|
SIBU: Wanita berusia 29 tahun sanggup menyeludup masuk ke Sibu menaiki lori, sebelum disahkan positif. Pendatang tanpa izin (PATI) tersebut disyaki menggunakan laluan tikus dari Pontianak sebelum berjaya menyelinap masuk ke Sibu pada 5 Julai lalu.
Wanita terbabit dipercayai pembawa virus varian Delta Covid-19 ke Sibu datang ke Sarawak bersama-sama seorangblagi lelaki berusia 22 tahun merupakan kontak rapat.
Wanita tersebut ditahan di Hospital Sibu sejak 7 Julai 2021 setelah diuji positif menerusi ujian PCR pada hari yang sama.
Sementara itu, kontak rapat lelaki Pati disahkan negatif selepas dua kali melakukan ujian saringan dan kini masih di pusat kuarantin di sebuah hotel di sini.
Manakala, dua lelaki warga tempatan yang merupakan kontak rapat kepada kedua-dua PATI tersebut juga menjalani saringan COVID-19 bagaimanapun keputusan negatif.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan berkata, dua Pati terbabit ditahan mengikut Seksyen 55E/6(1) Akta Imigresen 1959/63 setelah kedua-duanya selesai menjalani proses kuarantin.
Sementara itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu sebelum ini mendedahkan satu kes melibatkan varian Delta yang dikesan di bahagian itu adalah melibatkan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia.
Penyelaras JPBB Sibu, Dr Annuar Rapaee berkata, kes tiba ke Sarawak pada 5 Julai lalu dan dirujuk ke Hospital Sibu pada 7 Julai selepas mempunyai simptom.
"Saringan awal menunjukkan kes dijangkiti varian Delta COVID-19 dan sample dihantar ke Institut Kemahiran dan Perubatan Komuniti (IHCM) UNIMAS pada 12 Julai untuk pengesanan serta pengesahan," katanya dalam kenyataan di Facebook.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|