View: 1731|Reply: 5
|
Islam : Perlembagaan dan Undang - Undang Syariah
[Copy link]
|
|
Edited by mbhcsf at 28-4-2021 06:53 PM
Assalamualaikum warahmatullah
Ramadhan Kareem semua
Dalam kita meraikan ramadhan pada tahun hijrah , dan masih diselubungi ancaman jangkita Covid-19 ini, maka elok benar juga kita mengambil cakna akan sedikit cabaran dan isu serius yang dihadapi dalam aspek peneguhan undang undang syariah di Malaysia.
Well, apabila AL - ALAQ diturunkan... maka di situ signifikannya dan implikasinya bermula secara tersurat, dan tersirat.
Umum mengetahui bahawa terdapat banyak cabaran yang dihadapi dalam peneguhan undang undang syariah di Malaysia, dan ini juga terzahir dalam kes kes mahkamah yang diuruskan di mahkmah sivil yang mana keptusannya membawa implikasi pada perlaksanaan undang - undang syariah di malaysia.
so, untuk konteks yg jelas pada yg belum maklum , boleh lihat link ini
https://www.change.org/p/pinda-p ... 7-b167-cd2bca1f7de7
KES MAHKAMAH IKI PUTRA: PERTAHANKAN SHARIAH DAN PINDAKAN PERLEMBAGAAN
dan pada malam ini , i think selepas kite semue teraikh ada satu wacana yang membincangkan aspek aspek ini :https://www.facebook.com/photo?f ... set=a.3892494514471
|
|
|
|
|
|
|
|
ini adalah nukilan daripada seorang Presiden Pesatuan Peguam Muslim Malaysia,
fikir fikirkanlah...
pautan asal:https://www.facebook.com/ZainulRijal
Bukan sahaja kalimah Allah…
Umat Islam dikejutkan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes Jill Ireland melawan Kementerian Dalam Negeri baru-baru ini yang memutuskan arahan Kementerian Dalam Negeri melarang orang bukan Islam menggunakan antara lain kalimah Allah bagi merujuk agama mereka adalah tidak berperlembagaan dan tidak sah. Penghakiman tersebut turut membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah-kalimah lain iaitu Baitullah Kaabah dan Solat untuk tujuan yang sama.
Jelas penghakiman tersebut tidak selari dengan penghakiman terdahulu yang diputuskan di dalam kes Titular Roman Catholic Archibishop of Kuala Lumpur melawan Kementerian Dalam Negeri yang memutuskan kalimah Allah bukanlah bahagian yang penting di dalam agama Kristian yang menyebabkan larangan boleh dilakukan.
Ruangan kali ini bukanlah ingin mengulas kedua-dua penghakiman tersebut tetapi hanya ingin menukilkan berkaitan aspek kontektualisasi dan normalisasi di dalam masyarakat kita sejak dahulu lagi.
Kontekstualisasi memberi gambaran tentang suatu proses di mana berita tentang kepercayaan sesuatu agama dibuat menjadi relevan dan sebati dengan budaya orang yang menerima seruan agama tersebut. Manakala normalisasi memberi erti tindakan menjadikan sesuatu itu biasa atau normal dan mudah diterima oleh sesebuah masyarakat.
Tindakan-tindakan sebegini mungkin di bawah sedar kita sudahpun mengambil tempat dalam masyarakat kita sejak lama dahulu. Sebagai contoh, kalua dahulu kita sangat jelas kuil adalah tempat melaksanakan amalan orang Hindu, gereja bagi orang Kristian, tokong bagi penganut Budha dan gurdwara bagi orang Sikh. Istilah-istilah yang dipakai tersebut sudah mula dikesampingkan kerana istilah yang lebih menyeluruh digunakan iaitu rumah ibadat. Kini apabila istilah rumah ibadat digunakan kita mungkin tidak dapat membezakan samada ia masjid, kuil, gereja, tokong ataupun gurdwara. Sudah tiada perbezaan lagi antara tempat tempat tersebut.
Begitu juga dahulu kita selalu katakan umpamanya orang Budha menyembah tokong, orang Hindu menyembah berhala dan lain lain lagi. Tapi kini istilah sembah tidak lagi digunakan sebaliknya istilah sembahyang digunakan. Jadi ramailah yang mengatakan seperti ‘ Ah Keong bersembahyang di rumah ibadat mereka’. Tiada perbezaan antara bersembahyang bagi orang Islam dengan yang bukan Islam.
Yang lebih menggusarkan orang Islam lagi apabila perkataan sembahyang itu juga tidak mahu digunakan oleh sebahagian orang bukan Islam sebaliknya mereka mendambakan menggunakan perkataan solat. Walaupun hakikatnya perkataan solat tersebut bukanlah perkataan di dalam Bahasa Melayu tetapi mungkin bagi tujuan normalisasi ia digunakan juga.
Saya mendedahkan perkara ini bagi memberi cetusan minda betapa proses kontekstualisasi dan normalisasi ini telahpun berlaku di dalam masyarakat kita. Bukanlah tujuan saya untuk membezakan antara agama bagi maksud diskriminasi tetapi pada pandangan saya adalah lebih baik setiap agama itu diidentitikan dengan perkataan-perkataan yang sesuai dengan mereka sehingga tidak membawa kekaburan kepada sesiapapun. Perbezaan bukan suatu yang merugikan kerana perbezaan itu sendiri merupakan kekuatan di dalam kepelbagaian penduduk di Malaysia selagi hormat-menghormati dan bertoleransi menjadi prinsip yang diamalkan.
Saya khuatir jika proses kontekstualisasi dan normalisasi ini terus dilakukan, pasti suatu hari nanti kita sudah tidak dapat membezakan satu agama dengan agama yang lain dan menganggap semua agama adalah sama. Jika ini berlaku, pluralisme agama akan berakar umbi di dalam masyarakat kita. Pluralisme agama bermakna mengakui semua agama adalah benar, ia sangat bertentangan dengan akidah Islam yang mempertegaskan satu-satunya agama yang diterima Allah swt adalah agama Islam. Oleh yang demikian memegang tekad semua agama adalah benar menyimpang dari akidah Islam itu sendiri bagi orang Islam.
Sekiranya semua agama adalah benar, bertukar-tukar agama pula akan merupakan suatu yang normal.
Oleh yang demikian proses kontekstualisasi dan normalisasi ini perlu diperhalusi semula agar masyarakat Islam tidak akan terperangkap di dalam kekeliruan yang dinyatakan di atas. Mungkin masih belum terlambat bagi kita kembali kepada istilah asal yang jelas dan tidak mengelirukan tersebut.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 28-4-2021 02:19 PM
U see, sebenarnya kitanampak di sini
yang pada pandangan umat islam secara kasarnya
Islam is about fiq ibadat , about pertanyaan hukum hakam , it 's about benda benda yang melibatkan etika dan moral , tapi sebenarnya ISLAM Itu LUAS ia mendasari kerangka pemikiran dan penilian pemikiran dalam tahap setinggi falsafah ( of course difaami yang ilmu wahyu memiliki tahap ketinggina knowledge dalam hirariki Islam ye ) hinggalah kepada perkara perkara yang mencakupi perlakuan.
Tang bab ibadat dan fiqh ibadat ni , it is common dan meluas dan ini sering saya katakan terzahir dalam setiap paparan penuisan.
tapi bagaimana pemikiran?
dan bagaiman ini relevan sangat sehingga kita lupa kerelevanan ilmu yg berbentuk usulussin dan falsafah dan dalam menghadapi rencam dan ancaman pemikiran dari kerangka yg bukanberasaskan tauhid - bagaimana pula kita ?
u see, sebab tu memahami pembahagian ilmu dalam kerangka Al ghazalli adalah penting. fahami itu maka you will know , what is to be ecpected from you as a Muslim , yg awwam levelnya ...sebab ada ilmu yang hanya experts sahaja yg faham...sebab umum yg tahu akan menyedari pentebaran ilmu dalam 4 kelompok.
so inilah cabaran akhir zaman dan It came down on me to this fact that :
bagaimanalah rasulullah SAW tak risau bila baginda saw kenangkan umatnya
pada akhir zaman...
apa yg saya kesalkan ialah kekadang minda kita asyik terbatas pada segala teor konspirasi itu ini setakat bhn polemik tapi dalam pada masa yang sama minda kita tak menyedari apa itu kerangkan pandagan alam Islam. yg mencakupi beberapa aspek penting dalam kita melihat haq dan haqiqat , the truth and reality tentang bab ketuhanan, kerasulan, revealed knowledge, konsep ilmu, kebahagian , erti makna INSAN...etc.
so, get to know this , carilah ilmu.
and yes sometimes we do make mistake and errors, terleka ( hahaha ) , yes sure as insan but , be aware, yup beware on the fact that life's just not a kiki lala..kiki lala.. thing.
|
|
|
|
|
|
|
|
malas baca..
tunggu #dengkike bersuara sepatah dua kata..
tanggungjawab sbg pemelihara agama kat malaysia kan..
every position comes with responsilibility.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 28-4-2021 06:52 PM
alhamdulillah.
ini bukan meetakkan tanggngjawab kepada sesiapa dan melabel sesiapa pada bulan ramadhan.
ini what you can do as muslim yang dianugerahkan aqal.
Saiyidina Ali pun menggalas tanggungjawab ini seawal remaja.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|