CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1450|Reply: 2

[Sarawak] Dua kluster baharu libatkan dua sekolah di Saratok dan Kapit

[Copy link]
Post time 25-4-2021 06:30 AM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) mengisytiharkan dua kluster baharu iaitu di Kluster Jalan Roban Lama di Saratok dan Kluster Jalan Selirik di Kapit.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JBPNS) dalam kenyataannya memberitahu kluster Jalan Roban Lama melibatkan sekolah menengah Tingkatan 6 yang dikesan melalui saringan bersasar di Pejabat Kesihatan Bahagian Betong.

Menurutnya, seramai 40 individu didapati reaktif Rapid Test Kits (RTK) Antigen.

"Hasil saringan ulangan menggunakan ujian rT-PCR, didapati seramai 13 orang daripada mereka telah dikesan positif COVID19 pada 22 April 2021.

"Punca jangkitan yang menyebabkan  kluster ini adalah dari komuniti yang telah merebak ke sekolah tersebut melalui kontak rapat dalam kalangan kakitangan dan pelajar sekolah tersebut," katanya.

Tambahnya juga seramai 294 individu melibatkan kluster ini telah disaring.

"Hasilnya 48 dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks, manakala 241 negatif dan lima masih menunggu keputusan makmal," katanya.

Kesemua 48 kes yang didapati positif COVID-19 telah dirujuk ke Hospital Saratok dan telah dimasukkan ke PKRC Betong bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

Sementara Kluster Jalan Selirik, Kapit dikesan melibatkan sebuah Sekolah Menengah di Jalan Selirik.

Jelasnya indeks kes kepada kluster ini adalah seorang pelajar asrama sekolah tersebut yang berumur 15 tahun yang dikesan melalui saringan individu bergejala pada 12 April 2021.

Perebakan jangkitan berlaku melalui aktiviti gotong-royong yang telah dijalankan pada 4 April 2021 di asrama sekolah serta pergaulan rapat di antara pelajar dan juga kakitangan sekolah.

Seramai 108 individu melibatkan kluster ini telah disaring dan 23 dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks dan 85 lagi masing menunggu keputusan makmal.

"Saringan pengesanan kes secara aktif mendapati tambahan 22 kes dikesan positif COVID-19 yang terdiri daripada kakitangan sekolah, tukang masak di dapur asrama sekolah, pelajar asrama dan juga pelajar harian.

"Kesemua 23 kes yang didapati positif COVID-19 telah dirujuk ke Hospital Kapit dan telah dimasukkan ke PKRC Kapit bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut," katanya.

Selain itu, daerah Kabong hari ini bertukar ke status Jingga daripada status Kuning setelah merekodkan 23 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

"Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Jingga telah meningkat kepada enam daerah, Kuning pula menurun kepada 10 daerah dan 21 daerah kekal berstatus Merah serta tiga daerah kekal berstatus Hijau," katanya.

Jeremy Lanson

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2021 02:06 PM | Show all posts
patut sik skolah bukak pun mcm ya?
dah ikut sop pun ada kes

yalah kes dari luar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2021 02:57 PM | Show all posts
Vellfire replied at 26-4-2021 02:06 PM
patut sik skolah bukak pun mcm ya?
dah ikut sop pun ada kes
mun kamek jadi parents ...nang sik la kamek hantar anak mek ke sekolah ...
bukan apa ...
blom ada jaminan mena2 selamat ...
tapi yalah tek...
banyak juak baca2 ...parents mengeluh... rimas anak2 lama d rumah la ... anak2 molah macam2 hal la d rumah ...
senang cita ... sik tahan dah jaga anak d rumah

Perebakan jangkitan berlaku melalui aktiviti gotong-royong yang telah dijalankan pada 4 April 2021 di asrama sekolah serta pergaulan rapat di antara pelajar dan juga kakitangan sekolah.

Seramai 108 individu melibatkan kluster ini telah disaring dan 23 dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks dan 85 lagi masing menunggu keputusan makmal.

tu ... yang kena saring dan d ketahui...
apa cerita yang dah balik rumah ... yang positip selepas tu ... orang rumah ... orang keliling ...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.516649 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list