CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 915|Reply: 0

Hoe Yean pecah lagi rekod kebangsaan

[Copy link]
Post time 14-6-2021 10:34 AM | Show all posts |Read mode

HOE YEAN meraikan kejayaannya memecahkan rekod kebangsan dalam acara 800m pada Terbuka Malaysia di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.


Hoe Yean pecah lagi rekod kebangsaan

KUALA LUMPUR – Perenang negara, Khiew Hoe Yean terus membuktikan kehebatannya apabila memecahkan rekod kebangsan dalam acara 800 meter (m) gaya bebas dengan catatan baharu lapan minit enam saat (s).

Hoe Yean, 19, sekali lagi menjadi satu-satunya peserta acara itu dalam saingan Terbuka Malaysia yang diadakan secara tertutup di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil disebabkan pandemik Covid-19

Namun, ia langsung tidak mematahkan semangat Hoe Yean yang terus menggegar kolam renang dengan cetakan masa 8:06:00 untuk memadam rekod lama kebangsaan 8:09:77s milik Welsom Sim.

Lebih manis, catatan itu turut menyaksikan perenang dari Kuala Lumpur berkenaan berjaya melepasi Masa Pemilihan Olimpik (OST) kategori B, 8:08:54s acara 800m gaya bebas yang ditetapkan untuk Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.

Sebagai rekod, ini adalah rekod kebangsaan kedua berjaya dipecahkan Hoe Yean selepas memperbaharui catatan 200m kuak lentang kebangsaan berusia 23 tahun milik Alex Lim Keng Liat kelmarin.

Bekas pemenang lapan emas Kejohanan Renang Jemputan Malaysia pada Mac lalu itu, mencipta masa 2:00.80s untuk memadam rekod Alex Lim, 2:00.94s yang dilakukannya sewaktu meraih pingat perak Sukan Asia 1998 di Bangkok, Thailand. – K! ONLINE


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.047177 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list