View: 2639|Reply: 7
|
Ahli Politik Anti-Islam Belanda Adakan Pertandingan Lukis Kartun Nabi Muhammad
[Copy link]
|
|
Ahli Politik Anti-Islam Belanda Adakan Pertandingan Lukis Kartun Nabi Muhammad
Seorang ahli politik anti-Islam di Amsterdam iaitu Geert Wilders tekad dengan pendiriannya untuk meneruskan rancangan mengadakan pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad.
Difahamkan, pertandingan tersebut telah dihentikan sejak lebih setahun lalu ekoran kebimbangan terhadap ancaman serangan daripada pihak tertentu di Belanda.
Wilders membuat kenyataan berkenaan pertandingan itu menerusi satu entri di laman sosial Twitter pada dua hari lepas di mana dia mengajak orang ramai untuk menghantar lukisan karikatur Nabi Muhammad mereka.
Tinjauan kami di laman Twitter mendapati Wilders sudah pun menemui pemenang pertandingan tersebut pada Ahad.
Terdahulu, Wilders pernah membatalkan pertandingan sama pada Ogos tahun lalu selepas pihak polis menahan seorang lelaki yang mengugut untuk membunuhnya gara-gara rancangannya itu.
Rancangan tersebut turut mencetus bantahan besar-besaran di Pakistan di mana parti Islam Tehreek-e-Labbaik mendesak agar negara Islam lain supaya memutuskan semua hubungan diplomatik dengan Belanda.
Pada tahun 2005, satu akhbar Belanda iaitu Jyllands Posten telah menyiarkan kartun Nabi Muhammad sehingga mencetuskan demonstrasi di seluruh negara Islam. Malah, terdapat beberapa cubaan untuk membunuh editor serta kartunisnya, Kurt Westergaard.
Kira-kira 10 tahun kemudian, dua pelampau Islam telah melepaskan tembakan secara rambang yang membunuh 12 orang di pejabat majalah Charlie Hebdo di Paris yang cukup terkenal dengan penerbitan kartun satira Nabi Muhammad.
Sumber:https://iamlejen.com
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
penyibuk .sibukkkkkk je….. |
|
|
|
|
|
|
|
Mengundang kann. Jap lagi adelah pembackup kerak murtad munafik bagi hujah backup si sewel Geert. |
|
|
|
|
|
|
|
Mereka tak kenal pun sapa dan bagaimana rupa nabi. Saja nak menghina dan menaikkan darah orang islam terutamanya orang arab yang memang terkenal dengan panas barannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik la
Kalau berminat kenali la Islam
Dok acah acah camni dah kenapa |
|
|
|
|
|
|
|
dasarr..apekehel sibuk nauu nak sakitkan hati umat Islam... |
|
|
|
|
|
|
|
djzara81 replied at 20-7-2021 09:03 AM
Mengundang kann. Jap lagi adelah pembackup kerak murtad munafik bagi hujah backup si sewel Geert.
Deme dok kat porem CI jahh.. deme tak masuk bodsejarah..
Kat twitter, pokcik ni mmg ada saporter dia.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|