|
KUCHING: Perniagaan francais 7-Eleven di Singapura memperkenalkan pelancaran produk baharu resipi asli Sarawak, mi kolok di 425 premisnya bermula 14 April lalu hingga 11 Mei depan.
Menurut satu kenyataan daripada Pejabat Pelancongan dan Perdagangan Sarawak, Singapura (STATOS) semalam, promosi tersebut dijalankan di bawah program ‘We love Sarawak Kolo Mee’ dengan nilai anggaran perbelanjaan publisiti untuk kempen tersebut melebihi SGD500,000.
“Sesiapa yang membeli 7-Eleven’s Kolo Mee boleh memasukkan butiran dengan bukti pembelian mereka secara dalam talian untuk memenangi tiket lawatan jejak ‘Sarawak Food’ di Singapura,” kata kenyataan itu.
Kempen tersebut dipromosikan di semua kedai 7-Eleven dan platform Facebook STATOS, akaun Instagram dan iklan luar di Galeri STATOS.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif STATOS Chew Chang Guan turut menyatakan kegembiraan beliau kerana diberi peluang mempromosikan makanan popular Sarawak kepada rakyat di Singapura.
“Kami percaya bahawa ini adalah tugas kami di STATOS untuk menyebarkan rasa cinta terhadap hidangan istimewa negeri Sarawak dan pada masa yang sama menjana lebih banyak publisiti untuk Sarawak di Singapura,” ujarnya.
Dr Miko Chang yang berasal dari Kuching ketika ditemui selepas membuat pembelian di salah sebuah 7-Eleven bersama rakannya, Koie Wong dari Tatau, Sarawak berkata beliau bangga melihat makanan Sarawak dipromosikan di peringkat serantau di Singapura.
“Mi kolok Sarawak merupakan makanan yang sangat sesuai untuk dimakan sebagai hidangan tengah hari sesuai untuk saya dan rakan-rakan dan mereka amat menyukainya. Terima kasih STATOS,” katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|