|
Assalamualaikum,
saya nak kongsi satu cerita oleh kawan saya :
--------------------------------------------------
kisah ini terjadi semasa saya baru berpindah di sebuah rumah sewa di kuala lumpur.Saya sudah berkahwin dan ada dua anak perempuan, semasa kejadian ini berlaku, anak perempuan saya yg sulung adalah 8tahun, manakala adiknya pula 5 tahun. saya pagil yg sulung kakak dan yang bongsu adik lah, memudahkan cerita.
Rumah yang kami sewa ni tidak la besar, ada 3 bilik, tetapi bilik kedua dirumah itu agak tidak terjaga, menurut kata tuan rumah, bilik itu dijadikan store, sebab itu bilik itu tidak di cat baru,Jadi,semasa saya duduk di rumah ini, saya berbincang dengan tuan rumah, untuk jadikan bilik store itu sebagai bilik untuk anak-anak saya, tuan rumah setuju.
Selepas saya dah kemas bilik store tersebut, bersih. Saya belikan sebuah katil, katil ni yang jenis kayu, tapi jenis yang ada katil slide dibawahnya, jadi sesuailah, kakak diatas, adik di bawah, katil ni boleh slide , jadi jimat ruang sbb bilik2 kecil semua di rumah ni.Satu bilik, saya buat bilik kerja atau home office, satu master bedroom dan satu bilik anak.
Selalunya bila saya buat kerja malam dirumah, sampai ke 3 4 pagi, selalunya anak-anak akan tidur di bilik dengan isteri saya. Terutamanya adik.
Jadi selalunya jika saya dah lewat untuk tidur, saya akan tidur di katil bawah dibilik anak saya, manakala, anak sulung saya kakak, tidur di bahagian atas.
Nak dijadikan cerita,satu malam lepas saya siap bekerja, dah pukul 3 pagi gitu, mcm biasa saya tidur la di katil bawah. Masa saya nak terlelap , saya dengar suara anak saya , si adik :"papa.. papa tolong adik.." , saya terus terbangun, saya tgk di pintu tiada org, sebabnya selalunya mmg adik akan kejutkan saya jika dia ingin ke tandas, ialah, baru 5tahun, Jadi saya terus bangun, mencari adik, barangkali masuk semula di bilik sebelah kot,
Masa saya bangun, saya dgr lagi "papa.. tolong adik. " tapi saya dengar di sebelah saya sahaja, tapi saya tgk, hanya ada kakak sahaja, jadi saya pun buka lampu bilik, dan terkejut saya, anak saya keluar dari bawah katil , terus dia peluk saya , menggigil!!!..
saya ckp "ehh adik, kenapa ni adik, kenapa duduk bawah katil ni", lalu saya jerit isteri saya suruh bgn dan datang ke blik sebelah, isteri saya pula tanya kenapa, saya ckp yang adik duduk dibawah katil, saya tidur disitu sebab ingatkan dia tidur dengan isteri, kami bingung , yang paling saya bingung sebab adik tidak menangis kuat, dia cuma peluk kuat2, dan teresak2 menahan nangis dan dalam ketakutan.
Kami kaget, kakak pun terjaga dari tidur, saya tanya kakak kenapa, kakak diam sahaja, kemudian kakak pula menangis, lagi kaget la saya dan isteri. Jadi untuk menenangkan keadaan, saya bawak keduanya dan tidurkan mereka di bilik saya bersama isteri. lama juga , untuk mereka tidur. Lepas itu, saya kebilik sebelah, tiba-tiba meremang tengkuk saya, saya cepat2 ttp lampu dan tidur bersama anak2 disebelah.
Keesokkan harinya, bila anak-anak saya dah bangun, saya tanya la kakak, suruh kakak ceritakan.kakak cakap, masa nak tidur semlam, ada nenek masuk bilik, dan nak tidur dengan mereka, kakak cakap, dia nak panggil mamanya, tapi nenek itu ttp mulut kakak, dan bagitau kakak kalau kakak bising, atau panggil mama, nenek tu akan ambil adik. Jadinya kakak cerita nenek tidur disebelah dia tapi dia takot, lepas tu nenek tu ckp dengan adik : "cu, cu nak main sorok-sorok ?"
Kami terkejut dengar, isteri tanya betul ker ni ke kakak yang gaduh dgn adik lepas tu buat-buat cerita, menangis-nangis kakak ckp, ckp betul mama, papa, ade nenek kat bilik tu, cuba tanya adik.Jadi, saya ni paggil la adik, suruh adik cerita. Budak2 ni tak pandai berbohong, jadi mmg saya percaya ckp diorg. adik ckp nenek datang, suruh adik main, adik taknak, adik ngantuk, lepas tu nenek tu marah, jerit2, lepas tu nenek tu tolak adik bawah katil, lepastu nenek tu nyanyi2. adik takot sebab nenek tu marah..
terkejut beruk saya dengan isteri dengar, terus kami telefon tuan rumah dan ceritakan ape yang berlaku, tuan rumah datang minta maaf dengan kami, dia bagitau bilik itu dulu, sebelum jadi bilik store, adalah bilik arwah nenek dia, nenek dia meninggal disitu dulu, dan neneknya mmg ada membela.. tapi dia tak tau ada tinggalan neneknya sebab bilik tu mmg tak digunakan selepas nenek nya meninggal, cuma dijadkan stor.
Saya dengan isteri saya, terus bgtau tuan rumah yang kami nak keluar pindah hari itu juga, alhamdulillah, tuan rumah itu memahami masalah yg saya hadapi dan juga bersetuju.Kami pindah ke tempat lain, dan alhamdulillah, tak ada apa-apa yang menggangu keluarga saya.
----------------------------------
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|