View: 4729|Reply: 22
|
Kiamat tak akan berlaku sebelum 2033
[Copy link]
|
|
BANYAK tersebar mengenai jangkaan-jangkaan tarikh Kiamat. Ada yang menyandarkan kepada Hadis bahawa Nabi menyatakan tarikh tertentu, ada juga yang mengikut ramalan astronomi, seperti bumi akan dilanggar asteroid dan sebagainya. Sedikit sebanyak perkara ini menimbulkan panik di kalangan orang awam.
Perlu dijelaskan bahawa tiada Hadis-hadis Sahih yang menyatakan tarikh-tarikh tertentu kiamat akan berlaku. Hadis kebanyakannya bersifat umum kerana tujuan utamanya adalah bagi memberi peringatan supaya kita sentiasa bersedia bila-bila masa.
Walau bagaimanapun ada disebutkan beberapa tanda akhir zaman yang menjadi penanda aras dekatnya berlaku Kiamat. Daripada tanda-tanda yang disebutkan, kebanyakannya telahpun berlaku.
Terdapat beberapa Hadis yang menyebutkan mengenai kronologi dan tempoh masa. Sedikit sebanyak ia boleh menjadi petunjuk berapa lamakah lagi masa yang kita ada sebelum Kiamat berlaku.
Sekurang-kurangnya terdapat empat hadis tanda akhir zaman yang berkait dengan masa yang boleh dijadikan petunjuk mengenai tempoh masa ini. Ianya seperti berikut:
1. Enam tahun malhamah
بين المَلْحَمةِ وفَتْحِ المدينةِ سِتُّ سِنِينَ، ويُخرُجُ المَسيحُ الدَّجَّالُ في السَّابعةِ
“Tempoh antara berlakunya malhamah dan pembukaan kota (Constantinople) adalah enam tahun. Dajjal akan muncul pada tahun ke tujuh.”
[HR Abu Daud]
2. Tiga tahun kemarau
إنَّ قَبْلَ خُرُوجِ الدَّجَّالِ ثَلاَثَ سَنَوَاتٍ شِدَادٍ يُصِيبُ النَّاسَ فِيهَا جُوعٌ شَدِيدٌ يَأْمُرُ اللَّهُ السَّمَاءَ فِي السَّنَةِ الأُولَى أَنْ تَحْبِسَ ثُلُثَ مَطَرِهَا وَيَأْمُرُ الأَرْضَ فَتَحْبِسُ ثُلُثَ نَبَاتِهَا ثُمَّ يَأْمُرُ السَّمَاءَ فِي السَّنَةِ الثَّانِيَةِ فَتَحْبِسُ ثُلُثَىْ مَطَرِهَا وَيَأْمُرُ الأَرْضَ فَتَحْبِسُ ثُلُثَىْ نَبَاتِهَا ثُمَّ يَأْمُرُ اللَّهُ السَّمَاءَ فِي السَّنَةِ الثَّالِثَةِ فَتَحْبِسُ مَطَرَهَا كُلَّهُ فَلاَ تَقْطُرُ قَطْرَةٌ وَيَأْمُرُ الأَرْضَ فَتَحْبِسُ نَبَاتَهَا كُلَّهُ فَلاَ تُنْبِتُ خَضْرَاءَ فَلاَ تَبْقَى ذَاتُ ظِلْفٍ إِلاَّ هَلَكَتْ إِلاَّ مَا شَاءَ اللَّهُ‏.‏ قِيلَ فَمَا يُعِيشُ النَّاسَ فِي ذَلِكَ الزَّمَانِ قَالَ ‏التَّهْلِيلُ وَالتَّكْبِيرُ وَالتَّسْبِيحُ وَالتَّحْمِيدُ وَيُجْرَى ذَلِكَ عَلَيْهِمْ مَجْرَى الطَّعَامِ
“Sesungguhnya sebelum keluar Dajjal akan berlaku 3 tahun yang sangat dahsyat. Manusia akan dilanda kelaparan yang teruk. Allah akan memerintahkan langit menghentikan satu per tiga hujan, dan memerintahkan bumi menahan satu per tiga tumbuhan. Pada tahun kedua, Dia akan memerintahkan langit menghentikan dua per tiga hujan, dan memerintahkan bumi menahan dua per tiga tumbuhan. Pada tahun ketiga, tuhan akan memerintahkan langit menghentikan keseluruhan hujan dan bumi menahan keseluruhan tumbuhan. Kesemua tanah akan kering kontang dan tandus. Sahabat bertanya apakah makanan manusia pada waktu itu? Baginda menjawab, tahlil takbir dan tahmid. Perkara tersebut akan dapat menggantikan makanan.”
[HR Ibn Majah]
*Tempoh ini berlaku dalam masa 6 tahun Malhamah.
3. 40 hari kemunculan Dajjal
يَخْرُجُ الدَّجَّالُ في خِفَّةٍ من الدِّينِ، وإدبارٍ من العلمِ، وله أربعون يومًا يَسِيحُها، اليومُ منها كالسنةِ، واليومُ كالشهرِ، واليومُ كالجُمُعةِ، ثم سائرُ أيامِهِ مثلُ أيامِكم، وله حمارٌ يَرْكَبُهُ عَرْضُ ما بين أُذُنَيْهِ أربعون ذراعًا، يأتي الناسَ، فيقول : أنَا ربُّكم، وإن ربَّكم ليس بأَعْوَرَ، مكتوبٌ بين عَيْنَيْهِ ك ف ر، يَقْرَأُهُ كلُّ مؤمنٍ، كاتبٌ وغيرُ كاتبٍ، يَمُرُّ بكلِّ ماءٍ ومَنْهَلٍ، إلا المدينةَ ومكةَ، حَرَّمَهُما اللهُ عليه، وقامتِ الملائكةُ بأبوابِهِما
“Dajjal keluar ketika urusan agama semakin diringankan, dan ilmu semakin ditinggalkan. Dia berkeliaran selama 40 hari. Sehari umpama setahun, sehari umpama sebulan, sehari umpama seminggu dan hari-hari berbaki umpama hari-harimu yang biasa. Dia memiliki keldai yang ditunggangi. Lebar kedua telinganya 40 hasta. Dia mendatangi manusia lalu berkata, aku tuhanmu, sedangkan tuhan tidak cacat mata sepertinya. Tertulis antara dua matanya huruf Kaf Fa’ Ra’, boleh dibaca oleh semua orang beriman sama ada yang celik mahupun buta huruf. Akan mendatangi setiap kawasan tanah dan laut, kecuali Mekah dan Madinah, Allah mengharamkan keduanya darinya, dan malaikat menjaga pintu-pintunya.”
[HR Ahmad]
*Jika dicampur sehari umpama setahun (354), sebulan (30), seminggu (7) dan baki hari-hari lain (37), maka jumlahnya adalah 428 hari atau lebih kurang setahun 2 bulan.
⚛4. Tujuh tahun pemerintahan al-Mahdi
يخرجُ في أُمتي المهديُّ ، يسقيهِ اللهُ الغيثَ ، وتُخرِجُ الأرضُ نباتَها ، ويُعطِي المالَ صِحاحًا ، وتَكثُرُ الماشيةُ ، وتعظمُ الأمَّةُ ، يعيشُ سبعًا أو ثمانيًا ، يعني حِجَجًا
“Imam al-Mahdi bakal keluar untuk umatku. Allah bakal menurunkan hujan bersamanya. Allah juga bakal mengeluarkan tumbuhan dari bumi. Akan dilimpahi dengan harta. Binatang peliharaan akan menjadi banyak. Umat ini akan menjadi agung. Dan dia akan hidup selama tujuh atau lapan tahun, sebagai hujah.”
[HR Hakim]
*tempoh ini hanya boleh berlaku setelah Kerajaan Dajjal dihapuskan dan digantikan dengan khilafah Islam.
Jika dicampur kesemua tempoh masa ini (6 tahun Malhamah + 1 tahun Dajjal + 7 tahun khilafah Islam), lebih kurang 14 tahun diperlukan untuk kesemua tanda-tanda ini berlaku.
Sehingga sekarang, tanda-tanda tersebut masih belum lagi berlaku. Maka kemungkinan besar tempoh tersebut akan lebih lama lagi kerana terdapat beberapa tanda lagi yang mesti berlaku.
Justeru secara mudah boleh kita katakan, sekurang-kurangnya Kiamat tidak akan berlaku dalam tempoh 14 tahun mendatang. Maka kita bolehlah menolak sebarang andaian dan ramalan yang mengatakan kiamat akan berlaku dalam tempoh kurang 14 tahun daripada sekarang.
Sekiranya Malhamah meletus tahun ini (1441/2019), paling awal kiamat boleh berlaku adalah (1455/2033). Namun jika Malhamah masih lagi belum berlaku tahun ini, maka kiraan turun 14 tahun tidak akan bermula lagi.
Perlu diingatkan, Malhamah tidak akan meletus sebelum berlaku dua tanda sebagaimana Hadis berikut:
عُمْرَانُ بَيْتِ الْمَقْدِسِ خَرَابُ يَثْرِبَ وَخَرَابُ يَثْرِبَ خُرُوجُ الْمَلْحَمَةِ وَخُرُوجُ الْمَلْحَمَةِ فَتْحُ قُسْطَنْطِينِيَّةَ وَفَتْحُ الْقُسْطَنْطِينِيَّةِ خُرُوجُ الدَّجَّالِ.
“Kepesatan Baitul Maqdis adalah tanda keruntuhan Madinah. Keruntuhan Madinah adalah tanda berlakunya perang besar. Perang besar adalah tanda adalah berlakunya pembukaan kota Constantinople. Pembukaan Constantinople adalah tanda keluarnya Dajjal.”
[HR Abu Daud]
Walau bagaimanapun, semuanya dalam ilmu Allah S.W.T. Lebih baik kita bersiap daripada sekarang. Kerana kiamat kecil (mati) boleh berlaku bila-bila masa sahaja daripada sekarang.
Wallahualam.
(ALANG IBN SHUKRIMUN)
14 Safar 1441
15 2019 Oktober |
|
|
|
|
|
|
|
Xyah ramal laa..kiamat kemain masing2 sebok nak ramal..ptt nye ramal mcm mana nak hilangkn covid nih haa..xpun,awal2 lg ptt dah ramal dtg nye covid ni haa,senang org nk bt preparation mental n economical..duhhhhhhhhhh~ |
|
|
|
|
|
|
|
12.12.12....blk kampung naik kapal terbang...rasa pellik....kurang separuh penumpang.....fikir2...baru teringat tarikh tu diramal kiamat oleh orang Mayan....terus baca doa............... |
|
|
|
|
|
|
|
Covid!!!! Covid!!!!! Neng nong neng nong. SAMAN covid lagi mahal banding SAMAN parking daa!!!!! Bila berlaku kezaliman semena-menanya, maka, datanglah saat kiamat... (Kiamat kecik ke kiamat besar, siapa tahu ya!!)
Ini iklan covid ya!!! Jgn layan sangat!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg dah ada yg ramal kovin ke? pandemik? terlepas bas? tp yelah sapa yg sangka kan
|
|
|
|
|
|
|
|
Jadi setiap tahun naik satu angka ramalan ni? |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 17-5-2021 06:52 PM
mmg dah ada yg ramal kovin ke? pandemik? terlepas bas? tp yelah sapa yg sangka kan
Sbb xde laa tu y ai persoalkan..sebok jah nak ramal kiamat sedangkn awal2 lg Allah dh ckp y hanya Dia sahaja tahu bila..
Tang covid xde plak y ramal,baik nostradamus ataupun mana2 fortune teller..kalau dpt ramal,senang haa kita..terus prepare vaksin awal2.. kekeke~
Lagikn virus2 y menyerang sebelum ni pn dorg xdpt ramal..ni nak ramal kiamat..konfiden betul haa.. |
|
|
|
|
|
|
|
SenangMaju: Covid!!!! Covid!!!!! Neng nong neng nong. SAMAN covid lagi mahal banding SAMAN parking daa!!!!! Bila berlaku kezaliman semena-menanya, maka, datanglah ...
covid sudah di siar NtV7 20 tahun lepas pada hari jumaat
pukul 10 malam
|
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 17-5-2021 07:03 PM
covid sudah di siar NtV7 20 tahun lepas pada hari jumaat
pukul 10 malam
Cuma tertanya2lah kan. Mungkinkah selepas suntikan covid, tetiba datang virus baru yg akan tukar manusia jadi zombie gitu? Mana tau, kot2 yg nama yakjuj Dan makjuj ni, generasi zombie Kan Kan Kan? Siap kuar ulat di leher Dan mati?
Huhuhu, zombie diakhir zaman!! Sowi ya, memang saya ni kuat berfantasi. Maklumlah di net macam2 ada!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by SenangMaju at 17-5-2021 10:17 PM
Ini sekadar pandangan semasa. Yang saya dengarlah (dari berita2 luar), kesan suntikan covid ni, boleh menyebabkan berlakunya pembekuan darah pada otak? Bukan semua kes ye. Tapi byk kes... Huhuhuhu...
Baru2 ni, Saya ada jumpa member, dia ada maklum, adik beradik dia ada ambil suntikan covid. Untuk dos ke dua, ada problem. Masuk hospital terus meninggal dunia. Doktor sahkan sakit jantung? Mau aje satu family hentam kaw kaw pihak hospital. Sedangkan yg meninggal dunia tu Tak der pun rekod penyakit apa2? Heran... Ada byk kes, saya dengar, masuk aje suntikan kedua... Kebanyakkan badan mereka jadi melemah.... Haihs... yang berita2 dok ada lar ni, macam menipu kebenaran aje. Iyelah Kan, 1 kematian nak kena bayar rm1 juta. Yg bestnya, dah kena suntik pun, kena covid lagi? Eh? Macam Lucu aje suntikan covid ni... Dan dengar kata jugalah (berita angin2 kentut katakan), ramai jugak yg meninggal dunia kes suntikan ni. Cumanya bagi alasan BUKAN SALAH SUNTIKAN?
Mungkinkah selepas suntikan ini, Allah s w.t nak hantar penyakit baru, menukarkan manusia kepada "zombie versi Kampung pisang" yg namanya yakjuj dan makjuj? Heheheee.
Apapun, itu kisah2 yg Saya faham ye. Rasa macam orang bodoh aje, ikut pandangan rakyat yg bodoh2, ambik pula suntikan untuk cegah covid, yg Mana fungsi sebenarnya adalah untuk menukar protein dalam DNA?? Tak rasa macam bakal jadi zombie ke lepas ni? Kalau manusia jadi zombie, mungkin mereka hanya tahu perkataan "Allah" aje waktu kiamat berlaku? Atau mungkin, lepas ni kalau perempuan melahirkan Anak aje, SEMUA PEREMPUAN AJE (laki2 x dak terus)
Apaleh buat, itu bukan hujjah, sekadar fantasi cuma... Huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 17-5-2021 07:03 PM
covid sudah di siar NtV7 20 tahun lepas pada hari jumaat
pukul 10 malam
Ada link? Share aje |
|
|
|
|
|
|
|
Soal kiamat ni, memanglah, Allah s.w.t janjikan seperti yg dimaksudkan oleh TT. Harus diingatkan, Hak mutlak kiamat ada pada Allah s.w.t. DIA boleh datangkan kiamat tanpa perlu bagi alasan sesudah itu, kerana DIA yg ciptakan semuanya. Nak bagi faham mudah aje. Katakanlah kamu tu bos, ada kilang sendiri, bangunan beli sendiri, bagi gaji kepada pekerja2. Pasal kamu ni supreme bos, kamu nak semua Tak WUJUD, maka kamu clear semua ikut suka kamu, sekali pun kamu dah draft untuk jangka masa pendek Dan panjang, pasal pekerja2 kamu rata2 macam sial aje buat kerja, tu yg kamu clear semua sekali. Huhuhu.
Kalau Kita benar2 kenal Allah s.w.t, maka yg dinyatakan TT Tak der Salah pun, cumanya Hak mutlak kiamat ni Allah s.w.t boleh tetapkan pada bila2 masa, kerana Tak der yg LAYAK nak kata "Tak boleh ya Allah!" atau "Tak adil ya Allah".
Sekadar apa yg Saya faham ya. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by SenangMaju at 17-5-2021 10:57 PM
Adakah menjadi kesalahan, org yg berkata "kiamat akan berlaku tahun 2023?" Itu boleh diambil sebagai pandangan aje. Boleh jadi betul atau tidak, itu sekadar ijtihad. Dosa mereka yg ijtihad berkenaan, bukan urusan Kita. Malah Tak perlu beriman pada perkara yg Tak ada Nas yg lengkap (mempercayai tahun 2023 akan berlaku kiamat), sebaliknya Kita hanya perlu beriman, hari kiamat PASTI berlaku cumanya ianya urusan Allah s.w.t.
Lagi Kita masih melayan ijtihad mereka yg menyatakan tahun kiamat ni, last2 Kita Lupa, itu hanyalah khabar dalam ijtihad, yg Tak perlu diperumitkan sama sekali akan masa berlakunya kiamat.
Habis kuat pun, seandainya Tak der kiamat tahun 2023, sesudah tahun 2024, Kita tolak aje ijtihad berkenaan dan juga kesemua ijtihad yg pernah dikeluarkan oleh individu2 berkenaan. Kerana ijtihad mereka itu jelas suatu pendustaan terhadap-Nya. Makanya, menerima dengan baik, menolaklah dengan baik menurut apa yg Kita pelajari menerusi Alquran dan As-Sunnah.
Wallahua'alam |
|
|
|
|
|
|
|
Ada yg berkata, tahun 2020, Iman Mahdi muncul? Tapi sampai ler ni Tak muncul2 kan?
Makanya, tolaklah ijtihad itu dan tolaklah kesemua ijtihad mereka dari dahulu sehingga kini kerana ianya sebuah pendustaan kepada Allah s.w.t.
Ini antara metod, datang dari Allah s.w.t menerusi ULAMA Al-Haq aje dizaman ini. Jika selain apa yg dinyatakan utk urusan ini, mereka itu BUKAN ULAMA AL-HAQ.
Sekadar untuk pencerahan. Allah s w.t jua yg Maha Mengasihani (orang yg beriman) |
|
|
|
|
|
|
|
Nak hapuskan fitnah, hapuskan pendustaan terlebih dahulu. Jika bergelumang dengan pendustaan, yg rugi itu mereka yg MENDUSTAKAN dalam berijtihad.
Berkata2lah urusan ijtihad. Kerana orang yg benar beriman, menjadi saksi atas kesemua pendustaan yg dimaksudkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya rasa cukup kot? Nanti Saya layan TT baru yg lain. Semua yg ada SUDAH dijawab menurut kehendak petunjuk-Nya jua.
Yang baik itu dari Allah. Yang dimuliakan-Nya itu, kita selaku manusia. Makanya, jadikanlah diri dimuliakan oleh Allah SERTA termasuk dalam golongan diberi perlindungan Arash-Nya. Wallahu'alam |
|
|
|
|
|
|
|
Allah saja yg tau bila kiamat. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang beriman xkan meninggal hari kiamat. Allah akan matikan sebelum kiamat dgn tiupan angin jadi berdoalah kita xkan meninggal disebabkan hari kiamat itu |
|
|
|
|
|
|
|
sumber artikel anda ? letakkan sumber tegakkan keadilan dengan memberikan kredit pada penulis asal ( jika ada ).
|
|
|
|
|
|
|
|
i guess sesiapa yang masih lagi terikut ikut budaya gagal MENILAI akan selalu terjebak dala kancah eh bila kiamat , oh asteroid etc , macam memperlihatkan kedangkalan minda muslim itu sendiri apabila turut sama terjebak dalam isu bicara tang bab tarikh kiamat isu asteroid menghancurkan bumilah.
i mean - punalah nak binvcang hal ni dengan menyahkan atau sengaja tidak menyisipkan sumber yg sahih Kalamullah dan hadith.
macam every year saban hari dok buat article macam ni , i mean ? kenapa ye minda org Islam too simplistic sangat ?
kenapa tak membicarakan ancaman aqidah dan pemikiran yang semakin menular?
lihatlah bentuk bentuk rasional pemikiran dan reasoning apabila konflik kemanusiaan di Gaza?
cuba lihat ini berlaku dlm kalangan Muslim sendiri?
tanpa mereka sedar akan apa bentuk pemikiran yg depa dah diaruhkan?
ini lebih serious .
Soal bila kiamat - i think bagi Muslim yg dah tahu rukun ima tu apa , bedna ni tak jadi soal dah sebab dah tahu yg kalau Rasululah SAW pun tak tahu BILA tapi baginda SAW hanya dapat berikan petanda besar kecil maka , who are we to teka , main teka macam seolah olah jahil? |
|
|
|
|
|
|
| |
|