Bekas pengurus besar AKSB antara 3 ditahan kes rasuah lebih RM27 juta
09 Julai 2021
SPRM menahan tiga lelaki termasuk seorang bekas pengurus besar AKSB bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan projek bernilai lebih RM27 juta.
KOTA BHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga lelaki termasuk seorang bekas pengurus besar Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah yang melibatkan projek bernilai lebih RM27 juta antara 2015 dan 2019.
Dua lagi yang ditahan bersama bekas pengurus berumur 60 tahun itu adalah seorang pegawai AKSB yang berusia 39 tahun dan seorang pengurus projek sebuah syarikat berusia 43 tahun.
Menurut sumber SPRM, ketiga-tiga mereka ditahan antara jam 4.25 petang dan 6.30 petang selepas memberi keterangan di Pejabat SPRM Kelantan di sini.
Penahanan itu dilakukan selepas SPRM menerima maklumat daripada orang awam dan SPRM telah mendapat perintah reman selama tiga hari bermula Jumaat terhadap ketiga-tiga mereka.
Difahamkan ia bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan atas dakwaan pembabitan dalam rasuah daripada sebuah syarikat untuk mendapatkan projek dan kerja daripada AKSB, yang juga anak syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Menurut sumber, kes berkenaan adalah antara kes berprofil tinggi yang melibatkan anak syarikat kerajaan negeri Kelantan dan siasatan lanjut mengenainya akan dilakukan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/149116/BERITA/Semasa/Bekas-pengurus-besar-AKSB-antara-3-ditahan-kes-rasuah-lebih-RM27-juta
Post time 10-7-2021 09:12 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Jenuhlah lobaicai nak kena cari dalil untuk konar rasuah jadi sadoqoh ataupun derma
Lepas satu satu pekung lobai penunggang terbarai
Ini salah satu hikmah Allah izinkan geng tebuk atap dapat kuasa walau dgn cara salah. Supaya para pentaksub yg buta mata hatinya tersedar bahawa selama ini mereka mendewakan musang yg berbulu ayam
takda makna laa... kalo dah syarikat berkaitan negeri.. musti penoh ummah yg menjadi penyokong partai yg memerintah negeri tu... itu laa cara depa balas budi & usaha keras pengikut2 selama ini... bukan semua buleh jadi calon ... yg mana tak dapat diberi habuan jawatan2 tertentu... termasok laa PBT.. penoh ummah partai yg memerintah negeri tersebut tak kira kelate kaa selangor ka apa kaa..