CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1025|Reply: 2

Cordon azam teruskan kisah dongeng

[Copy link]
Post time 31-7-2021 08:31 PM | Show all posts |Read mode
Tokyo: Ibu bapa Kevin Cordon dari Guatemala tidak pernah melihat anaknya bermain badminton sebelum ini, tapi kali ini mereka perlu menunggu di kaca televisyen selepas pemain nombor 59 dunia itu akan beraksi di separuh akhir Olimpik.
Kisah dongeng Cordon berterusan di Olimpik Tokyo selepas dia berjaya mengalahkan pemain Korea Selatan, Heo Kwang Hee 21-13, 21-18 untuk selangkah lagi menghadiahkan pingat kedua negaranya dalam sejarah Olimpik.
"Saya masih lagi seperti kanak-kanak, bermain seperti budak kecil, cuba mencari keseronokan dan berikan yang terbaik.
"Tapi adakah anda percaya saya melangkah ke separuh akhir sekarang? Perasaan ini sangat luar biasa," kata pemain berusia 34 tahun itu yang meninggalkan kampung halamannya pada usia 12 tahun untuk mengejar cita-cita Olimpik.
Kwang Hee yang bukan pemain pilihan mengejutkan pemain nombor satu dunia, Kento Momota untuk mara ke suku akhir tapi Cordon terus melakukan serangan bertalu-talu untuk menghabiskan set pertama dalam tempoh 17 minit.
Dia terbaring di atas gelanggang dengan perasaan tidak percaya selepas memperoleh mata kemenangan, selepas itu menangis teresak-esak tanda gembira.
"Jika anda bandingkan Guatemala dengan negara lain di Eropah atau Asia ia tidak sama, itulah realitinya.
"Bagaimanapun, kami mempunyai persamaan apabila bermain dengan sepenuh jiwa," katanya.
Satu-satunya pingat Olimpik yang pernah diraih Guatemala ialah melalui Erick Barrondo, perak dalam acara 20 kilometer jalan kaki di London 2012.
Cordon berkata, rakyatnya di benua Amerika Tengah sudah pasti menyaksikan perlawanan berkenaan walaupun 15 jam di belakang Tokyo namun dia yakin ibu bapanya tidak menonton perlawanan itu.
"Saya 100 peratus yakin mereka tidak menyaksikan perlawanan ini. Mereka sudah berusia. Mereka tidak pernah menonton saya bermain sepanjang karier.
"Ia bukan sebab mereka tidak sayang saya, mereka akan jadi gementar. Apabila saya turun bermain adik saya akan memberitahu mereka sama ada saya menang atau kalah," katanya yang diberi nama sempena legenda bola sepak England, Kevin Keegan.
Cordon akan berdepan jaguh Denmark, Viktor Axelsen di separuh akhir yang mengalahkan wakil China, Shi Yuqi 21-13, 21-13.
sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-7-2021 08:32 PM | Show all posts

CORDON terbaring dan menangis kegembiraan selepas tidak percaya berjaya mara ke separuh akhir perseorangan lelaki. FOTO AFP
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah cordon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.654994 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list