View: 1307|Reply: 0
|
Selepas 20 Tahun, Misteri ‘Penghuni’ Marikh Akhirnya Terungkai
[Copy link]
|
|
Selepas 20 Tahun, Misteri ‘Penghuni’ Marikh Akhirnya Terungkai
Selepas 20 tahun, para ilmuwan akhirnya berjaya merungkai misteri yang menyelubungi kewujudan penghuni di planet Marikh sehingga terbentuk satu formasi seperti labah-labah raksasa di permukaan planet berkenaan.
Untuk pengetahuan anda, gambar satelit kutub selatan Planet Merah itu pernah menunjukkan corak makhluk asing aneh. Corak makhluk asing itu disebut sebagai araneiform atau labah-labah di Marikh.
Pada waktu itu, corak aneh itu telah membuatkan para saintis bingung kerana ia tidak menyerupai apa-apa bentuk yang ada di bumi. Walau bagaimanapun, satu kajian telah menjelaskan bagaimana ahli sains berjaya mencipta bentuk lebih kecil di makmal mereka.
Dengan menggunakan kepingan air batu karbon dioksida dan mesin yang mensimulasikan atmosfera di Marikh, kajian mereka mendapati objek yang disangkakan penghuni planet tersebut rupa-rupanya adalah pembentukan gas.
Proses ini telah membentuk retakan yang membuatkan ia kelihatan seperti labah-labah di mana gas yang keluar masuk ke dalam air batu. “Kajian ini memberikan bukti pertama untuk proses permukaan yang dianggap telah mengubah landskap kutub di Marikh,” kata penulis utama kajian Lauren McKeown.
Dalam pada itu, seorang saintis di Open University dekat United Kingdom berkata kajian tersebut telah menunjukkan bahawa araneiform atau corak labah-labah yang terbentuk di sekitar kutub selatan Marikh itu berlaku dengan air batu kering bertukar secara langsung dari pepejal ke gas.
Selain itu, para saintis berkata bahawa pembentukan formasi ini dipengaruhi oleh keadaan musim di planet berkenaan. Air batu dan fros yang terbentuk di sekitar kutub selatan dan utara pada musim sejuk planet berkenaan juga terbuat daripada karbon dioksida.
Atas sebab itu, para penyelidik membuat hipotesis bahawa labah-labah di Marikh terbentuk pada musim bunga ketika sinar matahari menembusi lapisan air batu karbon dioksida dan memanaskan permukaan di bawahnya.
Sumber:
Interesting Engineering
https://tehtarikgelasbesar.com
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|