View: 947|Reply: 0
|
Park, Lydia tak bimbang ancaman Covid
[Copy link]
|
|
Park, Lydia tak bimbang ancaman Covid
Lydia Ko dari New Zealand bersama trofi Kejohanan Lotte LPGA yang dimenangi minggu lalu. FOTO AFP
Singapura: Pemenang pingat emas dan perak Sukan Olimpik, Park In-bee serta Lydia Ko berkata, mereka tidak bimbang beraksi pada temasya sukan di Tokyo yang ditangguhkan berikutan penularan Covid-19 sekalipun terdapat peningkatan kes di Jepun sejak kebelakangan ini.
Keadaan virus baharu berkenaan dilaporkan berada dalam tempoh cemas di Tokyo dan membabitkan beberapa daerah yang diumumkan minggu lalu dengan hanya tiga bulan sebelum Sukan Olimpik bermula, sekalipun begitu urus setia dan pegawai kejohanan menegaskan ia tetap akan diteruskan.
Kejohanan Wanita Dunia HSBC di Singapura yang akan bermula Khamis ini, dilihat sebagai lapangan pemanas badan terbaik sebelum temasya Olimpik ketika ia turut menampilkan pemenang pingat bagi kategori wanita dari temasya Rio 2016.
Menjelang kejohanan itu, juara bertahan Olimpik dari Korea Selatan, Park In-bee berkata dia tidak akan memikirkan semula perancangannya untuk beraksi di Tokyo.
"Saya mahu beraksi di Olimpik sekali lagi," katanya menerusi sidang media secara maya.
"Sememangnya, ramai orang yang sangat bimbang tetapi dari pandangan atlet sukan, saya fikir adalah hebat jika Sukan Olimpik dapat dijalankan.
"Kami sudah menanti empat tahun dan kini ia memasuki tahun kelima."
Sukan Olimpik sepatutnya berlangsung tahun lalu tetapi ditangguhkan sehingga 2021 kerana pandemik.
Lydia sensasi dari New Zealand yang memenangi pingat perak di Rio, berkata dia yakin penganjur akan mengutamakan aspek keselamatan dan mengambil langkah sepatutnya.
"Saya percaya pihak IOC dan semua yang terbabit bersama Jepun akan melakukan keputusan yang tepat dalam memastikan penganjuran temasya itu," katanya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|