COVID-19: Sarawak catat 411 kes, tiada kematian direkodkan
KUCHING: Sarawak merekodkan 411 kes baharu COVID-19 dengan tiada kematian direkodkan hari ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, daripada jumlah berkenaan kes tertinggi harian direkodkan di Kuching iaitu 144 kes. Ia diikuti di Bau (94), Simunjan (29), Serian (26), Samarahan (26), Sibu (21), Lundu (21), Bintulu (9), Miri (6), Subis (6), Mukah (5), Tebedu (5) dan Tatau (5).
“Turut merekodkan kes COVID-19 ialah di Asajaya (3), Kabong (2), Sri Aman (2), Selangau (2), Dalat (1), Kanowit (1), Sarikei (1), Telang Usan (1) dan Pakan (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Sarawak setakat hari ini adalah 77,717 kes,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
JPBNS berkata, daripada 411 kes baharu yang dilaporkan, 246 kes melibatkan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 dan 96 kes merupakan individu dalam kluster aktif sedia ada.
Manakala 32 kes katanya, libatkan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan, 34 kes lain-lain saringan di fasiliti kesihatan dan satu kes Import B dan dua kes Import A. “Hari ini tiada kes kematian direkodkan di Sarawak sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Sarawak kekal 462 orang,” katanya.
Sementara itu, terdapat 550 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini, manakala jumlah kes masih aktif dan dirawat di dalam wad hospital dan di PKRC adalah seramai 5,807 orang.
utusanborneo.com.my/2021/08/02
|