View: 1230|Reply: 1
|
PGA minta maaf insiden penonton
[Copy link]
|
|
PGA minta maaf insiden penonton
PENONTON menjadi tidak terkawal selepas Mickleson muncul juara PGA Championship. FOTO AFP
Los Angeles: Ketua Eksekutif PGA, Seth Waugh meminta maaf selepas sekumpulan penonton dilihat berada di lapangan ketika Phil Mickelson meraih kejuaraan PGA Championship Pulau Kiawah.
Dalam satu kenyataan, Waugh berkata, PGA sudah meminta maaf kepada kedua-dua, Mickleson dan Brooks Koepka selepas penonton mengekori mereka di fairway lubang ke-18 di Ocean Course.
Mickelson menggambarkan keadaan huru-hara itu sangat mengerikan tapi luar biasa namun Koepka mengadu bahawa dia diganggu dengan bunyi bising penonton.
"Saya mungkin akan berasa tenang jika tidak mengalami kecederaan lutut dan diganggu oleh penonton. Ia mungkin tidak buat Phil namun diganggu beberapa kali bukannya sesuatu yang bagus buat saya." kata Koepka.
Waugh berkata, pengawal keselamatan gagal mengawal keadaan selepas penonton menyerbu dan bersorak di atas kejayaan Mickelson yang menjadi pemain tertua dalam sejarah meraih kejuaraan utama.
"Walaupun kami mengalu-alukan kehadiran peminat yang bersemangat, kami menyesal bahawa saat kegembiraan tinggi dan emosi oleh mereka semasa tamatnya PGA Championship membebankan soal keselamatan dan membuat dua pemain tertekan," kata Waugh
Sumber:https://www.hmetro.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
tolong...buka kertas siasatan... |
|
|
|
|
|
|
| |
|