CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1580|Reply: 3

[Sarawak] PKPB di Sarawak dilanjutkan sehingga 17 Mei

[Copy link]
Post time 27-4-2021 06:37 AM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak akan dilanjutkan sehingga 17 Mei 2021 berkuatkuasa 27 April ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata arahan itu dibuat setelah melihat dan menilai situasi kes positif di Sarawak yang masih tinggi.

“PKPB di Sarawak akan dilanjutkan mulai 27 April 2021 jam 12.01 pagi hingga 17 Mei 2021 jam 11.59 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, JPBNS menerusi kenyataan pada 24 April lalu mengumumkan PKPB di Sarawak dilanjutkan mulai 27 April 2021 hingga 10 Mei depan, susulan situasi kes positif yang masih tinggi di negeri ini.

Sehubungan itu, JPBNS telah meluluskan prosedur operasi standard (SOP) yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Kuching, Miri, Sibu, Betong, Bintulu, Sarikei dan Kapit.

Maklumat lengkap berhubung SOP ini akan dipaparkan di website Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Mengenai status daerah kawasan jangkitan COVID-19 di negeri ini, JPBNS berkata, hari ini Daerah Lundu dan Pakan telah bertukar ke status Merah daripada Jingga setelah masing-masing merekodkan 57 dan 93 kes jangkitan dalam tempoh 14 hari lalu.

Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Merah telah meningkat kepada 21 daerah.

Daerah Sebauh dan Bau pula telah bertukar ke status Jingga daripada status Kuning setelah masing-masing merekodkan 27 dan 24 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Jumlah daerah berstatus Jingga sebanyak lapan daerah manakala sebanyak sembilan daerah berstatus Kuning dan dua daerah kekal berstatus Hijau,” katanya.

Dalam pada itu, Polis Sarawak  mengeluarkan sebanyak enam kompaun melibatkan tiga masing-masing di daerah Kuching dan Padawan kerana telah melanggar SOP.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang telah dikeluarkan sejak 18 Mac tahun lalu hingga hari ini sebanyak 5,990 kompaun.

Marlinda Mardzuki

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-4-2021 06:40 AM | Show all posts







Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2021 08:44 AM | Show all posts
Tiadalah Hari Raya bagi rakyat negeri mereka yang beragama Islam..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2021 09:21 AM | Show all posts
hayrin86 replied at 27-4-2021 12:44 AM
Tiadalah Hari Raya bagi rakyat negeri mereka yang beragama Islam..

raya dengan family kat rumah jerlah..
nak jalan rumah adik beradik pun tak boleh..
kang polis nampak keta byk.. selipar/kasut banyak
raya ni makan tido rehat dirumah jerlah.. nak buat mcm mana kan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 03:26 PM GMT+8 , Processed in 0.051866 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list