Tokyo: Tyla Nathan-Wong melakukan satu try dan menyempurnakan tiga conversion ketika New Zealand mengatasi Perancis, 26-12 untuk menang pingat emas acara ragbi tujuh sebelah wanita di Tokyo 2020, hari ini. Michaela Blyde, Gayle Broughton dan Stacey Fluhler melakukan try untuk Baby Ferns pada babak pertama sebelum Caroline Drouin melakukan satu try buat Perancis dan menjadikan kedudukan 19-5 sehingga rehat. Anne-Cecile Ciofani melakukan try kedua Perancis sebaik babak kedua bersambung, tetapi penguasaan New Zealand tidak tergugat apabila Nathan-Wong menyempurnakan coversion selepas trynya untuk memenangi emas, selepas menang perak di Rio 2016. "Saya sentiasa melihat pingat perak yang dimenangi di Rio setiap hari, sejak saya sampai di Tokyo," kata Ruby Tui. "Saya tidak pernah melupakan perasaan menang perak kerana saya mengubah diri 100 peratus untuk menang emas kali ini. "Emas ini adalah hadiah daripada sebuah impian selepas berfikiran positif. Ia bukan sekadar emas, tetapi bagaimana kami berubah sejak itu. Kamu hanya perlu yakin kepada diri sendiri." Fiji menang gangsa selepas menewaskan Britain 21-12. sumber : HMetro
|