Kuala Lumpur: Segalanya tampak tidak menjadi untuk pemain golf negara, Gavin Green selepas berakhir pusingan ketiga Olimpik Tokyo 2020, hari ini. Pemain sensasi negara itu mencatatkan satu bawah par 70 selepas pusingan ketiga untuk keseluruhan tiga atas par 216, sekali gus menyaksikannya berkongsi kedudukan ke-58 bersama Rafael Campos dari Puerto Rico. Gavin terpaksa menunggu sehingga hari ini untuk menamatkan pusingan kedua selepas pusingan itu ditangguhkan susulan cuaca buruk di Kasumigaseki Country Club, semalam. Gavin menyambung cabaran di lubang ke-14 hari ini pada pusingan kedua sebelum kemudian melengkapkan pusingan ketiga. Empat bogey dilakukannya pada lubang ke-3, 4, 9 dan 10 di pusingan ketiga nyata memberi kesan kepada prestasinya hari ini dan berdepan tugas sukar untuk melengkapkan hari terakhir esok. Xander Schauffele dari Amerika Syarikat (AS) mendahului saingan selepas tiga pusingan dengan catatan keseluruhan 14 bawah par 199. sumber : HMetro
|