CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12710|Reply: 28

CERITA SEORANG PEREMPUAN

[Copy link]
Post time 1-7-2021 04:19 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum. Ini pertama kali aku tulis cerita di forum ni dan cerita aku ni ada tersiar dalam Fiksyen Shasha beberapa tahun dulu.  Saja aku share kat sini pulak. harap ada yang sudi membaca. Ini semua cerita aku alami sendiri.


Kisah 1
Pertama kali aku rasa aku nampak makhluk tak best ni masa umur aku dalam 5-6 tahun, cerita ni aku ingat sampai sekarang. Masa tu duduk kuarters kerajaan, rumah papan, 3 bilik. Aku tak pernah cerita pada sesiapa sebab aku tak rasa ada orang akan percaya sebab aku budak lagi. Aku ada cerita pada Mak aku, itupun  lepas aku dah beso gabak, terkedu Mak aku dengar. Masa kejadian waktu tu aku tidur dengan Mak, Bapak dan adik aku yang No. 2 masa tu dia baby lagi. Kami 2 beradik je lagi masa tu. Tidur pasang kelambu masa tu. Tah macam mana aku terjaga dan perasan macam ada bayang putih luar kelambu. Aku terus bangun dan perhati apa benda tu. Aku nampak macam ada perempuan pakai telekung putih luar kelambu sedang tengok kami se-family tidur. Masa tu masih lagi blur, aku ingat tu Mak aku la nak solat ke apa kan. Perempuan bertelekung tu makin dekat dan selak kelambu. Terkejut aku bila aku tengok muka dia berdepan, aku kata bukan Mak ni. Muka dia nasiblah tak menakutkan, putih bersih, cantik tapi aku masih fikir siapa dia ni. Tengah memikirkan siapa dia, Mak aku tepuk bahu tanya aku tak tidur ke. Serentak itu juga perempuan tu hilang bila aku pandang lagi sekali.Di sebabkan perempuan itulah aku jadi fobia kalau tengok orang pakai telekung tak kira la dari depan ke belakang. Rasa nk tercabut jantung, aku tak rasa nak jumpa dia lagi dah. Cukup la, walaupun muka dia tak menyeramkan, tak apa lah Kak. Cukuplah sekali.


Kisah 2
Cerita ni jadi lepas kami sefamily masa tu dah berkembang pesat aku 6 beradik dengan Mak dan Bapak, 8 orang pindah masuk rumah baru. Bapak aku beli rumah. Maka berpindahlah kami dari kuaters papan tu. Rumah baru, rumah sendiri, besar, selesa mestilah seronok. Aku dalam Tingkatan Satu masa tu. Tapak rumah kami tu asalnya lombong lama yang dah ditimbus untuk buat lot perumahan. Cerita ni bukanlah terjadi malam pertama tidur rumah tu. Masa tu tak jadi apa-apa lagi. Ia jadi masa Mak aku plan nak buat kenduri rumah tu. Ramai la sedara-mara datang bermalam. Malam kejadian aku tidur dekat tingkap sorang-sorang atas katil bujang, mak sedara dengan sepupu aku atas katil King size sebelah katil aku. Tengah-tengah aku sedap membuta aku rasa macam tak boleh bergerak. Ahh..sudah..apa pulak ni (aku kata dalam hati la kan). Aku nampak suasana gelap (sebab tutup lampu) dalam bilik tapi haram sedikit pun aku boleh bergerak. Ini first time aku rasa kena tindih ikut bahasa kita. Cuak gila aku masa tu tak tau nak buat apa, kepala pun tak boleh pusing apa lagi tangan kaki. Kaku. Tah macam mana aku teringat nak baca surah-surah lazim. Tak menjadi. Last sekali aku sebut banyak-banyak kali Allah..Allah. Akhirnya, baru rasa di lepaskan. Sebab apa? Aku rasa macam satu badan di longgarkan dari pelukan tah apakah bendanya. Pada masa tu juga kat muka aku terasa seperti ada kuku panjang yang menjalar dari atas dahi aku hingga ke bawah dagu disertai dengusan nafas seolah–olah marah. ‘Hermphh..’ Lebih kurang begitulah bunyinya. Memang tak nampak apa, hanya sekadar hembusan nafas dan kuku panjang yang menjalar. Tapi cukup untuk buat aku melompat bangun katil dan bukak lampu. Siap pergi kat almari becermin untuk check, bercalarkah muka aku? Tidak. Tak ada kesan apa pun. Tak tahulah aku siapakah gerangan yang buat kunjung hormat pagi  buta tu.


Kisah 3
Kisah ni masa aku belajar kat U di Selatan tanah air. Masih tinggal dalam kolej. Tak payah sebut kolej mana ya.  Tahun Satu lagi masa tu Semester Kedua. Bilik tu patutnya untuk 4 orang, tapi seorang join PALAPES dia pindah kolej lain, tinggai aku dengan seorang kakak yang juga asal Perak, seorang lagi budak KL. Jadi yang KL tu tiap weekend dia balik rumah, makanya tinggal la aku dengan kakak seorang tu. Bilik aku Tingkat 2. Aku punya tabiat study adalah pelik yang mana selalu membuatkan Mak dengan Bapak aku naik angin, baca buku/study sambil dengar radio (masa sekolah dulu la, dah masuk U, faham dah kot berkesan sangat style aku study)..hahha..Tak ada radio aku tak boleh study. Jadi, rutin aku nk study pasan radio tapi sebab aku sedar aku bukan duduk seorang aku pasang slow je la radio tu cukup telinga aku dengar dah la kan. Selalunya kakak sebilik aku tu yang suka stay lewat aku tak usah kata la awal lagi dah berlayar ke lautan. Nak jadi cerita malam tu dia tidur awal, aku pulak yang masih tak ngantuk. Aku pasang radio masa tu, tengok jam dah pukul 12 aku cadang baring atas katil. Tak cukup radio, aku sumbat pulak Walkman. Oh ya, Walkman ye zaman tu rasa seronok weh ada Walkman ni..hahah..Tah masa bila aku berlayar..Aku sedar bila telinga aku tertangkap bunyi seseorang (orang kah) sedang ketawa mengilai-ngilai. Aku fikir masa tu aku mimpi tak pun salah dengar. Celik mata luas-luas lagi. Sah. Mengilai seronok tak terkata. Aku ingat sebab aku tak tutup radio. Tahkan aku ni bengong atau berani aku bangun nak tutup radio. Si dia mengilai lagi. Aku terdiam sekejap. Aku diam, si dia pun diam. Menambah kebengongan aku bertindak bijak bukak tingkap. Ya kawan-kawan, aku bukak tingkap. Diam pulak dia dan besarlah rahmat si dia tidak membuat penampakan live-istimewa di kala aku bukak tingkap. Tengok tak ada apa, malah satu makhluk pun aku tak nampak ada duduk dekat bawah kolej. Selalu ada je manusia yang lepak situ ataupun berdating. Elok aku tutup tingkap nak jalan ke katil. Dia berbunyi lagi, kali ni sel-sel otak aku berhubung dengan jayanya. Maka melompat aku atas katil dan berkira-kira Cik Lang kah itu. Terus la aku rasa seram yang bukan sikit. Bukan main lagi si dia menguatkan volume hilaaiannya. Aku cuba baca Al-Fatihah, Kursi tapi sebab takut semua jadi celaru. Sampai aku boleh rasa aku ulang Bismillah sj haram ada satu ayat keluar. Syaiton ni-rojjim di luar itu semakin lah sakan mengilai. Serius. Aku rasa dia memang gelakkan aku yang tunggang langgang ni, berpeluh tak usah kata la. Panas aku rasa. Aku tengok roommate aku sedap tidur, aku fikir dia ni tak dengar ke. Tak kan aku sorang je dengar. Kuat ni. Aku rasa masa tu Allah mengirimkan bantuan, tiba-tiba aku teringat pesan arwah Tok aku. ‘Jangan jadi bodoh takut dengan syaitan, apa kuasa depa apa, kita ada Allah, minta tolong dengan Allah’. Ya, Allah datangkan dalam kepala otak aku pesan arwah Tok. Dengan sisa-sisa keberanian, aku try semula baca Al-Fatihah dan Kursi. Baca betul-betul kali ni sambil dalam hati berharap Allah jauhkan benda-benda tak baik ni. Perlahan-lahan yang sakan mengilai tu macam dibawa angin. Makin jauh dan jauh dan akhirnya hilang. Sunyi sepi aku rasa lepas tu. Lenjun baju dengan peluh. Tak boleh tidur aku lepas dari tu, tak sabar tunggu subuh. Esoknya baru aku cerita kat roommate. Yup, dia tak dengar apa pun. Cuma aku berjaya membuatkan dia seram pulak la nak study lewat malam..haha…
Sampai hari ni..Ya Allah sumpah aku sakit hati kalau dengar perempuan mengilai lepas kes tu. Tak boleh ke gelak berseni sikit. Beradab la. Apa lagi cerita hantu buat-buat mengilai. Bunyinya tak sama ya. Yang itu lebih syahdu dan menikam sanubari. Tak reti nak describe macam mana. Tapi itulah hakikatnya, yang tak bertuah dapat dengar je tau macam mana. Tapi aku doa cukupah yang tu, taubat nak dengar lagi. Mohon dijauhkan. Amin.

Okay lah dulu, tulis  panjang-panjang tak ada sapa nak baca pulak. Mungkin juga tak seram pada yang lain, aku minta maaf banyak-banyak.  Maaf juga kalau penulisan tak seronok. Wassalam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2021 04:41 PM | Show all posts
dik perenggan  tolong letak orang baca ramai dah tua tak cukup nafas nak baca tanpa perenggan.

perenggan = paragraph.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Share lagi sissssss..hehe

Selalunya mcm tulaa sis..kalau kita nmpk something,bgtaw org lain,msti xcaya..n kuarters gomen kalau bukan hantu,ada sarang ular.. pengalaman sy duk kuarters gomen merata2..dua benda ni mcm wajib dah
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 05:09 PM | Show all posts
nasib baik la cepat jugak sel-sel otak berhubung...kalau tidak haruslah TT jadi mcm Along Cham yg lari takut hantu dok baca ulang2 Alif Ba Ta.....

Sila sambung lagi yer TT
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 10:24 PM | Show all posts
seram chuolss. sambung lagi citer2 lain boleh gak iols baca sesambil mereput dalam rumah sampai habis pkpd 16 julai ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2021 10:46 AM | Show all posts
Edited by MissLazy at 2-7-2021 11:17 AM
salmon-suki replied at 1-7-2021 04:45 PM
Share lagi sissssss..hehe

Selalunya mcm tulaa sis..kalau kita nmpk something,bgtaw org lain,msti  ...

Ye, betoi sgt2... Sarang ular, dah berapa kali jumpa ms duduk situ..hahahha
Seram pun ya tambah rumah kami masa tu kat belakang dia mcm tanah terbiar. Mak sy kata kdg2 dia dgr pompuan nnyi2 sayu dari arah belakang rmh tu..

Duduk kuarters lama jugak sampai umo 12 tahun baru pindah..


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-7-2021 11:02 AM | Show all posts
Edited by MissLazy at 2-7-2021 11:17 AM

Terima kasih kepada yang sudi membaca 3 kisah terawal yang aku post. Aku sambung lagi beberapa kisah yang masih aku melekat dalam hati dan di anggap misteri.


Aku nak cerita kisah masa mula-mula aku berhadapan hysteria. Sebelum ni aku tak pernah tahu apa itu hysteria. Mana taknya masa aku Form 3 umo 15 tahun baru aku hadap sendiri hysteria. Tapi bukan akulah yang kena. Aku sebagai saksi kejadian saja. Maaf juga kalau rasa cerita tak sampai, lama sudah kejadian ni. Mana yang aku ingat aku tulis dalam kisah ni.


Kisah 4- Perempuan Hodoh


Form 3 sekolah kat Perak,  sekolah aku semua perempuan sahaja. Tahun 90-an gitu, HP pun belum ada lagi masa tu. Tak boleh le merakam ye dak. Tapi kalau ada pun, tak ada tahun nak rakam. HP ke mana aku ke mana. Okay, berbalik ke jalan yang benar. Masa ni tengah subjek Pendidikan Islam, jadi kelas aku combine dengan kelas sebelah jadi 1 kelas. Kejadian dalam surau sekolah dan hari itu kena mengaji beramai-ramai. Aku pulak period masa tu. Jadi lepas aku dah tepu baca tafsirnya mula la syaiton datang, mata jadi mengantuk dan otak dah merewang nanti rehat nak makan bihun goreng letak kuah laksa.


Aku pun perhati la kawan-kawan yang tengah ngaji. Aku perasan seorang budak kelas sebelah aku bagi initial nama D macam muka takut-takut. Aku tak rapat sangat dengan D ni, takat tegur-tegur biasa la kalau jumpa. Tapi D ni memang budak yang baik, pendiam. Aku tengok dia ni sekejap tengok kat pintu keluar surau tu, lepas tu menunduk takut-takut gitu, berulang kali dia buat macam tu.


Jadi macam tak tentu arah dah dia aku tengok. Aku baru nak cerita kat kawan aku tiba-tiba si D menjerit dan meronta-ronta. Kelam kabut semua orang. Ustazah pun terkesima, kawan-kawan lain dah bertempiaran lari sambil jerit juga (typical pompuan kan). Aku? Aku pulak sebab terkejut, tercengang, terkedu dok static kat tempat aku duduk (duduk bersila atas lantai masa subjek tu). Tak berkutik. Sebabnya aku blur kenapa dia jerit? Sampai la seorang kawan aku yang dah lari keluar bagi nama K masuk surau balik dan ajak aku keluar.


Aku Tanya D tu kenapa, K kata tah jum la keluar sambil seret tangan aku ajak keluar. Boleh dengar la si D tu menyumpah seranah keluar semua perkataan yang rasanya budak sebaik dia tak akan cakap macam tu. Dalam kekalutan Ustazah suruh panggil lagi ramai cikgu untuk datang tolong. Dia tak boleh katanya. Bila dia pegang D tu macam kena elektrik shock Ustazah kata.


Kami pulak lepas dah ramai cikgu dan ustaz datang bantu disarahkan masuk kelas masing-masing.  Baik sungguh kelaku sorang-sorang masa tu. Jalan sambil pegang tangan. Boleh nampak semua takut. Tangan pun ketar ini pulak 1 badan rasa jem dengan otak sekali. Tak boleh terima lagi apa semua tu.

Masa dalam kelas cikgu masuk. Cikgu kami masa tu berbangsa Cina Mrs L, umur dalam 40-an, gaya mak-mak la kan. Dia pujuk kami suruh bertenang, doa ikut agama masing-masing. Dalam Mrs L dok tenangkan kami tiba-tiba pulak budak-budak dari kelas sebelah kiri dan kanan kelas kami pakat menjerit pulak. Hysteria ni kan berjangkit. Jadinya dari si D kena terus lah berjangkit pada E, F, G dan seterusnya. Entah lah aku pun dah lost count berapa ramai jadi mangsa.


Apa lagi, berpelukan la setengah dari kami yang dalam kelas tu. Aku pun dah jadi seram sejuk juga. Yelah bila dah mangsa hysteria tu berlari keluar kelas tak tau hala sambil kena kejar dengan cikgu kelas dan kawan-masing. Ada yang melompat, menjerit, meracau keluar ayat sumpah seranah termasuk mencarut. Dah rasa macam Ya Allah apa semua ni. Baru ingat Tuhan yer. Ajaibnya kelas kami je satu-satunya dari 3 kelas Tingkatan 3 yang ada masa tu seorang pun tak kena kerasukan hysteria tu.


Masa tengah havoc jeritan sana sini Mrs L tak bagi seorang pun dari kami keluar. Dia risau kami pun akan kena. Jadi sedaya boleh dia tenangkan kami. Masa tu, takut memang takut, tak usah cakap la. Kalau toreh muka kami masa tu tak keluar darah rasa. Tapi aku fikir kalau aku yang kena jenuh orang nak angkat, badan aku masa tu boleh tahan gedabak. Malu karang. Boleh dia fikir malu masa tu. Lepas mangsa -mangsa hysteria di bawa dengan ambulan ke hospital, kami semua diberi pelepasan balik awal. Elok la balik. Aku dah rasa tak boleh duduk kat sekolah tu. Aku balik mak aku ambil sebab sekolah minta parents atau penjaga datang ambil. Jadi apa-apa nanti susah. Aku cerita la kat mak aku. Mak aku pesan baca –baca la Al-Fatihah, 3 Qul, Kursi semua. Ye aku baca aku amal. Tapi aku pulak rasa lain macam. Rasa macam ada benda perhati. Kejadian tu ambil sebahagian semangat aku.


Aku jadi penakut, walaupun dalam rumah sendiri. Aku pergi dapur ajak adik teman, pergi toilet pun sama. Pendek kata semua  tak kena. Tidur pun kena pasang lampu. Rasa bodoh pun ada. Yang aku tau masa tu aku takut, macam ada tak kena. Tuhan juga yang tahu susah payah aku nak dapat balik semangat. Lepas 2 minggu kejadian, budak yang first kena hysteria tu D dah masuk sekolah balik. Apa lagi harus la ramai makcik bawang. Ustazah minta dia cerita pada yang lain (gabungan 2 kelas yang aku cerita awal tadi) apa yang dia nampak. Tujuannya, supaya tak jadi tokok tambah dan pandai-pandai bawa cerita. Biar dengar dari mulut orang tu sendiri. D kata masa tengah ngaji tu dia nampak ada perempuan muka hodoh berdiri di luar pintu surau. Dia tengok orang lain macam tak peduli or tak nampak (memang tak nampak lah) perempuan tu. Dia jadi takut sebab perempuan tu merenung dia tak berkelip. Mukanya marah, agaknya sebab tengah ngaji. Last yang dia ingat tiba-tiba dia rasa perempuan tu terkam dia. Itu yang dia menjerit tu. Okay, nasiblah masa aku sebuk jadi detektif nak tau apa D tengok kat luar pintu surau tu aku tak diberi peluang nampak perempuan tu. Kat surau pun jadi tengah-tengah ngaji.


Adakah anda rasa cerita hysteria di surau itu berakhir begitu saja? Tidak kawan-kawan pembaca. Hasilnya sejak kes tu, kejadian hysteria kat sekolah tu macam jadi acara tahunan. Yang paling sadis pada aku surau yang selama ni jadi tempat solat dan ngaji dah jadi macam tempat yang menyeramkan. Sampai kena pergi berteman dalam 3 orang, ustazah tak bagi pergi sorang atau berdua saja. Dan, sememangnya pada akulah surau tu jadi tempat seram pada aku.  To be continued kisah seterusnya. InshaAllah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2021 04:33 PM | Show all posts
MissLazy replied at 2-7-2021 03:02 AM
Terima kasih kepada yang sudi membaca 3 kisah terawal yang aku post. Aku sambung lagi beberapa kisah ...

kelass ustazah ingatkan nak ajak d tu mulakan sesi membawang ke hapa. tapi bagus la sporting jugak ustazah tu ya mintak d cerita apa yang dia nampak. biasa ustaz ustazah ni lagi nak ditutup2 cerita tak nak student lain tahu nanti takut katanyer

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-7-2021 09:30 AM | Show all posts
doubleharmonic replied at 2-7-2021 04:33 PM
kelass ustazah ingatkan nak ajak d tu mulakan sesi membawang ke hapa. tapi bagus la sporting jugak ...

Hahah..ustzah kami rock pnya spesis. Sj dia suruh cite dgn harapan bg keinsofan sikit kat kami. Nama je sekolah ppuan perangai seko2 kdg2 mcm cetan juga. Insof tu ada juga tp rs nya lbh kpd smua jd pentakut. Hbs smua nk g toilet ke surau berteman.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2021 03:35 PM | Show all posts
edayildiz replied at 3-7-2021 04:04 AM
seramnya tp i gigih baca pg2..dh la tdo sorg ni..
i pun nk tumpang tnya soalan la..i selalu kena ti ...

Sy pn bukan lah selalu kena tindih ni. Ada 2-3 kali pernah kena kot. TAk tahu nak kata. Mcm2 teori org bg kan. Just agaknya sblom tido baca2 la Al Fatihah, 4 qul, Qursi smua. Smga Allah lindungi kita drp tipu daya syaitan dan benda tak baik.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 3-7-2021 04:04 AM
seramnya tp i gigih baca pg2..dh la tdo sorg ni..
i pun nk tumpang tnya soalan la..i selalu kena ti ...

Tak boleh bayang banyak kali kena tindih. Kesian you.Kalau sebelum tidur baca ayat kursi,3 kul kena jugak ke.I dulu selalu jugak kena.Tapi tak pernah nampak muka.Selalu dengar suara lelaki gelak dekat telinga. Gelak dia macam Jaafar dalam movie disney aladdin tu.Sejak kahwin 15 tahun lepas dah tak ada kena dah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Pnh lh jgk dgr suara perempuan nangis tgh mlm
Sayu je bunyi
Yet scary
Sape plk nangis kn
But it happened 1 time since 6 thn duk sini
Don't repeat
Tu je

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 01:05 PM | Show all posts
MissLazy replied at 2-7-2021 11:02 AM
Terima kasih kepada yang sudi membaca 3 kisah terawal yang aku post. Aku sambung lagi beberapa kisah ...

TT... sambungan pls.. tak sabo dah ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2021 10:15 AM | Show all posts
Kisah 5 – Siapa dalam dewan?

Okay, ini lebih kurang sambungan kisah hysteria dekat sekolah aku yang aku cerita kat atas dulu. Tapi kisah ini terjadi masa aku kembali ke sekolah itu sebagai Cikgu Sanndaran (GSTT) nak tau nama penuh apa try google naa..

Ini masa aku tengah tunggu result STPM. Masa mula-mula tau kena bertugas kat sekolah lama tu macam-macam, rasa ada. Suka dan tak suka. Suka sebab sekolah lama fikir boleh berbakti kepada anak bangsa la konon pada hal cikgu ‘menyandar’ je aku ni. Tak suka bila aku kenang surau yang angker tu dan tempat-tempat lain yang kami selaku ex pelajar lama sekolah tu tahu sedia dah. Tapi dah dapat offer tak kan tak pegi. Mati aku kena laharan mak aku. Itu pun menyamai tahap keseraman hantu kat sekolah tu.

Maka kerja lah aku sebagai cikgu sandaran tu. Aku kena cover kelas Tingkatan 3 ajar Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Seni. Jangan kata hebatnya ajar 2 subjek Bahasa. Bila jadi cikgu sandar-sandar ni apa subjek pun depa pulun bagi. Either subjek tu cikgu betul nya masih tak ada or kena ganti kelas sebab cikgu cuti emergency. Jadi kena siap sedia lah. Sekolah ni ada 2 bilik guru. 1 yang dah lama ada dan besar sikit, 1 lagi bangunan baru kecil sikit muat dalam 10 orang cikgu macam tu. Sah-sahlah aku antara cikgu tak berapa sah lagi ni duduk kat bilik guru no 2 ni ka. Selain aku sebagai GSTT tu ada 4 lagi cikgu wanita yang sama skim.

Masa kejadian tu aku seorang dalam bilik guru tengah buat laporan mengajar. Cikgu lain ada kelas. Tengah buat laporan datang 2 orang pelajar perempuan (sekolah cek sekolah gurls only) hantar buku kerja untuk di semak. Masa tu pun dah lewat petang sebab aku mengajar sessi petang. Sambil budak-budak tu hantar buku kami sembang-sembang lah sekejap. Dalam dok menyembang tu, aku dengar la macam bunyi piano dan iringan suara menyanyi choir ala-ala dalam church sayup-sayup kedengaran. Ikutkan memang bilik guru tu dekat dengan dewan sekolah. Aku ingat aku sorg je dengar, rupanya budak berdua tu pun sama. Salah sorang siap pegi jenguk tengok dewan tu. Lepas tu dia bagi tahu aku, “Cikgu, sapa dalam dewan, semua bertutup je pintu”?

Aku pun acah-acah macho sebagai cikgu melindungi anak murid katanya, pegi la juga keluar jenguk sama dewan tu. Yup. Bertutup semua pintu, tah celah mana la bnyi piano dan choir tu kan. Sapa nynyi dalam tu. Aku tak nak budak –budak tu gabra (aku yang gabra sebenarnya) aku suruh depa balik kelas. Dah balik bilik guru pun masih kedengaran sayup-sayup suara dari dewan sebelum terhenti macam tu je. Sebelum balik aku buat-buat la tanya dekat PKHEM aku dewan tu memang berkunci kan sebab tak ada siapa guna untuk subjek Muzik ke parektis choir ke. PKHEM kata dewan berkunci tak ada sapa guna lagi pun piano tengah rosak hantar repair.

Hurmmm…ntah siapalah nyanyi dan main piano.


Kisah 6 – Mana kepala?

Masih kisah masa aku mengajar Pendidikan Jasmani. Untuk subjek ni disebabkan sebelum ni kes hysteria yang menjadi-jadi, maka kelas PJ ni tak buat outdoor kat atas padang nu. Buat dalam kelas je santai-santai. Dah banyak jadi kes hysteria kat padang sekolah atas tu. Jadi masa aku masuk kelas aku pun saja la buat sessi luahan hati untuk budak-budak tu. Suruh depa express apa depa rasa or masalah depa dan sama-sama tolong fikir da guide. Kemaih…kalah kaunselor poyo nya aku masa tu. Jadi cita, ada la sorang budak ni tanya, “Cikgu, percaya hantu tak”..

Heh..aku suruh depa express perasaan depa tanya aku soalan tu pulak. Aku tak jawab ye ke tak, kang aku kata ye aku pulak kena sound dengan GB tuduhan sakat pelajar. Jalan selamat aku tanya balik, ayat keramat..’Kenapa’?
Lepas tu dia kata sebab kes hysteria yang menjadi-jadi dan dalam kelas tu ada sorang budak boleh nampak macam hijab terbuka ni la. Aku tanya la siapa. Depa sebut dan tunjuk nama budak tu. Aku mention as H yer. H bangun dan mengaku dia memang boleh nampak makhluk-makhluk ni. Cerita H masa kejadian hysteria dulu (aku belum mengajar lagi masa tu) kejadian berlaku di padang sekolah. H kata dia nampak sister-sister (rahib wanita) tanpa kepala berterbangan dekat padang. Dia claim budak-budak yang kena hysteria sebab nampak benda tu la. Tak sempat aku kata apa, H sambung, ‘Cikgu nak saya lukis”?

Aku tolak bagi alasan tak payah la fikirkan sangat hal tu. Kalau fikir benda tu lagi suka dan munculkan diri. Gitu ayat cikgu murni aku. Padahal aku kang yang tak tido malam tengok hasil lukisan dia.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Nailparlor at 12-12-2021 09:36 PM

..................
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 02:58 PM | Show all posts
Best2 citer tt. Jangan biarkan kami lama menunggu. We want more
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2021 03:47 PM | Show all posts
Kisah ni terjadi di Perak, rumah kediaman keluarga. Adik beradik aku 6 orang dan hanya 3 adik aku (sorg dah khwn dan ada sorg anak) serta mak dan bapak aku saja yang tinggal di rumah tu sekarang. Aku dan 2 lagi adik tinggal dan kerja di negeri lain. Rumah kami ni rumah batu dah duduk di situ hampir 30 tahun sama usia dengan adik aku yang no. 4. Rumah lot batu sebuah-sebuah, zaman dulu beli tanah dan buat rumah kira murah berbanding sekarang.


Kisah 7- Siapa di luar


Kisah ni masa aku lepas menjalani pembedahaan buang tumor dalam perut. Jadi bercuti berpantang panjang lah aku di kampung hampir 2 bulan. Asalnya sebulan lebih tapi sambung sebab aku bleeding lagi lepas tu. Sepanjang aku cuti pantang tu selama tu juga lah aku jadi tak boleh tidur malam. Bila dah balik rumah la masa tu. Masa kat ward boleh la juga lena walaupun tak nyenyak mana, hospital katakan. Tambah dengan keadaan perut baru berjahit seksa rasa. Malam sampai ke subuh aku tak tidur. Esok lepas subuh baru aku boleh tidur. Jadi bila tak tidur malam sah-sah aku jadi jaga pencen rumah tu kan. Itu yang macam-macam bunyi aku dengar. Yang paling selalu ialah bunyi orang seret sesuatu sekeliling rumah kami tu. Macam dia seret dengan kayu besar round 1 rumah.


Peliknya aku tak takut walaupun katil dekat dengan tingkap. Bilik aku ni dah aku tak ada memang tak ada sapa lah tido, kadang-kadang je adik aku masuk tido dlm tu atau mak aku solat dalam tu. Adik aku yang bongsu rajin ubah-ubah susunan dalam bilik aku. Tu yang last jadi katil aku dekat tingkap pulak peginya. Dah jadi dekat tu memang jelas la bunyi aku dengar. Kadang-kadang mulut aku ringan sound suruh diam sebab kalut sungguh la dia meround seret kayu 1 rumah. Tak penat ke. Nasib masa aku sound dia tak melawan kan. Bila aku sound tu selalunya dia diam kejap lepas tu dia sambung balik. Suka hati kau lah labu. Janji kau tak featuring dalam bilik aku.


Kisah 8- Anak siapa


Masa ni aku balik kampung bercuti. Aku drive sendiri seorang sebab bujang dan dah biasa drve jauh2 sorg diri. Aku sampai petang lepas Zuhur. Malam tu aku rasa penat dan tidur awal. Dalam sedap membuta pagi aku terasa nak ke bilik air. Oleh sebab bilik air memang sekali dalam bilik tidur aku tak adalah kena keluar dari bilik ke apa.



Masa dalam bilik air telinga aku dengar jelas suara budak-budak dalam umur 4-5 tahun seronok bermain, Kira macam sekumpulan kanak-kanak riang. Main seronok sangat sampai terjerit-jerit keriangan. Aku husnuzon lagi masa tu dok fikir anak siapa tak tidur lagi ni. Aku abaikan dan masa tu baru aku tergerak nak tengok jam kat HP pukul 3. Menung aku sekejap tak kan pukul 3 pagi main. Serius masa tu aku tak fikir la hantu ke apa. Husnuzon hazabedah aku kan.


Oleh sebab mata aku ngantuk sangat aku sambung tidur. Bangun subuh lepas solat baru rasa sel-sel otak kembali bercantum. Aku teringat kat kawasan kampung aku ni tak ada budak-budak kecik sangat. Sebab kebanyakan kat sini semua dah pencen. Anak cucu pun tak tinggal bersama. Kebanyakan anak-anak dah merantau. Rumah jiran sebelah menyebelah aku pun sama anak dia dah besar sebelah lagi dari dia rumah kosong lepas pakcik tu meninggal wife dia tak tinggal situ. Masa sarapan aku cerita kat mak dan adik aku. Berkerut-kerut muka depa. Adik aku cakap nasib aku tak jerkah suruh diam kan. Mau depa semua pindah main dalam bilik aku.



Kisah 9 – Kain putih berkibar


Ni pengalaman adik ipar aku, perempuan. Dia ni suka basuh baju malam-malam buta. Mesin basuh kami letak luar bilik air laluan sebelum nak sampai ke dapur. Rumah kami ni ada 5 bilik tidur, 3 bilik air. 2 bilik air tu dalam bilik tidur sekali dan bilik air ketiga ni untuk semua orang guna. Masa tu pulak siling rumah kami jatuh, jadi terlopong la seketika. Masa tu dia tengah masukkan kain dalam mesin., dia dengar macam ada bunyi kain berkibar-kibar megah kat atas siling. Dia curi-curi pandang atas, dari hujung mata dia nampaklah macam perempuan rambut panjang muka tak clear sebab adik ipar aku rabun sikit (elok jugak rabun) dengan kain putih tak tau berapa meter berkibar-kibar tengah tengok dia. Nasib lah dia jenis berani sikit.


Dia slow-slow buat macam tak nampak Cik Kak atas tu dan terus masuk bilik tido. Kalau korang ingat adik ipar aku tak keluar dah lepas tu silap. Adik ipar aku keluar lagi sekali nak ambil kain dah siap cuci tapi kali ni dia ajak anak dia teman. Ibu mithali katakan.




Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
sambung lg ,byk jgk pngalaman, suka baca
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 02:37 PM | Show all posts
MissLazy replied at 30-7-2021 03:47 PM
Kisah ni terjadi di Perak, rumah kediaman keluarga. Adik beradik aku 6 orang dan hanya 3 adik aku (s ...

Gigih betul keluar jugak sambung kerja basuh baju walaupun tahu ada yg 'menunggu'. Hahaha. Suka ah cite tt. Sambung plis.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 11:05 AM | Show all posts
ahaaha.. seram dan kelakar TT.

iolls pun ada pengalaman dengar bunyi mengilai.. sumpah..takmau dengar dah

kisahnya iolls dgn kakak duduk asrama  kat perak juge.. kami sekolah smka.. tapi kami ni skrg ustazah tak jadik... huhu dah biasa la sebulan sekali dpt balik rumah, malam tu pasang CD tengok cerita hindustan kat ruang tamu. Ayah ibu dan adik dah tdo. tinggal kami berdua je..dah lewat juga masa tu dekat2 1.30pagi baru nak tengok tv..

masa dah dekat jam 3 pagi, tengah fefeeling nangis tgk hindustand tu sekali dengar makhluk mengilai super kuat bunyi suara dia.. iolls pandang kakak, kakak pandang iolss.. lari tak jejak lantai kitorang masuk bilik.

tarik selimut toto, kelubung habis satu badan dengan kepala.. serius..sejuk gedi tapi badan berpeluh-peluh.. tak sampai seminit dlm selimut tu, tetiba kakak iolls tepuk iolss..ajak pi depan tutup tv.. huargghhhhh

giler kakak iollss.. i olls sumpah seranah dia biar je lah tv tu terbukak.. dia nak juga pi tutup tv.. huhu.. terketar2 iolls teman dia.. dia jalan depan iolls jalan belakang. elok je dia switch off tv iolls lari gila laju tinggalkan dia.. uhuhu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.055606 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list