda seliptip(swab test),3 ari sebedau auk

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2021 06:05 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-4-2021 06:08 AM | Show all posts
1.  PERGERAKKAN KELUAR DARI BAHAGIAN KAPIT PERLU SWAB TEST 3 HARI SEBELUM  BERGERAK.( Perlu Permit Polis)

2.  PERGERAKKAN KELUAR DARI BHG KAPIT DLM TEMPOH 3 HARI  PERGI/BALIK TAK PERLU SWAB TEST.(Perlu Permit Polis)

3.  PERGERAKKAN MASUK KE BHG KAPIT JUGA PERLU 3 HARI SWAB TEST SEBELUM MASUK KE BHG KAPIT.

4.  PERGERAKKAN  ANTARA DAERAH DLM BHG KAPIT TAK PERLU SWAB TEST( Jika dari Belaga melalui Bintulu /Sibu perlu swab test 3 hari sebelum) - (Perlu Permit Polis)

5.  PERGERAKKAN YG DI BENARKAN.(Perlu Permit Polis)

-  Essential Service ( Perkhidmatan Perlu)
-  Kebajikan ( Kematian Hanya Keluarga  Terdekat sahaja spt ibu. Bapa. Abang..kakak..adik ) ..Jika lebih dari 3 hari utk masuk/kembali ke kapit perlu swab test.

-  Kesihatan yg betul2 memerlukan rawatan rawatan di Hospital/klinik luar dari bhg Kapit.

6.  Kakitangan Kerajaan : contoh yg tinggal di kapit tapi bekerja di daerah lain dlm bhg Kapit perlu surat sokongan majikan utk pergerakkan dlm dari daerah ke daerah..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2021 02:07 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 24-4-2021 09:59 PM
kesian kat yang kena lock down ... harap yang mengambil tender memberi bantuan tu jangan ambil kesem ...

betul tu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2021 02:08 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 24-4-2021 10:08 PM
1.  PERGERAKKAN KELUAR DARI BAHAGIAN KAPIT PERLU SWAB TEST 3 HARI SEBELUM  BERGERAK.( Perlu Permit P ...

kapit pun dah jadi negara juak dh

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2021 02:59 PM | Show all posts
dah berlaku ctuk...
kesian cdak ... mee dah macam berkulat dah ... brand apa pun sik tauk...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2021 03:03 PM | Show all posts
Vellfire replied at 26-4-2021 02:08 PM
kapit pun dah jadi negara juak dh
hahahampes dirik

aok negara juak dah start esok

adik mek xdapat balit raya camya



Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2021 09:18 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 26-4-2021 06:59 AM
dah berlaku ctuk...
kesian cdak ... mee dah macam berkulat dah ... brand apa pun sik tauk...

kempang juak berik nak mcm ya
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2021 09:19 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 26-4-2021 07:03 AM
hahahampes dirik

aok negara juak dah start esok  

dah kuar sop baru.. sop bintulu paling panjangnampak gaya beraya di rumah sahaja lah kita
nak jalan rumah family dekat2 pun dilarang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.072507 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list