CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1398|Reply: 0

Ditadbir Pemimpin Tidak Lagi Bernyawa, Ini Sistem Pemerintahan Nekrokrasi

[Copy link]
Post time 9-6-2021 01:43 PM | Show all posts |Read mode
Ditadbir Pemimpin Tidak Lagi Bernyawa, Ini Sistem Pemerintahan Nekrokrasi



Sistem pemerintahan demokrasi seringkali diletakkan sebagai pilihan terbaik kepada pembentukan sesebuah kerajaan walaupun ia mempunyai kelemahan tersendiri.

Kami akan kongsikan sistem nekrokrasi yang menjulang pemerintah walaupun beliau sudah meninggal dunia menerusi artikel ini:

Definisi nekrokrasi

Nekrokrasi terdiri daripada dua perkataan berbeza iaitu necro dan cracy. Necro ialah golongan yang telah meninggal dunia manakala cracy pula membawa makna diperintah atau ditadbir.

Oleh itu, nekrokrasi merujuk pada situasi sesebuah badan atau kerajaan berada di bawah pentadbiran pemimpin yang telah meninggal dunia.

Korea Utara dan sistem nekrokrasi



Korea Utara merupakan salah satu negara yang didakwa masih mengamalkan sistem nekrokrasi. Sistem perlembagaan yang diperkenalkan Presiden Kim Il-sung iaitu Juche membawa kepada pembentukan masyarakat yang beliau rasakan ideal dengan etnik Korea sendiri.

Il-sung menjawat jawatan Presiden sejak ia diwujudkan pada tahun 1972 sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir pada tahun 1994. Kim Jong-il kemudiannya mengambil alih tampuk pemerintahan negara itu selepas bapanya meninggal dunia.

Walaupun begitu, jawatan Presiden yang dipegang mendiang Il-sung dimansuhkan selepas pemergiannya sebaliknya jawatan baharu diwujudkan ke dalam negara Korea Utara secara rasmi. Il-sung menjawat jawatan Presiden Selamanya pada tahun 1998.

Jong-il pula dinamakan sebagai Setiausaha Agung Parti Selamanya dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Korea Utara Selamanya selepas beliau meninggal dunia.

Atas sebab itu, Kim Jong-un bukan Presiden Korea Utara. Beliau sebaliknya menggunakan gelaran Marshal dan bukannya jawatan serta gelaran yang sama seperti mendiang bapa dan datuknya.

Jasad pemimpin dijadikan penasihat di Peru


Sumber: Smithsonian Magazine

Pada abad ke-16, kepercayaan Empayar Inca adalah keturunan pemimpin bangsawan masih perlu dihormati seolah-olah mereka masih hidup.

Dalam erti kata lain, masyarakat perlu meminta pandangan pemimpin-pemimpin tersebut terlebih dahulu dalam pelbagai aspek kehidupan sebelum membuat sesuatu keputusan yang besar.

Masyarakat Inca percaya raja adalah penghubung utama antara mereka dengan Tuhan. Atas sebab itu, semua urusan pentadbiran yang bakal dijalankan perlu dibentangkan terlebih dahulu di hadapan jasad-jasad berkenaan untuk memastikan kesinambungan pemerintahan tidak akan putus.

Orang Inca juga akan memastikan jasad pemimpin diawet, memakai pakaian dan perhiasan serta dibiarkan untuk terus tinggal di istana mereka.

Pekerja dan pembantu khas pula akan dilantik dalam kalangan masyarakat untuk menguruskan keperluan jasad-jasad tersebut.

Hal ini demikian kerana mereka percaya raja yang telah meninggal dunia itu masih hidup dan berhak ke atas semua harta peninggalan baginda. Anak raja berkenaan yang merupakan pewaris takhta perlu mencari kekayaannya sendiri.

Pada pendapat anda, adakah sistem nerokrasi ini menarik?

Sumber:
Iluminasi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.042329 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list